Jemput-Jemput Pisang Garing & Tak Serap Minyak, Ini Caranya

Share

 

Sedapnya makan jemput-jemput pisang atau juga dipanggil cekodok pisang. Melalui facebook group Rasa Share Resipi, Iedaa Jahaya berkongsi resipi jemput-jemput pisang yang garing dan tak serap banyak minyak.

Bolehlah buat untuk sarapan atau minum petang. Jom cuba!

JEMPUT-JEMPUT PISANG

BAHAN-BAHAN
10 biji pisang emas
5 sudu besar gula
2 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
Setengah sudu kecil baking soda (BELI DI SINI)
Secubit garam (BELI DI SINI)
Air suam
Minyak masak untuk menggoreng.

CARA MEMBUAT
1. Lenyek pisang emas bersama gula sehingga halus.
2. Masukkan tepung gandum, baking soda dan garam. Gaul.


3. Masuk air suam sedikit demi sedikit sambil gaul adunan.
4. Adunan jangan cair sangat. Adunan mestilah boleh dijemput dengan jari.
5. Panaskan minyak masak. Biar betul-betul panas.


6. Masukkan sejemput adunan pisang sehingga muat kuali ikut jumlah minyak masak.
7. Goreng hingga nampak garing dan terus angkat.

Selamat mencuba!

Resipi: Iedaa Jahaya

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7

Published by
Maryam Elyas