Melalui akaun facebook, Izwahani Zainal berkongsi resipi membuat jemput-jemput udang. Resipinya simple saja tapi rasanya cukup sedap dan sambalnya pula menambah cita rasa. Izwahani tidak menggunakan serbuk penaik sebaliknya dia menggantikannya dengan telur ayam.
JEMPUT-JEMPUT UDANG
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 labu bawang besar | potong dadu
Seikat kecil daun kucai | hiris halus
2 biji lada merah | hiris halus
Udang saiz sederhana secukupnya | disiang bersih
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung dengan telur ayam, bawang besar, kucai, lada merah dan garam.
2. Bancuh dengan air sehingga teksturnya tidak pekat dan tidak cair. Sesuai untuk digoreng.
3. Panaskan minyak masak dan goreng sesudu demi sesudu sehingga habis bancuhan.
SOS LADA MERAH
BAHAN-BAHAN
Lada merah
Bawang putih
Garam
Gula
Cuka/limau kasturi
Air masak
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga lembut.
Selamat mencuba!
Kredit: Izwahani Zainal
Link: https://www.facebook.com/izwahani.zainal/posts/10221833351369161
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Lapis Cantik Kejadiannya, Guna Tiga Jenis Tepung.
Buat kuih lapis ni kena kreatif, sekarang ni macam-macam warna lapisannya. Janji lembut dan rasanya berlemak manis. Resipi dari Maria Zainal ni memang menariklah, Guna sukatan cawan aje. Lebih senang diikut.
Tiga jenis tepung ni paling utama tepung beras, tepung gandum dan tepung ubi. Gunakan santan secukupnya. Baru nikmatnya berganda. Pemilk resipi menamankannya Kuih Lapis Terancam…tapi min rasa nampak mengancam selera aje..hihi
KUIH LAPIS TERANCAM
BAHAN-BAHAN :
2cwn tepung beras
3/4cwn tpg gandum
2sdb tpg ubi
4 1/2cwn santan dr sebiji kelapa (sy blender kelapa tu)
1cwn gula (jgn sampai penuh sgt yer…kurangkan manis…)
1/2sdt garam
Pewarna kesukaan(sy ltk emulco pandan+pewarna ijo epal….warna pink…emulco coklat …)
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kukusan hingga air mendidih.
2. Letak warna kesukaan, sapu loyang dengan majerin atau minyak.
3. Masukkan dua senduk adunan dalam loyang dan kukus lima minit.
4. Ulang pada lapis seterusnya, setiap lapis 5 minit aje.
5. Lapisan terakhir kukuk 15 minit, sejukkan dan betul sejuk baru potong
TIPS : Semasa nak masukkan lapisan yg seterusnya, lap bahagian bawah penutup periuk kukus.(kena rajin sikit yer)
Masa nak potong kuih empunya resipi sarankan guna pisau plastik.
FB Grup Loyang dan Acuan
Resepi : Mariana Zainal
AND JUGA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :
Resipi Apam Kampung, Lembut Gebu Memang Sedap
Apam Kampung memang sedap dan punya ramai peminat. Lebih-lebih lagi kalau resipi yang dikongsi sangat mudah dan hasilnya begitu gebu. Teruja! Bagi anda yang tercari-cari resipi Apam Kampung yang sedap, gebu dan elok bersarang, resipi perkongsian saudari Noriza Awang Hamat ni antara yang terbaik. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI APAM KAMPUNG GEBU BERSARANG
BAHAN A:
- 1/2 cawan gula pasir – beli online disini
- 2 keping nise / gula Melaka – beli online disini
- 1 sudu teh garam – beli online disini
- 2 helai daun pandan – disimpul
- 2 cawan air
BAHAN B:
- 3 cawan tepung gandum – beli online disini
- 1 paket yis mauripan – beli online disini
BAHAN C:
- Kelapa putih parut
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan-bahan A. Masak sehingga gula hancur. Kemudian sejukkan.
2. Gaulkan sebati kedua bahan B. Kemudian masukkan air gula yang disejukkan tadi. Kacau hingga sebati kemudian perap selama 1 jam.
