Sajian Burma ni memang unik. Ia mempunyai pengaruh makanan dari Cina, India dan Thai. Secara geografi kedudukannya disempadani tiga negara tersebut, memang patut la ada kesan pengaruh dari 3 negara ni.

Tofu atau tauhu memang di antara kegemaran masyarakat Burma, tetapi uniknya di sana terdapat tofu yang dibuat dari kacang kuda (chickpea). Tetapi jika takde tofu macam tu kat negara kita, boleh aje guna tofu telur dan campurkan dengan bahan ramuan kacang kuda.

Jom tengok resipi yang min kongsi ni :

BURMESE CHICKPEA TOFU SALAD

Makanan Burma, Sedap Lain Dari Yang Lain

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 2 tiub tofu telur
  • 30 gm kacang kuda (kering)
  • 12 gm suhun | direndam
  • 1 biji limau nipis
  • 2 helai daun limau purut | dihiris halus
  • 5 gm halia | dimayang halus
  • 3 gm kunyit hidup | dikisar
  • 2 biji tomato | dipotong dadu bersaiz kecil
  • 5 gm cili padi merah | dihiris
  • 10 gm bawang merah kecil | dimayang halus
  • 1 sudu kecil empingan cili kering (chilies flakes)
  • 5 gm daun ketumbar
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu makan bijan putih | disangai
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 2 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

 CARA MEMASAK:

  1. Kisar kering kacang kuda hingga halus dan ketepikan.
  2. Potong tofu telur mengikut ketebalan yang dikehendaki.
  3. Pecahkan telur didalam mangkuk, kacau dan masukkan tofu ke dalam telur kemudian angkat dan masukkan pula ke dalam kacang kuda yang telah dikisar.
  4. Panaskan minyak masak, kemudian goreng tofu telur yang telah di salut dengan kisaran kacang kuda tadi sehingga menjadi keperangan. Angkat, toskan dan ketepikan seketika.
  5. Setelah tofu sejuk, masukkan ke dalam mangkuk yang sederhana besar, kemudian masukkan semua bahan bahan yang lain kecuali suhun. Perasakan dengan menggunakan perahan limau nipis, garam, gula, air asam jawa, dan ukur tahap rasa masam, pedas, manis dan masinnya.
  6. Toskan suhun yang direndam tadi, dan gaulkan dengan garam, sedikit empingan cili kering, daun ketumbar dan gulung atau letakkan sahaja di atas pinggan.
  7. Kemudian susun tofu tersebut di atas suhun mengikut kreativiti dan kehendak anda.
  8. Selepas itu, dengan menggunakan sudu kecil, letakkan bahan bahan yang digaul tadi di atas tofu.
  9. Hiaskan dengan hirisan limau nipis atau daun ketumbar ataupun dengan apa apa daun salad yang menjadi kegemaran anda. Sajian sedia dihidang
  10. Hidang sejuk, dengan nasi putih ataupun boleh menikmatinya begitu sahaja sebagai makanan pembuka selera.

Saiz hidangan: 2 orang

Waktu memasak: 30 minit

Jenis masakan: Burma

Cara memasak : Goreng

Keistimewaan: Satu hidangan pembuka selera yang menyelerakan dan sihat.

Ads

Info Chef : Hidang sejuk, dengan nasi putih ataupun boleh menikmatinya begitu sahaja sebagai makanan pembuka selera.

Resipi : Kolej Antarabangsa Silverspoon di Puchong, Selangor

SHAN STYLE TOFU CURRY

Makanan Burma, Sedap Lain Dari Yang Lain

Ads

BAHAN-BAHAN :

  • Sebuku @ Sepotong tofu | potong kiub
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan pes halia
  • 4 tangkai daun bawang
  • 2 biji tomato saiz sederhana
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit *ini opsyenal
  • Minyak masak secukupnya *jika di Burma guna minyak kacang tanah
  • Garam secukup rasa
  • 4 sudu makan air

CARA MEMASAK :

  1. Potong tahu bentuk kiub dan tapiskan lebihan air dan gorengkan ke dalam kuali berisi minyak panas. Goreng hingga bahagian luarnya garing.
  2. Potong dadu tomato dan hiris pendek daun bawang.
  3. Cincang bawang putih dan campurkan dengan pes halia.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali berasingan, dan masukkan serbuk kunyit, bawang putih bercampur halia.
  5. Kacau selama seminit.
  6. Masukkan tomato, tofu, garam dan air, dan kacau goreng selama 3-4 minit
  7. Siap untuk dihidang

Kredit resipi dan foto : nutritionabroad.com

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI