Korang mesti teruja dengan nikmat Kek batik indulgence ni. Tengok pun dah terliur. Bukan itu saja ,lembut dan tak keras. Nak dapatkan hasil yang cantik pula ada tipnya.Bayangkan makan sambil pejam mata tanda sungguh nikmat. Follow langkah yang dikongsi oleh Ariana Sofia Ahmad pasti hasilnya buat korang puas hati.
Kek Batik Indulgence
Bahan- bahan kek batik 450gm biskut marie (patah2kan) -BELI ONLINE DI SINI 250g butter – 1 cawan milo (110g) – BELI ONLINE DI SINI 3/4 cawan susu pekat manis(190ml@250g) 1/2 cawan serbuk koko(50g) – BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan air masak(60ml@50g) 1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan lapisan Cream Cheese 250gm cream cheese 150ml whipping cream ( Anchor) 1 sudu besar gelatin + (1/4 cawan air panas @50ml) -dikacau sebati 3 sudu besar gula custor – BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar susu pekat 1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan lapisan coklat 300gm milk compound coins (beryls)- BELI ONLINE DI SINI 150ml whipping cream (Anchor) 1 sudu besar butter Double boil semua bahan topping dan kacau sebati.
Double boil ada 3 cara 1. Panaskan whipping cream atas dapur, bila dah panas, tuang terus dalam milk compound dan kacau sehingga sebati bersama butter. 2. Masukkan milk compound, whipping cream dan butter ke dalam microwave. Bila dah panas, coklat akan cair. Buat keluar, kacau bagi sebati. 3. Ambil air panas semangkuk. Dalam mangkuk lain letakkan whipping cream, milk compound dan butter ke dalam mangkuk yang lebih besar. Letak mangkuk tu atas mangkuk air panas tadi dan kacau sehingga coklat cair (guna bekas tahan panas)
* Nak guna dark compound pun boleh.
Cara membuat: 1. Mula-mula kena patahkan biskut marie. Sekeping biskut patahkan empat. Buat yang ni dulu sebab nanti bila coklat dah masak, boleh masukkan terus.
2. Dalam kuali, cairkan butter. Guna api perlahan supaya butter tak hangit.
4. Dah sebati masukkan milo, serbuk koko dan esen vanila. Kacau laju supaya tak berketul.
5. Dah sebati masukkan air masak. Kacau sebati dan terus tutup api. Jangan tunggu mendidih.
Ads
6. Masukkan biskut marie dan kacau sebati.
7. Pastikan semua tersalut.
8. Lapik loyang 9″ dengan baking paper. Pastikan baking paper tinggi dari loyang. Ariana guna loyang yang boleh buka kat bawah, senang nak tolak nanti. Ratakan kek ke dalam loyang. Tekan sehingga padat. Masukkan dalam peti ais. Nak cepat keras boleh letak kat freezer.
9. Sebelum buat lapisan cheese. Buat dulu air gelatin. Serbuk gelatin dicampur dengan air panas. Kacau sebati dan ketepikan. Beli yang halal. Ada jual di kedai bahan bakery.
10. Dalam bekas masukkan cream cheese, whipping cream, gula, susu pekat manis dan esen vanila. Mix sehingga sebati dan licin. Pastikan tidak berketul.
11. Masukkan air gelatin dan gaul sehingga sebati.
12. Adunan ni memang nampak cair tapi jangan risau. Gelatin fungsinya untuk memejalkan cheese .
Ads
13. Tuang cheese ke tengah-tengah kek supaya cheese rata ke tepi. Masukkan semula dalam peti ais 2-3 jam. Nak cheese cepat pejal, letak dalam freezer
14. Untuk double boil coklat, ariana guna tip yang pertama. Panaskan whipping cream.
15. Tuang whipping cream yang panas ke dalam bekas yang ada milk compound dan butter. Kacau sehingga coklat cair.
16. Cair macam ni.
17. Tuang coklat ke tengah-tengah loyang supaya coklat rata ke tepi. Kalau tak rata, sengetkan sedikit loyang supaya coklat rata. Untuk dapatkan coklat yang licin, jangan sesekali ratakan dengan sudu. Buih kecik atas coklat, cucuk dengan lidi. Masukkan dalam peti ais semalaman @ 5-6 jam
18. Keluarkan kek dari loyang dengan letakkan cawan kat bawah. Kalau guna loyang biasa, tarik je baking paper keatas. Letak terus kek atas papan kek. Kertas baking paper boleh koyak terus bahagian tepi sementara kek masih keras.
