Jom Cuba Buat Hungarian Fried Bread, Puas Hati Makan Sedap Macam Ni

Share

Kalau nak cuba kelainan dalam membuat roti, bolehlah cuba Hungarian Fried Bread. Boleh cuba pelbagai jenis topping yang disukai. Melalyu facebook, Farisha Sofea berkongsi resipi membuat roti ini.

Menurut Farisha, langos merupakan salah satu dari sajian jalanan atau street food yang berasal dari Hungary. Sejenis flat bread yang dihasilkan dari doh yang diadun, diperam dan digoreng dalam minyak yang banyak.
Langos biasanya dimakan dengan keju atau krim masam. Di sini pula, kita boleh makan langos bersama sekaya, sambal ikan bilis atau sapuan coklat.

HUNGARIAN FRIED BREAD (LANGOS )

BAHAN-BAHAN

BAHAN A
260 gram air suam / susu segar suam
1 sudu besar yis segera
1 sudu kecil gula

BAHAN B
500 gram tepung gandum
1 sudu kecil garam
200 gram kentang (direbus dan dilenyek)

BAHAN C
2 sudu kecil minyak / 1 sudu besar mentega

BAHAN LAIN
Topping pilihan

CARA MEMBUAT
1. Satukan Bahan A dan kacau sebati.
2. Biarkan selama 15 minit atau sehingga yis mengembang. Ketepikan seketika.
3. Di dalam bekas lain, satukan Bahan B. Gaul sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan Bahan A tadi sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan menjadi doh. Masukkan pula Bahan C.
5. Sambung uli sehingga doh menjadi lembut dan elastik.
6. Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda. Tumbuk-tumbukkan doh tersebut untuk membuang angin.
7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian mengikut saiz yang diinginkan. Ambil satu doh, bulatkan dengan kemas. Kemudian ratakan sedikit doh tersebut. Jangan terlalu nipis. Tekan-tekankan bahagian tengah doh tersebut menjadi bulatan. Ulang proses sehingga selesai.
8. Sementara itu panaskan minyak masak menggunakan api sederhana.
9. Rehatkan doh selama 20 minit sebelum digoreng. Goreng dan balik-balikkan doh tersebut agar kedua dua bahagian masak sekata. Angkat dan toskan.
10. Letakkan topping pilihan mengikut citarasa masing masing. Siap.

Selamat mencuba!

Kredit: Farisha Sofea

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/nak-petua-bantu-masalah-angin-dalam-badan-jom-buat-dua-jus-kesihatan-ini/
https://rasa.my/jom-try-buat-ikan-kembung-rebus-air-asam-memang-syok/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7

Published by
Siti Mariam Elias