Sembang petang dengan Eksekutif Chef Fathurrazi, Sous Chef Faridul Ataras, Senior Chef De Partie Suriani, Demi Chef Muhamad Khairil serta tenaga paling muda Demi Chef Ardy Daniel berlangsung di Brass Café , Hotel Crystal Crown, PJ . Bagi bakal-bakal Chef dan adik-adik yang nak menyertai dunia kulinari dan perhotelan Chit Chat bersama 5 Chef ini boleh dijadikan panduan.
Dari kiri Chef Khairil, Chef Ardy, Chef Fathurrazi, Chef Faridul dan Chef Suriani
Benarlah jangkaan min barisan chef ini kesemuanya telah mula minat memasak sejak daripada alam persekolahan lagi. Yang pasti setiap daripada mereka mempunyai pengalaman menarik di dapur bermula dari rumah sendiri, yang kini membuka laluan karier mereka kini.
Mereka mengakui kerjaya chef bukan sekadar tahu ilmu dan masakan sahaja, tetapi ia menuntut lebih daripada itu. Kebijaksanaan mengurus, ilmu sains, ekonomi, matematik dan kreativiti seni dan idea inovatif adalah kemahiran dan pengetahuan asas yang penting dan berjalan seiring dengan kepandaian memasak.
Eksekutif Chef Fathurrazi Mohamed yang mengetuai dan menyelia kumpulan 29 orang chef di sini mengakui,“Dahulu sebelum menceburi kerjaya ini, saya sendiri pernah mempunyai tanggapan cukup sekadar pandai memasak seseorang sudah boleh dianggap menjadi chef serba boleh. Ketika itu saya fikir ia kerjaya mudah tanpa tahap akademik yang tinggi, kerana itulah saya memilih bidang ini.
Tetapi sebaik memasuki kerjaya ini dan kini lebih 20 tahun menjadi chef, saya sedari bahawa dapur adalah untuk orang yang bijak matematik dan ekonomi, arif ilmu sains makanan dan kesihatan serta mahir mengurus dan membuat perancangan teliti dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.”Fathurrazi juga memikul tanggung jawab untuk mengurus dan melatih tenaga chef muda serta memimpin penyediaan bankuet untuk aturcara dan juga sajian di coffee house.
Ads
Menurut Senior Chef De Partie , Suriani Yup, yang arif dalam pembuatan pasti dan kek serta berpengalaman lebih 20 tahun di hotel Crystal Crown, “Sangat penting untuk chef memastikan sukatan dan suhu yang tepat agar masakan yang dibuat terjamin kesegaran rasa dan kualtiti, seperti apabila membuat adunan kek dan pastry yang amat ‘sensitif dan tidak menjadi jika salah sukat atau silap melaras suhu menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah.”
Bagi Faridaul Ataras Ab Razak pula seorang chef perlu sentiasa kreatif dalam menghias hidangan dan mencipta serta mengeluarkan idea yang baru dalam masakan. “Contohnya dalam menu ikan salmon, seorang chef tidak boleh terikat dengan kaedah resipi yang sedia ada contohnya digril dan panggang seperti lazimnya hidangan barat. Menu salmon boleh ditukar menjadi ‘aunthentic Malay’ dengan mengubahnya sebagai masakan asam pedas.”
Sebagai Sous Chef, Faridul menjelaskan tanggung jawabnya menuntut kepantasan menguruskan masa dan bijak menyediakan menu terutama apabila menjayakan bankuet di dalam sesuatu majlis dan aturcara yang berlangsung di dalam dan di luar lokasi hotel yang perlu memenuhi tempahan skala makanan yang besar.
Ads
Buat Muhammad Khairil Abdullah pula Crystal Crown adalah hotel pertamanya sejak dia mula menceburi kerjaya ini yang kini memasuki enam tahun iaitu bermula sebagai ‘commis chef’ dan kini menyandang tugas Demi Chef.
Dia bersyukur kerana walaupun masih muda dalam bidang ini, tetapi dia berpeluang mengasah bakat dan kemahiran daripada ketua dan rakan sekerja senior yang tidak lokek ilmu.Menyimpan impian untuk membuka kedai makanan sendiri pada masa hadapan, katanya,“ Saya amat mengagumi Chef Wan yang sentiasa mempunyai idea yang bernas dan kreatif dalam menghasilkan menu masakan.