3. Panaskan pengukus.
4. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
5. Sebelum masukkan ke dalam loyang, kacau adunan apam terlebih dahulu untuk membuang angin.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kukus selama 1/2 jam.
7. Setelah apam masak, kukus sekejap kelapa putih parut bagi mengelakkan ia cepat masam.
8. Gaul dengan sedikit garam dan hidangkan bersama apam.
Kredit resipi & foto: Noriza Awang Hamat
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Chef Dato’Fazley Martabatkan Masakan Nogori & Minang, Kongsi 2 Resipi Bonus.
Bukan sedikit anugerah yang diraih oleh Chef dan artis berkarisma ini. Setelah menjuarai Masterchef Selebriti Malaysia 2012, Dato’ Fazley Yaacob semakin ‘rancak ‘ dalam bidang kulinari.Terbaru artis ini membuka Restoran Minang Kapau, di Plaza Damansara, KL. Kapau bermaksud nasi campur. Di Minang Kapau anda dapat menikmati kelazatan masakan asli Negeri Sembilan dan Padang (Minang).
.
Malah masakan lemak cili padinya pernah dipertandingkan di peringkat antarabangsa oleh Fazley dan pernah memenangi anugerah masakan terbaik dari Malaysia International Gastronomy Festival (MIGF).Menu nogorinya juga pernah dipertandingkan di Taiwan, Singapura dan London dan memenangi Anugerah Bufet Ramadan Terbaik di Asia dan 23 anugerah dari MIGF.
Tahun lepas beliau meraih anugerah Golden Chef. Melalui SukaSucre Bistro satu lagi bisnes makanannya, Fazley juga pernah membawa masakan Nogori dengan sentuhan ala Paris, di Perancis.Tiga tahun lepas pula beliau memenangi Buku Resipi Terbaik Dunia dari World Gourmand Cook Book Award dengan resipi Perancis dan Negeri Sembilan.
.
Dibesarkan di Rembau, Negeri Sembilan dan pernah menetap selama enam tahun di Bukit Tinggi, Padang, Indonesia di kampung nenek beliau sebelah ibu, Fazley memang membesar dengan masakan Negeri Sembilan dan masakan Minang, Padang. “Bagi saya bila kita memasak kenalah macam kita sendiri nak makan. Ibu saya adalah pelopor dunia masakan dan hebat memasak masakan Negeri,adik beradik saya semua aktif dalam bidang ini. Ibu dan isteri orang Negeri Sembilan jati adalah pengkritik paling utama saya,
Susah nak puaskan hati mereka, kalau keduanya kata sedap bermakna memang sedaplah masakan saya. Saya sendiri yang membuat pes masakan di sini,” ceritanya lagi yang turut membuka dua outlet Minang Kapau di Bandung, Indonesia.
Konsep perniagaan
Slogan yang tertera di pintu masuk restoran memang menarik perhatian. Di tulis dalam dialek Minang ” Duduk Sahamparan, Makan Saedangan” punya makna bererti buat Dato’ Fazley. Ia menjadi konsep perniagaan amalannya. ” Ia membawa maksud makan bersama sama sedulang bersama seperti keluarga. Sama-sama susah dan sama senang dan saling membantu bagaikan dalam keluarga.
.
Tiada darjat dalam perniagaan yang penting kebersamaan, buat apa sahaja bersama. Pekerja, pelanggan semua dianggap keluarga. Saya sendiri takde hal untuk membasuh pinggan atau memasak. Pekerja juga begitu tidak terikat dengan kerjanya sahaja, sebaliknya saling tolong menolong menjayakan restoran ini. Pelanggan juga boleh menegur dan saya tidak akan kecil hati demi kebaikan bisnes juga,” ujarnya dengan senyuman luhur.
Di antara signature dish yang terdapat di sini adalah Daging Salai, Telur Itik, Pucuk ubi, Ayam yang dimasak Lemak Cili Padi,benar-benar autentik dan asli Negeri Sembilan dan Padang. Turut dijual bersama dengan set Nasi Pandan Tumis. Pelbagai jenis sambal seperti sambal hijau, sambal terduduk dan variasi kuih tradisi dan manisan barat.
