Satu lagi kuih lejen yang diminati sampai sekarang adalah samperit. Ada bermacam samperit tapi samperit dahlia adalah antara yang paling diminati. Nak membuatnya tidak susah. Tapi nak dapat yang cantik tu memang tangan kena berseni. Ini resipinya. Bolehlah try buat nak raya ni ye.
BAHAN-BAHAN
1 cawan gula
250 gram mentega
2 biji kuning telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pewarna kuning
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung gandum
Ceri untuk hiasan
CARA MEMBUAT
1. Pukul gula, mentega sehingga sebati. Masukkan kuning telur ayam sebiji demi sebiji. Pukul sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanila dan pewarna kuning. Putar 20 saat.
3. Ayakkan semua tepung dan campurkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan yang diputar sambil diuli perlahan, menjadi satu doh yg lembut. Tambah tepung jagung jika masih lembik.
4. Sapu dulang dengan mentega. Masukkan doh dalam acuan bunga dahlia dan picitkan dalam dulang pembakar.
5. Hiaskan dengan ceri.
6. Rehatkan acuan selama 20 minit kemudian bakar pada suhu 150c selama 30 minit.
Selamat mencuba!