Daun kari ini memang banyak kita guna dalam masakan. Lagi senang kalau kita tanam sendiri, nak masak petik saja.
Lagi pun nak tanam pokok kari ini tak susah mana. Bila pergi kedai cari daun kari yang ada ranting/ batang untuk dicambahkan benih dan boleh tanam dalam pasu saja.
Cara penanamannya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nomie Mat Lias.
Cara tanam pokok kari dalam pasu
1. Bila pergi kedai runcit, cari yang jual dahan/ranting daun kari (contoh ranting dalam gambar)
Ads
2. Buang semua daun, tinggalkan batangnya saja.
3. Jika panjang, kerat 2/3.
4. Rendam dalam bekas berair, hingga naik tunas-tunas baru (5-8 hari).
5. Sediakan pasu kecil untuk proses semaian.
6. Cucukkan batang kari tadi.
7. Letak di tempat redup, spray setiap 2 hari sekali. Biarkan, jangan sentuh dan kacau.
Ads
8. Tunggu hingga daun baru tumbuh.
9. Pindahkan ke tanah / pasu besar.
10. Dah banyak daun bolehlah dipetik untuk buat ulam atau masakan.
Musim durian ini mungkin ada yang membeli dalam jumlah yang banyak tapi tak mampu menghabiskannya ataupun memang ada dusun dan buah durian luruh banyak, boleh praktikkan cara simpan durian tahan lama yang dikongsi Nor Tipah Zakaria
Cara simpan durian ini membolehkan buah durian kekal elok hingga masuk musim durian yang baru. Jadi kita boleh menikmatinya pada bila-bila masa saja. Selain itu rasa dan aromanya juga tetap sama.
Cara simpan durian tahan lama
Caranya sediakan plastik wrap dan bekas plastik.
2.Buka durian dan ambil sepangsa, lalu bungkus atau balut isi durian tadi dengan kemas. Boleh buat banyak mana yang dikehendaki.
3. Kemudian letak dalam bekas plastik, tutup dan simpan dalam freezer.
Cara ini lebih mudah untuk kita menikmatinya, ambil beberapa ulas yang mahu dimakan tanpa perlu keluarkan semua dari freezer.
Durian yang dibalut begini tidak akan buat peti ais berbau. Paling penting ia tahan lama, masih kekal elok walaupun setahun disimpan.
Bawang goreng memang enak dijadikan penambah rasa dan penyedap dalam hidangan. Rasa manisnya hmmmm..memukau deria. Wangi pulak tu. Namun ada kalanya bawang goreng homemade ini tidak seperti yang dibeli. Cepat lembik dan tidak rangup. Ha..Jom cuba resipi di bawah ini. Pasti bawang goreng anda lebih enak dan sedap!
CARA HASILKAN BAWANG GORENG RANGUP YANG TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg bawang merah di hiris nipis
2-3 ulas bawang putih hiris nipis
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam dan gula untuk perasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula. 2. Biarkan selama 1/2 jam atau lebih. 3. Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita. 4. Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak . 5. Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan. 6. Gorenglah sehingga habis .
TIP MENGGORENG
Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng
Masa menggoreng jangan sampai terlalu kuning diatas api sebab bila kita angkat bawang tu akan lebih kuning.
Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning didalam minyak, bila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya..
Sedap di ratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap
Biarkan sehingga sejuk dan minyak nya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.
Nak tajamkan mata pengisar atau blender yang tumpul? Ini caranya. Maklumlah, pengisar ni banyak jasanya. Dalam sehari, banyak kali kita duk pakai dia buat mesin bahan masak kan? Bila asyik pakai, pastinya lama kelamaan mata pengisar akan jadi tumpul. Itu yang jadinya dekat lima minit kisar bawang , kisar cili tak halus-halus tu. Kalau jadi macam ni, puan-puan kena bawak bersabar ya. Jangan anda buang pula. Masih boleh guna lagi pengisar tu. Ni cara mudah nak tajamkan mata pisau pengisar dengan cepat dan berkesan. Selamat mencuba!
PETUA TAJAMKAN MATA PENGISAR DENGAN MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk garam kasar (pastikan garam kering dan tidak berair)
CARA-CARA:
Masukkan garam kasar ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
Keluarkan garam dan bersihkan blender.
Hasilnya mata blender akan jadi lebih tajam dari biasa.
Info: Lakukan kaedah ini dua kali dalam sebulan. Hasilnya, pisau blender anda akan semakin tajam dan makanan yang dikisar akan cepat halus tidak seperti sebelumnya. Selamat mencuba!
Rendang daging hitam atau daging masak hitam selalunya akan menggunakan kicap. Malah rasa kicap ini juga menjadi penyedapnya.Tapi resipi rendang yang dikongsi oleh Khairul...