Berpegang pada tema “Solai Pun Sodap” Dato’ Fazley juga memperkenal sajian yang mesra keto atau ‘selero keto’, iaitu diet pemakanan sihat yang rendah karbohidrat dan tanpa gula. Impiannya adalah untuk membuka francis Minang Kapaur di setiap negeri dan satu outlet di Jakarta, Indonesia.
NASI PANDAN TUMIS & DAGING SALAI LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN :
Bahan nasi pandan :
- 2 cawan beras
- 2 cawan air
- 1/2 cawan santan cair -beli online DI SINI
- 4 helai daun pandan (Di kisar bersama air dan di tapis)
- Garam secukup rasa
Bahan tumis | dikisar :
- Mentega (tanpa garam) | untuk menumis
- 1/2 biji bawang besar – beli online DI SINI
- 4 biji bawang kecil – beli online DI SINI
- 2 ulas bawang putih -beli online DI SINI
- 1 inci halia – beli online DI SINI
Bahan daging salai lemak cili api :
- 7 biji cili padi – beli online DI SINI
- 3 biji bawang besar – beli online DI SINI
- 6 ulas bawang putih – beli online DI SINI
- 3 batang serai
- 4cm kunyit hidup – beli online DI SINI
- 4cm halia muda
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 cawan air
- 1 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
Bahan daging salai :
- 250gm daging
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK :
Cara masak nasi pandan tumis :
1. Panaskan mentega dan tumis bahan-bahan tumisan.
2. Kemudian masak nasi seperti biasa dengan menggunakan air, santan cair dan air perahan pandan. Masukkan garam secukup rasa.
Cara masak daging lemak cili api :
1. Perap daging bersama serbuk kunyit dan garam selama sejam.
2. Panaskan kuali, letakkan sabut kelapa dan kemudian besi pemanggang di atasnya.
3. Selepas itu, salaikan daging di atas besi pemanggang sehingga sekata tanpa menggunakan sebarang minyak (sabut akan mengeluarkan asap yang banyak, jadi pastikan anda gunakan dapur yang ada penyedut asap).
4. Setelah siap disalai, hiris daging tersebut kira-kira 4cm lebar. Ketepikan
5. Potong bawang besar, cili padi, bawang putih, serai, kunyit hidup serta halia untuk ditumbuk separuh halus menggunakan lesung batu.
6. Potong belimbing besi kepada 5 hirisan.
7. Panaskan air di dalam periuk, kemudian masukkan bahan- bahan yang ditumbuk tadi bersama serbuk kunyit.
8. Kemudian masukkan hirisan daging salai serta campuran santan pekat dan cair lalu perlahankan api. Masukkan garam secukup rasa.
KUIH BAKAR
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan air
- 10 daun pandan
- 5 biji telur
- 1 cawan gula perang – beli online DI SINI
- 1 3/4 cawan tepung gandum – beli online DI SINI
- 2 1/4 cawan santan – beli online DI SINI
- 2 sudu bijan putih -beli online DI SINI
- Garam secukup rasa.
CARA MEMASAK :
1. Kisar daun pandann bersama secawan air kemudian ditapis.
2. Adunkan santan, gula perang dan telur, kemudian masukkan air pandan yang telah disiapkan.
3. Perasakan dengan garam
4. Masukkan Tepung dan adun sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan khusus kemudian bakar di dalam oven dalam suhu 180c (Pastikan loyang dipanaskan dahulu bersama sedikit minyak sebelum menuang adunan)
6. Bijan boleh ditaburkan sebelum masukkan kuih ke dalam oven.
** Sempena PKPB tempahan dibuka Selasa- Ahad, jam 1130 hingga 7 petang. Boleh juga klik di linktr .ee/minangkapau,atau melalui Grab Food dan FoodPanda
INGIN MEMBELI PRESSURE MESIN PENGISAR TERBARU, JOM BELI DI SINI
VIDEO INI MUNGKIN MENARIK PERHATIAN ANDA :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
Resipi Lauk Pauk Minang Yang Menjadi Kegemaran Ramai.Memang Padu
Siti Nordiana, Rendang Ayam Minang Lauk Kesukaan Sejak Kecil