Kuih legend seperti kaswi ni kalau buat seloyang pun gerenti habis. Rasa lemak manis pada kuih memang puas makan. Lebih enak bila digaul dengan kelapa putih. Hidang bersama kopi panas, cukup lengkap.

KASWI PANDAN LEMAK MANIS

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
  • 1/2 cawan tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan (6 – 7 helai daun pandan + 1 cawan air. Kisar dan tapiskan)
  • 2 3/4 cawan air
  • 1 1/4 cawan gula – nak manis lagi boleh tambah
  • Sedikit air kapur makan
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1/2 biji kelapa putih gaul dengan sedikit garam

TONTON GERENTI JADI: Resipi 3 Kuih Tradisional

Cara memasak:
1.Bancuh semua bahan atau blender halus. Tapiskan
2.Loyang size 8 inci, sapu dengan sedikit minyak. Panaskan loyang dalam 2 minit.
3.Tuang adunan dalam loyang. Kukus 30 minit.
4.Kalau ada wap air jatuh. terus  lap/alas dengan tisu dapur di permukaan kuih bagi meresap air wap.Buat dengan perlahan-lahan agar tak merosakkan permukaan kuih.
5.Tunggu betul-betul sejuk, baru potong dan gaul dengan kelapa.
6.Sedia dihidang.

IKLAN

Kaswi Pandan Lemak Manis Mudah Buat. Ikut Sukatan Cawan Je

Kaswi Pandan Lemak Manis Mudah Buat. Ikut Sukatan Cawan Je

Kredit: Zura Zul

IKLAN

INGIN MEMBELI BLENDER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.

Pulut Serunding Kelapa, Lagi Sedap Kalau Serunding DiCampur Ketumbar & Jintan Manis

Tat Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakeri. Ini Cara Mudah Hanya Guna 6 Bahan.

IKLAN

Kek Milo Moist Mudah Aje, Memang Super Lembab & Kaya Rasa Coklat

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI