Kari Daging Style India, Memang Sedap!

Share

 

Kari memang ada macam-macam versi. Ada yang bersantan, ada yang tidak bersantan. Kari daging style India ni bezanya dengan kari masyarakat Melayu adalah tiada penggunaan santan. Rasanya sedap dan berempah. Memang sedap untuk dimakan dengan nasi panas ataupun dicecah dengan roti.

KARI DAGING ALA INDIA

BAHAN-BAHAN
1 kg daging lembu
2 peket kecil rempah kari daging (BELI DI SINI)
3 sudu besar kerisik
Minyak masak untuk menumis
5 ulas bawang putih | dimayang (BELI DI SINI)
5 ulas bawang merah | dimayang
2 cm halia | dimayang
2 tangkai daun kari (BELI DI SINI)
Sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis
4 cawan air
3 biji kentang | belah 4

CARA MEMBUAT
1. Basuh daging. Toskan. Gaul daging dengan rempah kari daging dan kerisik. Ketepikan.
2. Di dalam periuk, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis.
3. Selepas bahan tumis agak kering, masukkan daging.
4. Masukkan 1 cawan air. Biarkan daging masak dan pecah minyak.
5. Masukkan lagi air. Masukkan kentang.
6. Biarkan kentang empuk. Masukkan cili besar yang dipotong-potong jika suka.
7. Matikan api. Sedia dihidang.

Selamat mencuba!

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=aEt_c9-AsQo

Published by
Maryam Elyas