
Jus yang dihasilkan menerusi kombinasi elap, seleri dan timun. Jika diamalkan, ia juga boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji epal hijau – dibelah empat dan dibuang empulurnya
- 1 batang saderi – dipotong kecil
- 1/2 biji timun – dibuang biji
- 300 ml air
- 2 sudu besar gula
- Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan epal, timun, saderi, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
- Tuang ke dalam cawan dan tambahkan ais.
- Sedia untuk dinikmati
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Smoothie Kiwi & Pisang

Buah-buahan membekalkan vitamin dan mineral yang boleh melindungi badan daripada serangan penyakit dan jangkitan biasa. Boleh dimakan terus atau dinikmati sebagai minuman yang enak.
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji buah pisang | dibuang kulit dan disejukbekukan
- 2 biji buah kiwi | dibuang kulit dan dihiris
- 250 ml dadih rendah lemak
- 5 kiub ais
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.
- Kisar sehingga halus.
- Masukkan ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati.
Cara Buat Black Pearl Bubble Homemade. Sedap & Dijamin Halal.

Sedapnya teh ais pekat yang ada black pearl bubble homemade ni. Teksturnya yang kenyal-kenyal apabila digigit membuatkan kita asyik sedut minuman. Bagi anda yang gemarkan minuman yang ada bebola kristal ni, tetapi kurang yakin kalau beli di kedai, boleh cuba hasilkan sendiri. Mudah je. Hanya guna 3 bahan mudah, anda boleh hasilkan dalam kuantiti yang banyak. Jom lihat resipi perkongsian saudari KuPot Amanz ni.
RESIPI BLACK BUBBLE PEARL
BAHAN-BAHAN:
- Tepung ubi kayu
- Serbuk kopi secukupnya – bergantung pada jumlah tepung yang anda guna
- Air panas
- Air gula – kena manis sebab nanti nak buat rebus pearl

CARA MEMBUAT:
- Bancuh serbuk kopi dengan air panas secukupnya. Lebih gelap warna kopi, lebih gelaplah warna bubble pearl anda.
- Masukkan bancuhan kopi ke dalam bekas berisi tepung sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tidak melekat.
- Bulat-bulatkan doh menjadi bebola kecil.
- Panaskan air gula dan rebus bubble pearl hingga terapung. Angkat.
- Bolehlah dimasukkan ke dalam minuman kegemaran anda.
- Untuk menyimpan lebihan bubble pearl, masukkan ke dalam bekas bersama dengan sedikit air gula. Simpan di dalam peti sejuk
Kredit resipi & foto: KuPot Amanz
Ice Milk Green Tea Sedap Macam Beli, Buat Sendiri Boleh Minum Ulang-ulang

Cuaca sekarang memang tersangatlah panas. Bayangkan dapat pula minum Ice Milk Green Tea ditengah-tengah cuaca panas yang membahang, alangkah nikmatnya. Biasa kalau beli macam tak puas pula minum, apa kata kita buat sendiri sahaja Ice Milk Green Tea di rumah. Bukan kita sahaja boleh minum tapi seisi keluarga. Boleh cuba buat ikut resipi Feedy.
RESIPI ICE MILK GREEN TEA

BAHAN-BAHAN:
Serbuk teh hijau (Chatramue Brand)
Susu sejat (krimer cair) – beli online
Susu pekat manis – beli online
Gula – beli online
Ais batu

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan serbuk teh hijau (setengah sudu cukup) ke dalam gelas plastik.
2. Tuang air panas setengah gelas dan kacaukan.
3. Kemudian tapiskan. Ambil air yang telah ditapis tadi tambah lagi air panas sehingga 180ml.
4. Masukkan 2 sudu besar gula, kacaukan.
5. Masukkan 2 sudu susu pekat manis dan kacau lagi.
6. Kemudian asingkan ke dalam bekas yang lebih besar dari gelas tadi. Tak tukar pun tidak mengapa kalau gelas tadi sudah besar.
7. Masukkan ais batu. Pastikan ais batu dipecahkan kecil-kecil Kalau beli ais kiub, pecah-pecahkan. Masukkan ais batu sampai penuh.

8. Akhir sekali tuang susu sejat (krimer) di bahagian atas sekali. Yang ini tiada sukatan. Ikut suka. Jangan terlalu banyak, nanti hilang pula rasa green tea (teh hijau). Siap! Bolehlah dihidangkan pada tetamu.
Sumber kredit: Feedy
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pecal Lele Lemak Daun Cekur, Kuah Pekat Dan Padu, Memang Tangkap Leleh
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=tBwjP1LYAX