Bagi menjadi chef yang berjaya, saya perlu bersedia menerima teguran dan meningkatkan kemahiran melalui pembacaan buku masakan dan menambah ilmu serta mengikuti perkembangan dan variasi masakan melalui televisyen dan media sosial.
Ads
Mendekati chef paling muda yang baru berusia awal 20an, Demi Chef Ardy Daniel, pemuda dari Kota Kinabalu, Sabah, gigih mengadaptasi diri dalam masa sebulan kerana perbezaan makanan yang berbeza daripada tempat kelahirannya.
“Suasana kerja yang harmoni dan rakan pasukan kerja yang saling bekerjasama memudahkan saya untuk menyesuaikan diri dengan cepat.Ketua yang membimbing membuatkan saya merasa bangga menjadi ahli dalam pasukan chef yang hebat di sini,” kata Ardy yang meyakini kerjaya chef sebenarnya membuka ruang untuknya ke bidang perniagaan makanan apabila tiba masanya nanti.
TERIMA KASIH : Crystal Crown Hotel, 12 Lorong Utara A, Off Jln Utara, Petaling Jaya, Selangor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ni min nak kongsi ada akademi pengajian kulinari bagi adik-adik yang tinggal kat Melaka khususnya. Tapi pelajar negeri lain pun terbuka untuk memohon. Kalau akademik tak berapa cemerlang dan agak kurang sedikit pun boleh pohon. Asal ada minat dan kegigihan, pasti boleh berjaya.
Kalau nak tahu AccelSkill Academy ni pusat bertauliah yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Terletak di bandaraya bersejarah Melaka, akademi ini telah beroperasi sejak 2009 lagi.
Selama bertahun-tahun AccelSkill Academy telah mencapai misinya untuk mengubah nasib remaja yang kurang dari segi akademik dan tidak layak masuk ke kolej atau universiti. Ia memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari kemahiran agar menjadi tenaga mahir yang mendapat permintaan tinggi oleh industri dalam dan luar negara.
Visi akademi ini adalah untuk menjadi kolej TVET (Technical and Vocational Education and Training) yang terulung di Asia yang melahirkan graduan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam pelbagai bidang industri.
Program dan kelas yang ditawarkan adalah Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan 3 dalam Penyediaan dan Pembuatan Makanan dan juga Culinary Skills (City & Guilds).
Dapur latihannya memenuhi keperluan industri dan mempunyai kelengkapan yang lengkap dengan barisan tenaga pengajar berpengalaman dalam industri makanan dan perhotelan. Malah tenaga pengajar juga memiliki pengalaman bekerja dan memegang jawatan penting di dapur hotel. Akademi ini juga turut menyediakan kemudahan perpustakaan dan makmal komputer kepada pelajar.
Mendapat penarafan 5 bintang oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Pelatih di sini diberi peluang untuk aktif bertanding dalam pertandingan masakan, malah telah merangkul banyak pingat. Malah pada bulan oktober ini pelatih akan bertanding di peringkat akhir World Skills Malaysian Belia (WSMB).
Usah risau adik-adik, sijil yang dikeluarkan mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan City & Guilds United Kingdom.
Nak tahu apa lagi kolej/akademi/ universiti yang boleh dijenguk maklumatnya, dapatkan RASA isu terbaru ya.
“Macam-macam jenis resipi roti homemade yang sudah saya cuba. Malangnya, setiap kali membuatnya ada saja masalah yang berlaku. Ada kalanya roti terlalu keras atau tidak masak sepenuhnya. Pernah juga roti menjadi keras dan berlubang pada bahagian tengah doh. Apa punca sebenar yang menyebabkan masalah ini?“.
Bagi anda yang suka buat rotihomemade, masalah-masalah ini pastinya pernah dialami. Ada kalanya, resipi dan cara dah ikut betul-betul dah. Tetapi masih tak menjadi. Oleh itu RASA ingin berkongsi 15 faktor yang mungkin menyebabkan roti yang anda buat tidak seperti yang diinginkan. Nanti lepas ni bolehlah elakkan dari melakukan kesilapan yang sama. Semoga panduan yang sedikit ini boleh membantu anda.
15 PUNCA ROTI HOMEMADE TIDAK MENJADI
1. DOH TAK KEMBANG
Apabila anda menggunakan yis yang sudah ‘mati’, ia boleh membantutkan proses pengembangan doh. Jika anda menggunakan air yang terlalu sejuk juga akan menyebabkan yis menjadi tidak aktif manakala air panas pula akan mematikan yis. Oleh itu pastikan anda menggunakan yis yang baru dan menggunakan air suhu yang bersesuaian.
