Ramai yang menganggap, duduk di kawasan kampung atau rumah landed sangat beruntung kerana boleh bercucuk tanam. Bolehlah tanam cili, kunyit dan sayuran lain dan tak perlu beli di pasar. Namun hal ini disangkal oleh ahli facebook group Rasa Share Resipi yang menganggap di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Mereka berkongsi gambar pokok yang ditanam oleh mereka di bahagian balkoni. Ada yang menanam di dalam pasu. Tak kurang juga yang menanam secara hidroponik. Asalkan tahu menjaga kebersihan kawasan setempat dan keselamatan, tiada masalah untuk mereka bercucuk tanam.
Elok hidup subur dalam pasu – Bunga Angkasa
Menggunakan teknik menanam dalam pasu, pengguna facebook dengan nama Bunga Angkasa menanam pokok cili, bendi, bayam brasil, bayam korea, kesum, pokok kari dan kunyit.
Pasu disusun elok di bahagian tepi balkoni dan dijaga rapi.
Ads
Subur sungguh pokok bayam ni.
Manfaatkan ruang sekangkang kera – Becca Jholl
Menanam secara hidroponik, pengguna facebook dengan nama Becca Jholl menyatakan dia ingin memanfaatkan ruang balkoni yang bersaiz kecil. Daripada terbiar kosong, dia menanam pokok menggunakan teknik hidroponik.
Ads
Subur pokoknya.
Beginilah cara tanaman hidroponik.
Ads
Gemuk sayur atas tu kan?
Jadi, apa lagi alasan kita untuk tidak memanfaatkan masa lapang dengan menanam pokok? Hal ini membawa banyak manfaat untuk isi rumah. Cubalah.
Kain pengelap yang bersih digunakan ketika proses memasak di dapur. Namun jika tidak dibasuh dengan kerap, kain pengelap ini biasanya akan menjadi busuk. Petua mudah ini mampu memastikan kain pengelap sentiasa bersih dan selamat digunakan.
BAHAN-BAHAN:
Soda Bikarbonat
Cuka
Air panas
Kain Pengelap
CARA-CARA:
Masukkan soda bikarbonat ke dalam mangkuk berisi air panas.
Percaya atau tidak, rasa buah yang terlalu masam memang membantukan selera makan. Jangan cepat putus asa, ada cara senang nak kurangkan rasa masamnya hanya dengan menggunakan garam je.
Selama ni tak tahu, rupanya sangat mudah, taburkan sedikit garam pada buah yang masam seperti buah mangga muda, buah kedondong, limau dan kundang. Selain rasa masam berkurangan, ia menimbulkan sedikit rasa manisnya. Inilah rasionalnya mengapa orang makan mangga muda dengan garam.
Selain itu, dengan sedikit taburan garam pada buah dari berubah warna dan lebam, sangat sesuai untuk buah-buahan seperti apel. Oleh itu, selepas potong apel rendam seketika dalam air yang dicampurkan dengan sedikit garam.
Secara tidak langsung garam membantu mengurangkan asid dalam masam buah yang anda makan. Selain itu, segala bahan kimia yang melekat pada buah juga boleh hilang dengan merendam dengan air garam.
Macam mana? Senangkan petua ni, lepas ni bolehlah amalkan. Sesiapa yang tak berani jamah buah masam boleh cuba ye…
Sarapan dengan pancake, dengar macam mudah dan ringkas je nak buat. Hakikatnya nak mendapatkan pancake yang lembut, gebu dan cantik seperti makan di hotel mewah tu memang susah, betul tak? Tapi korang jangan patah hati, sebenarnya ada beberapa perkara perlu korang buat supaya hasil pancake terbaik seperti diharapkan. Ini beberapa perkara perlu korang kalau nak pancake yang sedap, gebu gebas dan cantik:-
Pastikan baking powder dalam keadaan elok, segar dan belum expired. Ia penting kerana baking powder adalah agen untuk mengembangkan dan melembutkan pancake.
Asingkan Bahan Kering Dengan Bahan Basah. Tepung gandun, baking powder, serbuk garam dan gula dicampur bersama dan gaul dalam satu mangkuk. Dalam campurkan bahan basah seperti telur, mentega yang dicairkan dan susu dalam mangkuk lain dan kacau rata . Seterusnya tuangkan bahan basah dalam bekas bahan kering. Menggunakan spatula, kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Jika terlalu pekat pancake akan keras dan kenyal.
Guna kuali leper dan non stick. Sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali. Kemudian tuang dalam kuali yang telah dipanaskan. Penggunaan sendikit minyak membantu pancake mudah diterbalikkan dan warna lebih sempurna.
Gunakan penyukat untuk mendapatkan pancake yang sama saiz dan ketebalannya. Dan jika disusun dalam pinggang ia nampak cantik.
PANCAKE BLUEBERRY MAPLE SYRUP
BAHAN-BAHAN:
150gm tepung gandum
50gm cornflakes | ramas kasar
280ml susu segar
30gm gula halus
1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
2 sudu makan mentega | cairkan
1 sudu teh serbuk penaik
Pes/jem blueberi secukupnya
Sirap Maple secukupnya
Buah blueberi secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, cornflakes, serbuk penaik dan gula halus. Gaul rata.
Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair. Ketepikan.
Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali. Letakkan sesudu pes/jem blueberi dan tutup dengan sedikit lagi bancuhan pankek.
Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan. Ulangi langkah hingga selesai.
Hidangkan pankek bersama sirap maple dan hirisan buah blueberi segar. dan krim putar jika suka.
Khasiat bunga cengkih ni sangat banyak! Ketahui 8 gabungan ajaib bunga cengkih dengan bahan dapur seperti madu, halia & lemon untuk kesihatan dalaman dan luaran.