Kari Mamak Kepala Ikan Nyok-Nyok, Memang Terbaik!

Share

Kalau terasa nak makan kari mamak, boleh je cuba buat sendiri. Resipi ini dikatakan gabungan antara kari cara mamak dan kari cara Melayu. Bolehlah cuba. Resipi dikongsikan oleh pengguna facebook, Bunga di facebook group RASA Share Resipi.

KARI KEPALA IKAN NYOK-NYOK

BAHAN ASAS
2 ketul kepala ikan nyok-nyok (basuh dan bersihkan dengan asam limau serta asam jawa)

BAHAN A
Minyak masak untuk menumis
1 sudu makan halba campur
4 ulas bawang merah (dipotong nipis)
5 tangkai daun kari (dikoyak untuk lebih menaikkan aroma apabila ditumis)
5 senduk makan minyak masak (dipanaskan dalam kuali dengan api yang kecil)

BAHAN B
3 bungkus kecil rempah kari
1 cawan air

BAHAN C
3 cawan santan pekat
2 cawan air asam jawa pekat
Air secukupnya

BAHAN D
10 biji kacang bendi (dipotong dua)
4 biji tomato masak (dibelah dua)
4 biji cili hijau (dibelah dua)
Gula dan garam secukup rasa

CARA MEMBUAT
1. Tumis BAHAN A sehingga naik bau.
2. Masukkan BAHAN B. Kacau sebati dan biarkan pecah minyak dengan api perlahan.
3. Masukkan pula BAHAN C. Kacau sekata dan masukkan pula BAHAN ASAS iaitu kepala ikan. Biarkan mendidih sebentar supaya kepala ikan masak sekata. Kuah perlu dikacau sentiasa secara perlahan-lahan supaya santan tidak pecah minyak.
4. Masukkan BAHAN D. Tutup kuali. Biarkan mendidih perlahan supaya BAHAN D masak sekata.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Bunga

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7

Published by
Siti Mariam Elias