Apam Kuala atau Apam Pasang yang juga dipanggil Apam Kuala pasti tidak asing lagi bagi penduduk Perak khususnya orang Kuala Kangsar. Baunya yang harum semerbak boleh dihidu dari jauh ditambah pula jika dihidang panas-panas di kala hujan, pasti menambahkan lagi keenakan makanan sampingan untuk minum petang, iaitu apam pasang atau apam Kuala yang sinonim di bandar Kuala Kangsar.
Mudah diperoleh di pasar malam dan gerai-gerai di sekitar Kuala Kangsar, kuih ini digemari kerana bentuk dan rasanya yang mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak ataupun sewaktu zaman persekolahan anda dahulu.
Ianya dipanggil apam Kuala bersempena nama daerah Kuala Kangsar yang sangat terkenal dengan kuih ini, tidak diketahui sama ada ia boleh diperoleh di daerah lain di Perak namun jarang sekali untuk didapati di tempat lain.
Ada sesetengah yang menamakan ia apam pasang kerana kuih ini apabila siap akan ditelangkupkan dua, sama seperti kembar dan sepasang. Ada juga panggil Apam Diraja Kuih ini juga dikhabarkan menjadi kegemaran Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Makan dengan kelapa atau sambal
Rasa apam ini agak manis tetapi enak di makan bersama kelapa muda yang telah diparut, apa yang menjadikannya unik adalah dari segi penyediaaannya menggunakan nasi yang ditapai dengan ragi berbanding penggunaan yis untuk apam berlainan jenis.
Ads
Menggunakan Tepung Beras
Selain itu , apam Kuala menggunakan tepung beras dan bukan tepung gandum serta dilapik dengan daun pisang semasa dikukus, itu yang menjadikannya berbau harum dan enak untuk dimakan.
Kebiasaannya ia tetap akan lembut walaupun disimpan sehingga keesokan hari memandangkan cara pembuatannya yang masih menggunakan cara tradisional, jika dahulu bentuknya mungkin bulat tetapi kini divariasikan mengikut cita rasa masing-masing mengikut peredaran zaman.
Dalam pada itu, kuih tradisional ini juga tidak diletakkan sebarang pewarna dan hanya berwarna putih sahaja, selalu dihidangkan semasa jamuan gotong-royong dan kenduri kahwin.
Sumber : Bernama & Suara Perak
Ads
RESIPI APAM BERAS
Bahan-Bahan:
Ads
Bahan-bahan A
1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
Bahan-bahan B
2 cawan tepung beras,
2 sudu besar tepung gandum,
1 sudu teh yis mauripan dan
1 cawan gula pasir.
Bahan-bahan berkaitan lain,
1 paket eno
Pewarna
Cara Penyediaan:
Blend sehingga halus Bahan A.
Masukkan Bahan B, dan blend hingga sebati.
Masukkan ke dalam bekas dan perap selama 5 jam.
masukkan 1 peket eno dan pewarna ikut suka. Biar seketika.
Masuk ke dalam acuan dan kukus selama 25 minit.
Boleh di makan bersama kelapa parut kukus jika suka
Anda teringin nak makan kuih lopes? Boleh cuba buat menggunakan rice cooker, tidak perlu lagi nak kukus. Senang dan cepat jika anda guna cara ini. Jom kita cuba resipi perkongsian saudari Shahera Ilani.
1. Basuh beras pulut dan masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.
2. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sedikit garam. Ketepikan.
3. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalam bekas bersesuaian. Kemudian bentukkan bulat. ( boleh guna cawan)
4. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.
5. Untuk menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan hingga mendidih dan sedikit pekat. Ketepikan.
Pernah cuba makan Cucur Roti Sandwic? Sangat sedap dan mudah disediakan. Patutlah viral. Bagi anda yang ada lebihan roti sandwich yang hampir luput tarikh atau roti yang sudah keras, boleh olah menjadi sajian cucur ni. Sangat mudah dan tidak membazir. Anak-anak pun suka. Saudari Noriza Jaja ada kongsikan cara-caranya. Istimewanya resipi ni ia tidak menggunakan telur. Jadi bagi anda yang ada alahan dengan telur, menu ini memang terbaik untuk anda. Nak makan pada bila-bila masa pun tiada masalah. Sarapan, makan pagi, minum petang atau malam. Semuanya sesuai. Paling penting, enak dan digemari ramai. Selamat mencuba.
CARA MUDAH MEMBUAT CUCUR ROTI SANDWIC VIRAL
BAHAN-BAHAN: 5 keping roti sandwic 2 cawan tepung gandum – beli online disini 1 biji bawang besar – hiris Daun bawang secukupnya – hiris halus Cili merah secukupnya – hiris halus Kucai secukupnya – hiris halus Lobak merah secukupnya – hiris halus Tauge secukupnya Udang/ikan bilis/isi ayam/sosej dan sebagainya – hiris kecil Garam dan serbuk perasa secukupnya Sedikit serbuk kunyit – jika suka Anggaran 2 cawan air
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk termasuk roti yang dicarik halus. (kecuali air).
2.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul hingga jadi adunan yang pekat.
3. Panaskan minyak dan sudukan bancuhan adunan tadi.
4. Goreng cucur roti hingga garing. Angkat, toskan dan sedia dinikmati pada bila-bila masa. Enak juga dicicah dengan aneka sos kegemaran.
Cucur udang ini comel rupanya, bulat montel. Tak seperti cucur udang biasa resipinya berbeza sedikit. Udangnya tak diletakkan di atas cucur sebaliknya dipotong kecil dan digaul sekali. Memang lagi terasa enaknya.
Cucur udang ini walau montel tapi ia rangup di luar dan lembut di dalam. Cuma untuk dapat bentuk cucur yang bulat ini ada cara menggorengnya.
Resipi cucur udang montel
Bahan-bahan
1 1/2 cwn (190gm) tepung gandum
1 sd kecik yis segera
1 sd kecik garam
1 1/4 cwn air suam
Tauge, kucai, cili merah
Sedikit serbuk kunyit
8-10 ekor udang sederhana besar – buang kulit dann potong kecil
Cara memasak
1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Perap selama 20 minit.
2. Rendam senduk bulat dalam minyak sederhana panas, letak adunan cucur dalam senduk (hampir penuh senduk.
3. Masuk senduk dalam minyak dan biar dalam 45 saat sebelum tanggalkan cucur dari senduk.
4. Goreng hingga perang dan toskan.
Tip
-Jangan letak sayuran terlalu banyak supaya cucur boleh kembang bulat
-Boleh juga jika mahu letak udang atas cucur sebelum goreng.
5. Untuk membuat sos cili, sediakan bahan-bahan;
-3 batang cili merah
-1 biji tomato
-3 ulas bawang putih
-Air
6. Kisar semua bahan, masuk dalam kuali bersama dua sudu besar sos cili, satu sudu besar sos tomato dan sedikit gula. Masak hingga pekat.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.