19. Sebelum potong kek, rendam pisau panjang ke dalam air panas dalam 10 saat. Kesat dulu dengan kain@ tisu sebelum potong
20. Bahagian tepi tak perlu potong banyak. Agak-agak sahaja. Kalau untuk makan sendiri, tak potong pun xpe.
Ads
21.Yang ni dah siap potong. Kotor bahagian tepi papan lap je guna tisu. Jangan tunggu kek sejuk@ coklat dah cair baru nak potong, nanti potongan tak cantik bila coklat dah cair
22. Dah siap potong tepi. Boleh potong petak-petak pulak. Nak senang potong, tanda kat tepi kek anggaran setiap jarak. Ariana potong 7 melintang, 7 memanjang.
23. Untuk potongan petak ni, guna langkah yang sama untuk potong. Tip nak potong supaya coklat tak comot, tekan pisau kek sehingga rapat kek bawah. Walaupun keras jangan stop, nanti biskut pecah. Lepas tu tarik je pisau buat keluar. Jangan keluarkan pisau dengan cara tarik semula ke atas. Nanti coklat comot.
24. Jika masa potong nampak coklat dah cair. Masukkan semula dalam peti ais. Nanti coklat akan keras semula. Atau masa potong tu buat cepat-cepat supaya coklat tak cair.
Masakan dari olahan makanan laut tidak pernah menjemukan malah membuka selera tidak kira sama ada untuk menu tengah hari mahupun malam. Dalam kita menyediakan menu makanan laut ini perlu juga mengambil berat tentang kesihatan. Jangan lupa makanan laut ini boleh menaikkan kolesterol dalam badan. Apapun hidangan makanan laut memang menyelerakan. RASA membariskan idea masakan laut yang boleh dihidangkan untuk dinikmati bersama keluarga.
RENDANG KERANG HIJAU
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas dan wangi
Anggaran kos :RM20
BAHAN-BAHAN:
3 kg kerang -direbus dan diambil isinya
BAHAN KISAR
300g cili padi [hijau sahaja]
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
4 batang serai
sepotong halia
sepotong lengkuas
garam secukup rasa
3 sudu besar kerisik
santan kelapa
air asam jawa secukup rasa
3-4 helai daun limau purut
serbuk perasa
sedikit belacan
minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali. kacau sehingga naik bau.
Setelah garing, masukkan isi kerang ke dalam kuali. kacau sebati.
Setelah sebati, masukkan santan dan kerisik ke dalam kuali. kacau sehingga santan masak.
Masukkan garam, air asam jawa dan serbuk perasa secukupnya. kacau sehingga rendang sedikit kering.
Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan dikacau rata. sedia dihidang bersama nasi panas.
INFO CHEF: Masakan ini perlu menggunakan cili padi dengan kuantiti yang agak banyak. Untuk mengurangkan kepedasan , cili padi dikisar bersama tangkainya. Ini dapat mengurangkan kepedasan pada masakan.
KETAM NESTUM BUTTER MILK
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: Sedap serta lemak berkrim
Anggaran kos :RM30
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam bunga
1/2 biji bawang besar kuning – cincang
4 ulas bawang putih – cincang
2 batang daun kari – saya letak lebih
8 tangkai cili padi – hiris
2 sudu besar butter
3 sudu besar serbuk nestum
3 sudu besar susu pekat manis
Garam secukupnya
Minyak masak
CARA MEMASAK: 1.Ketam dibuang kulit dan sponge di badannya, basuh dan dipotong dua dan tos. 2.Panaskan sedikit minyak.Goreng ketam hingga garing dan ketepikan. 3.Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan butter panaskan sehingga cair. Tujuan guna minyak masak supaya butter tidak cepat hangit bila digoreng terlalu lama. 4.Masukkan bawang putih kisar. Kacau sehingga sedikit kekuningan, masukkan pula bawang besar cincang. Setelah sedikit layu, masukkan daun kari dan cili padi. 5.Masukkan pula susu pekat, sedikit garam dan gula. Bila kuah telah mendidih, baru masukkan serbuk nestum untuk memekatkan. Pastikan telah mendidih dulu ya. 5.Akhir sekali masukkan ketam. Kacau seketika sehingga ketam masak, sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Selain untuk melazatkan lagi kuah, penggunaan serbuk nestum adalah bertujuan untuk memekatkan kuah bagi menggantikan kebiasaan penggunaan tepung jagung di dalam masakan
GULAI UDANG TUMIS DARAT
