
Lepas makan tengah hari , terasa nak mengunyah sesuatu. Boleh buat jejari roti bersalut tepung bestari. Memang sedap..rangup je..tak serap minyak! Ralit makan tak sedar habis sebalang. Nah resipi untuk membuatnya.
Bahan-bahan
Roti gardenia
Tepung pilihan hati..tepung bestari(asli)
**nak guna yg spicy@blackpaper pun boleh…ikut citarasa
Potong roti jadi jejari..
Cara memasak:
1. Buat bancuhan tepung basah @ kering…asingkan..
**kalau guna tepung bestari ni telur x perlu tambah..dah ckup semua dlm tepung tu..garam perasa bagai pun tak perlu..
2. Masukkn roti dalam tepung basah..salut2 sebati…letak pulak tepung kering…..gaul2 rata biar semua roti kena..
3. Goreng lah! Sampai warna brown…angkat…tos minyak pada tisu dapur tu…
Siap! Jom cari sos..yumeh!
Kredit: Norhayati Hashim
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Jom Sihat dengan 3 Resepi Cendawan Ini Yang Mudah dan Lazat

Cendawan shiitake mempunyai beberapa kebaikan sejak berkurun dahulu. Malahan ia dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia Timur. Di Jepun cendawan ini memang sangat popular. Tidak hairan lah warga Jepun ramai warga emas di sana kelihatan sihat dan dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang.
Di kalangan masyarakat bangsawan Jepun meyakini memakan cendawan ini akan melambatkan proses penuaan. Di dalam erti kata lain, anti-penuaan.

Shiitake iaitu istilah asli dalam bahasa Jepun berrmaksud cendawan dari pokok Shii( Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
Dari segi perubatan ia didapati berupaya menjadi sumber yang bertindak sebagai antivirus. Kemampuan Shiitake disebabkan ia menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil interferon. Penyelidik juga melaporkan pengambilan cendawan jenis Shiitake boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40 ke 50 peratus.

Sebagai makanan berkhasiat, Shiitake juga mengandungi jumlah asid amino lebih baik berbanding kacang soya, daging, susu atau telur. Ia juga mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang baik seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niacin.
Paling menarik, Shiitake dikatakan menghasilkan sejenis bahan yang menyerap lemak dalam tubuh. Beritaa baik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat dan mengurangkan lebihan berat badan.
Jom kita cuba 3 resepi dari Cendawan Shiitake dari yang lazat dan mudah ini.
1.CENDAWAN & BROKOLI MASAK SOS TIRAM

BAHAN-BAHAN :
- 200 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam semalaman
- 200 gm brokoli
Bahan sos:
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu makan kicap manis
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 biji bawang besar /dihiris
- Minyak untuk menumis
- Sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
- Garam secukup rasa /sedikit sahaja kerana sos tiram sudah masin
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam. Kicap manis dan sos tiram. Kacau rata.
3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah dan masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah menggelegak sedidikit, masukkan cendawan diiikuti brokoli.
5. Kaup balikkan, masak sebentar sahaja 5-6 minit, usah terlalu layu.Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sayur-sayuran
Keistimewaan : Enak dengan brokoli, sajian yang sungguh menyihatkan
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Anda boleh juga merebus sebentar sayur-sayuran, dan menuang sos kemudian ke atas sayur-sayuran.
2. AYAM LADA HITAM BERSAMA CENDAWAN

BAHAN-BAHAN :
- 1 kg dada ayam
- 50 gm serbuk lada hitam
- 30 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam dengan air, dihiris nipis
- 30 ml kicap manis
- 10 gm serbuk kunyit
Bahan dikisar :
100 gm bawang putih
150 gm bawang merah
50 gm halia
CARA MEMASAK :
1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
2. Kemudian goreng ayam separuh masak
3. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan -bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing.
4. Masukkan ayam dan kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan kicap. Kacau sebati.
5. Setelah ayam masak , sajian sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Ramuan lada hitam dan cendawan sungguh melazatkan
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Usah memasukkan garam kerana sudah terdapat kicap di dalamnya.
2.TOFU KUKUS DENGAN CENDAWAN & BROKOLI

BAHAN-BAHAN :
- 350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
- 50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
- 50 gm brokoli
- 1/2 biji bawang besar | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dihiris
- 4 sm halia | dihiris
- 500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
- 4 sudu makan sos tiram
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’
3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.
5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen )
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Kukus dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
Resipi Ayam Goreng Mamak, Perap Kena Lama Baru Ngam!

Ayam goreng mamak selalunya kelihatan kemerah-merahan. Rasanya pula memang cukup sedap sama ada dijadikan lauk bersama nasi atau diratah begitu sahaja.
Melalui facebook Rasa Share Resipi Iedaa Jahaya berkongsi resipi ayam goreng mamak yang kelihatan amat menyelerakan.
Jom kita lihat resipinya.
AYAM GORENG MAMAK

BAHAN KISAR
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
2 inci halia
3 sudu besar serbuk kari ayam dan ikan (campur)
Garam secukup rasa
2 sudu besar serbuk lada
1 biji telur ayam
BAHAN-BAHAN
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
Daun kari
1 ekor ayam (potong 8)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan kisar dan kemudian masukkan dalam bekas.
2. Dalam bekas yang sama, masukkan tepung jagung, tepung beras dan daun kari.
3. Gaul sebati semua bahan ini.
4. Masukkan ayam yang telah dibersihkan. Gaul rata-rata. Perap selama 1 jam.

5. Panaskan minyak masak.
6. Goreng ayam dengan api sederhana.


Selamat mencuba!
Sumber: Rasa Share Resipi
Kari Sotong Pekat Tanpa Santan, Rasa Macam Makan Dekat Mamak

Kari Sotong Pekat Tanpa Santan, Rasa Macam Makan Dekat Mamak
Sotong Kari Pekat memang menu yang menjadi daya tarikan di restoran-restoran mamak. Tapi awas, hendak ambil lauk Sotong Kari Pekat ini kena hati-hati. Poket mesti tebal sebab biasanya harga untuk makanan laut agak mahal. Jadi jika anda dan keluarga memang suka makan Sotong Kari Pekat, apa kata cuba resipi Sotong Kari Pekat (tanpa santan) seperti yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah
RESEPI SOTONG KARI PEKAT (TANPA SANTAN)

BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong (dibersihkan)
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris) – BELI ONLINE
1 sm halia (dihiris) – BELI ONLINE
3 sudu perahan asam jawa – BELI ONLINE
1 buah tomato (dibelah 6)
Daun ketumbar (2-3 sudu besar)
Minyak masak secukupnya – BELI ONLINE
Serbuk perasa
Garam
7 sudu besar serbuk kari ikan – BELI ONLINE
Sedikit air

NOTA: Tidak perlu menggunakan air kerana apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar sendiri.
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.

2. Kemudian masukkan paste rempah kari (bancuhan serbuk kari ikan dan sedikit air). Kacau sebati, masak sehingga pecah minyak (mengunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik). Sentiasa kacau, jangan berhenti.


3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap. (Masih menggunakan api sederhana).


4. Selepas itu, masukkan sotong yang telah dibersihkan tadi. Masakkan seketika.

5. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. (boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan).



6. Tunggu sedikit kering dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Asam Pedas Ayam Stail Nyonya, Kuah Pekat, Memang Kaw!
Pecal Lele Lemak Daun Cekur, Kuah Pekat Dan Padu, Memang Tangkap Leleh
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