2. ROTI ‘PUCAT’
Suhu ketika membakar roti perlu tepat. Jika terlalu rendah atau doh yang diletakkan dalam acuan terlalu rapat akan membuatkan pengagihan haba yang tidak rata seterusnya menjadikan ada bahagian roti yang tidak terkena haba.
3. ROTI MEREKAH
Disebabkan oleh suhu ketuhar yang terlalu tinggi dan proses pengembangan yang tidak cukup lama. Ia akan menyebabkan doh merekah kerana bentuknya yang tidak sempurna.
4. ROTI ‘KECUT’
Masalah ini sering berlalu jika doh terlalu kembang atau terlalu nipis.
5. ROTI MENJADI BENYEK
Penggunaan tepung yang berlebihan atau tempat pengembangan doh terlalu panas. Selain itu, pembentukan doh yang tidak sempurna atau suhu ketuhar yang terlalu sejuk.
6. BAHAGIAN ATAS ROTI MEREKAH
Doh terlalu keras kerana kekurangan air ketika proses mengadun/menguli. Roti dikeluarkan dari ketuhar sebaik sahaja masak dan diletakkan di tempat sejuk. Peralihan suhu akan menghasilkan wap.
7. BAHAGIAN BAWAH ROTI TIDAK MASAK
Roti yang dikeluarkan dari acuan pembakar tidak disejukkan di atas redai dengan baik.
8. KERAK ROTI TEBAL
Suhu ketuhar yang tinggi atau penggunaan dusting flour yang terlalu banyak.
9. ROTI ‘BERAT’ & PADAT
Penggunaan tepung yang berlebihan atau doh tidak melalui pengembangan yang sempurna. Selain itu, penggunaan sesetengah jenis tepung gandum penuh atau rai mempunyai tekstur yang padat boleh menjadikan roti ‘berat’.
10. ROTI LEMBAP & KASAR
Doh melalui proses pengembangan yang tidak sempurna.
11. ROTI NAMPAK ‘BERTALI’ GELAP
Proses menguli tidak sempurna atau acuan pembakar digris secara berlebihan. Doh yang dikembangkan terlalu kering juga boleh menjadi punca masalah ini.
12. ROTI KERING & KASAR
Tepung terlalu banyak dalam doh dan tidak diuli secukupnya. Suhu terlalu panas ketika roti dibakar juga akan menyebabkan roti menjadi kering dan mempunyai tekstur yang kasar.
13. ROTI ADA ‘LUBANG’
Ketika doh dibentuk, udara di dalamnya tidak dibuang atau doh dikembangkan terlalu lama.
14. ROTI BERBAU & ADA RASA YIS
Doh roti melalui proses pengembangan yang terlalu lama serta dikembangkan di tempat yang terlalu panas.
15. ROTI MASAM
Doh dibiarkan untuk kembang terlalu lama sebelum dibakar dan diletakkan di tempat panas.
Bertempat di kampus KDU University College, Utropolis Glenmarie, Shah Alam, Majlis Makanan Laut Norway memperkenalkan Akademi Sushi Global dengan matlamat memberi kemahiran membuat sushi.
Latihan dikendalikan oleh sifu sushi terkenal iaitu Hirotosshi Ogawa dari Jepun, latihan tersebut bertujuan mendidik para chef sushi mengenai seni tradisi pembuatan sushi dan pengendalian makanan laut mentah dengan bersih.
Kira-kira 30 orang chef sushi sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja mengambil bahagian dalam latihan tersebut. Latihan bukan hanya sekadar membuat sushi semata, ia meliputi keselamatan makanan dan kebersihan dalam pembuatan sushi serta pengendalian makanan laut, seni membuat nasi sushi, kemahirana trknikal untuk sashimi dan sushi, sejarah edomae sushi, Houchoutogi (penjagaan pisau Jepun), pembuatan sushi dan seni penyajian sushi.
Pada hari tersebut juga pihak media diberi peluang melalui pengalaman membuat sushi dengan tunjuk ajar oleh dia orang chef sushi Malaysia yang mendapat latihan di Akademi Sushi Global yang bertempat di Jepun. Kedua-dua chef telahpun memenangi Piala Dunia Sushi. Mereka ialah Chef Leon atau Yap Wee Leong (Juara Piala Sushi 2019) dan Chef Sky atau Tai Koon Siang (Piala Dunia 2018).
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.