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: aroma tumisan darat yang melazatkan lagi masakan
Anggaran kos :RM18 BAHAN-BAHAN: 20 ekor udang 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 3 sudu besar serbuk kari daging 2 tangkai daun kari 2 keping asam gelugur 1 mangkuk santan ½ mangkuk kacang panjang 1 biji tomato 3 biji cili padi. BAHAN-BAHAN TUMIS DARAT: 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih ½ sudu halba campur 1 tangkai daun kari Minyak untuk menumis CARA MEMASAK: 1.Basuh udang sehingga bersih 2. Tumbuk kasar bawang merah , bawang putih dan halia 3. Masukkan udang, bahan-bahan tumbuk, serbuk kari , asam gelugur dan daun kari ke dalam periuk dan rebus sehingga mendidih 4. Setelah mendidih masukkan santan, garam , perisa dan sedikit gula 5. Kacau sehingga agak sedikit pekat 6. Masukkan kacang panjang, tomato dan cili padi 7.Agak sudah elok semua rasa tutup api 8. Di dalam kuali kecil, panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis darat 9.Setelah bawang garing dan wangi cepat-cepat tuang kesemua bahan tumis beserta kesemua minyak tumisan ke dalam periuk gulai tadi dan tutup periuk 10.Gulai sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Kaedah tumis darat perlu di pastikan periuk cepat-cepat ditutup sejurus selepas mencurahkan tumisan minyak bersama bawang yang ditumis agar wap tidak terkeluar dan ini akan membuatkan aroma tumisan tadi meresap mesra ke dalam kuah.
BAWAL 3 RASA
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Goreng dan Tumis
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: Sedap dengan kombinasi rasa pedas, masam dan manis
Anggaran kos :RM20 BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal hitam (basuh bersih, lumurkan serbuk kunyit dan sedikit garam dan goreng hingga garing, ketepikan)
1 labu bawang Holland – potong dadu
3 ulas bawang putih – cincang kasar
½ inci halia – cincang kasar
1 jurai nenas – potong dadu
1 jurai timun – potong dadu
1 biji tomato – potong dadu
1 biji lobak merah – potong dadu
3 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
1 sudu sos ikan /sotong
1 sudu kicap pekat manis
½ sudu makan cuka
5 tangkai cili padi hijau – hiris kasar
3 tangkai cili padi merah – hiris kasar
Daun bawang untuk hiasan
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak untuk menumis. 2.Tumis hirisan bawang Holand, bawang putih, halia sehingga berwarna kuning dan wangi 3. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, sos ikan / sotong, kicap dan cuka makan. Sekiranya agak pekat, masukkan sedikit air panas 4. Kacau hingga sebati, masukkan hirisan nenas, timun, tomato , lobak merah, cili padi dan cili merah. 5.Sediakan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu ke dalam pinggan hidangan. 6.Curahkan kesemua sos masakan tadi ke atas ikan yang telah digoreng tadi 7.Hiaskan bersama hirisan daun bawang . Bawang 3 rasa sedia untuk dihidang.
INFO CHEF: Bagi yang menginginkan kelainan dalam rasa, masakkan ini boleh juga ditambah dengan buah prun kering atau asam boi juga buahan jeruk yang lain .Kombinasi masam dan manis di dalam bahan-bahan ini dapat melazatkan lagi masakan
ACAR TENGGIRI
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak: Goreng & tumis
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: Masam manis
Anggaran kos :RM10 BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan tenggiri yang telah digoreng kunyit
3 biji cili hijau
6 biji cili api
2 biji bawang besar di belah 4
2 biji timun jepun. timun biasa pun boleh juga tapi dibuang bijinya – dipotong panjang 3cm
2 ulas bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia diracik untuk menumis
3 sudu besar serbuk kari dan sedikit daun kari
1 biji lobak merah – dipotong panjang 3cm
1 sudu teh halba
5 sudu besar cuka makan
1 cawan air
CARA MEMASAK:
Tumis bawang merah, bawang putih ,halba, cili api, daun kari dan halia hingga sedikit perang. Masukkan pula rempah kari dan goreng seketika dan tuangkan air
Renehkan dengan api perlahan sehingga terbit minyak dan masukkan cuka makan.
Masukkan bawang, timun, lobak merah dan cili hijau. Masak seketika. Masukkan ikan, dan perasakan garam
Acar Tenggiri sedia untuk dihidang bersama nasi panas.
INFO CHEF: Untuk rasa yang lebih sedap, serbuk kari , halba serta sedikit daun kari di sangai terlebih dahulu. Ini dapat memberi lebihan bau wangi kepada masakan dan menjadi lebih sedap.
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan sotong dan masak di atas kuali tanpa minyak sehingga keluar airnya, tapi jangan masak terlalu lama kerana nanti sotong akan menjadi keras. 2. Asingkan sotong dan airnya ke dalam bekas berasingan. 3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan. 4. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak. 5. Masukkan air asam jawa, sos tiram, gula melaka dan air sotong tadi. 6. Masukkan pula sotong dan petai. 7. Kacau sehingga petai sedikit layu. Kalau suka petai rangup, masak sekejap sahaja. 8. Perasakan dengan garam secukupnya. INFO CHEF:
Masak sambal dengan minyak yang banyak supaya cili masak dengan sempurna dan sedap.
Lebihan minyak boleh dibuang kemudian selepas sambal masak.
Sesekali layan sajian Cina memang menaikkan selera. Tak perlulah ke restoran mahal-mahal kerana anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Malah sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, ia antara hidangan yang anda boleh masak untuk keluarga. Antara menu yang boleh dicuba adalah Daging Szechuan dan Cendawan Goreng Telur Masin ni. Sangat sedap dan resipiya dikongsi oleh chef restoran. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
DAGING SZECHUAN & CENDAWAN TELUR MASIN UNTUK MAKAN BESAR TAHUN BARU CINA
1. CENDAWAN GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
100gm cendawan Shimeiji – bersih dan leraikan satu-satu.
Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ( Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Panaskan mentegadi dalam kuali dan masukkan kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
Masukkan pula cendawan yang telah digoreng dan kacau hingga sebati.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedapnya Kek Keju Meleleh Pandan ni. Resipi istimewa buat anda yang tak ada ketuhar. Hanya kukus sahaja. Caranya pun tidak rumit. Bolehlah cuba buat. Kombinasi kek yang lembut, krim keju yang melimpah ruah dan parutan keju yang banyak, memang terbaik. Jom cuba resipi perkongsian saudari Umi Hayati ni. Pasti puas hati.
RESIPI KEK KEJU MELELEH PANDAN KUKUS
BAHAN-BAHAN ( 1 LOYANG BULAT):
1 cawan gula
3 biji telur
1 sudu besar ovelatte
1/2 cawan minyak masak } ikut sukatan. Jangan dilebihkan.
1/2 cawan susu cair } ikut sukatan. Jangan dilebihkan.
1/2 penutup pewarna hijau
1 penutup besar perisa pandan }boleh ditukar kepada perisa strawberi, vanilla dan warna
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
CARA MEMASAK:
Pukul telur dan ovalette sampai gebu dan berwarna putih.
Masukkan minyak masak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan. Pukul lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul sekejap tapi jangan lama.
Matikan mixer dan kaup balikkan bahan tadi.
Masukkan kek ke dalam loyang yang dah dialas dan kukus selama 30 minit menggunakan api sederhana. Pastikan air telah mendidih sebelum memasukkan kek. Tutup ( balut) penutup pengukus dengan kain bersih.
BAHAN CREAM CHEESE LELEH
250gm cream cheese Tatura
Suku cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis ( ikut manis sendiri)
CARA-CARA:
Satukan semua bahan dan pukul hingga gebu.
CARA MENGHIAS:
Selepas kek masak, tunggu kek sehingga betul-betul sejuk.
Untuk melapis, keluarkan kek dari loyang dan letak dalam pinggan.
Potong @ belah separuh kek dan sapu krim keju.
Letak kembali kek yang dipotong tadi dan sapu cream cheese. R
Akhiri dengan parutan keju cheddar dengan secukupnya.
TIP BUAT KEK KEJU YANG SEMPURNA:
Setelah dihias dengan krim keju, simpan seketika dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Kek ini tidak perlu dimasukkan soda bikarbonat.
Pastikan sukatan minyak dan susu cair tidak lebih.
Ayak tepung gandum sebelum dimasukkan ke dalam mixer.
Penutup kukusan perlu dibalut dengan kain bagi mengelakkan wap air menitis atas kek.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!