
Hidangan minum petang ni, jom kita buat kek buah. Mudah sangat nak buatnya, guna tiga bahan je!
Hasil resipi daripada Aley Arif ini, bolehlah dihidangkan bersama teh panas ataupun air oren sejuk. Fuhh, sedap!
RESIPI KEK BUAH 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN:
500g dried mix fruit
1 cawan jus oren (saya guna minute maid)
1 cawan tepung naik sendiri – beli online di sini
TONTON Dapur Rasa Live: Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese
TONTON Dapur Rasa Live: Roti Wholemeal Walnut
CARA-CARA:
1. Masukkan dried fruit dalam satu bekas. Kemudian masukkan air jus. Biarkan selama 2 jam.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. Gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang. Pastikan loyang telah disapu dengan sedikit mentega atau alaskan dengan baking paper.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Bakar dengan suhu 130°c selama 2 jam. Apabila sudah masak, keluarkan dan sejukkan atas redai. Selamat mencuba.
Kredit resipi: Aley Arif
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Anda Peminat Makanan Korea? Wanita Ini Kongsikan 12 Resipi Yang Diolah Ikut Tekak Melayu
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kuih Getas Lembut & Lemak Manis Yang Wajib Dicuba!

Kuih getas merupakan kuih tradisional yang sangat unik kerana rasanya yang lemak manis. Ada yang juga memanggil getas-getas atau gegetas. Cara penyediaannya antara yang paling senang berbanding kuih tradisional yang lain. Uli, gentel dan goreng je. 10 minit dah boleh siap! Rasanya yang lembut dan kenyal itu menjadikan ia amat diminati dan sering dijadikan sebagai hidangan minum petang seisi keluarga.
KUIH GETAS
BAHAN-BAHAN
- 1/2 biji kelapa parut
- 2-1/2 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cwn air (atau secukupnya)
- 1 sudu teh garam
Untuk sira gulanya
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat.. nanti susah nak bentuk), uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa.


Bentukkan doh sebesar nugget

Goreng dengan api sederhana.
Air dan gula dimasak dalam kuali, biar betul-betul pekat baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kering.

Air dan gula dimasak hingga pekat. Berbuih macam ni tanda gula telah pekat.

Masukkan kuih yang telah digoreng dan boleh tutup api, kacau hingga jadi seperti ini.
Kredit resipi & foto: Yatteomar
Sedap & Mudah. 6 Resipi Lauk Ni Boleh Masak Dalam 30 Minit Je

Tercari-cari resipi lauk pauk yang mudah dan ringkas? Maklumlah, nak pancing selera makan, kadang-kala agak sukar. Yang tukang masak pun sama. Ada masanya jadi buntu memikirkan menu yang nak dimasak untuk suami dan anak-anak. Jika kesuntukan masa, lagilah penat dibuatnya. Khas untuk anda RASA kongsikan seleksi resipi lauk ringkas yang boleh masak dalam masa 30 minit. Moga sedikit sebanyak boleh membantu anda.
1. AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ayam | potong kecil
- 2 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 batang serai | titik
- 10 biji cili padi | hiris halus
- 1 biji bawang besar | potong dadu
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
- 1 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
- Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Ayam cuci bersih dan tos.
- Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
- Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.
- Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
- Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
- Kecilkan api perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah secukup rasa, tutup api.
- Ayam kicap sedia dihidangkan.
2. DAGING GORENG MERAH

BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging rebus | hiris nipis
- 2 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu teh sos cili
- 1 sudu teh sos tomato
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 3 ulas bawang putih | ketuk
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.
3. IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
CAR MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
- Gaul rata dan tutup api.
- Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Disarankan rebus ikan siap-siap sebelum sedia dimasak sambal.
4. UDANG GORENG SOS TIRAM BERSAMA SADERI

BAHAN-BAHAN:
- 250gm udang saiz XL | buang kulit dan kepala dan belah belakang
- Sedikit hirisan cili benggala merah
- Sedikit hirisan cili benggala hijau
- Sedikit hirisan batang selerri
- 4 biji cili padi | titik
- 1/2 biji bawang Holland | hiris
- 2 ulas bawang putih | titik
- 2 sudu makan sos tiram
- Minyak masak untuk menumis secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan udang, kacau rata.
- Masukkan pula hirisan cili benggala dan hirisan batang seleri.
- Perasakan dengan sos tiram secukup rasa.
- Setelah masak dan cukup rasa, tutup api.
- Udang sedia dihidangkan panas-panas.
5. PAPRIK SOTONG

BAHAN-BAHAN:
- 300gm sotong | bersihkan dan hiris bulat
- 1batang serai | titik
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos tiram
- 6 biji cili padi | titik
- Sedikit hirisan batang seleri
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | titik
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi, serai hingga wangi.
- Masukkan pes cili kering, kacau rata dan masukkan sotong. Kacau lagi.
- Seterusnya masukkan hirisan daun limau purut dan batang seleri.
- Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
- Apabila cukup rasa dan sotong masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika anda ingin tambah isian lain, boleh tambah lobak merah dan cili Benggala.
6. SUP CAMPUR BEBOLA IKAN

BAHAN-BAHAN:
- 20 biji bebola ikan
- 4 biji tauhu tauhu bulat yang telah digoreng
- 1 pokok sawi putih
- 1 keping tauhu kering | rendam dalam air
- Sedikit suhun | rendam dalam air
- Sedikit hirisan lobak merah
- 2 ulas bawang merah | hiris
- 2 ulas bawang putih | titik
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya.
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dalam periuk didihkan di atas dapur.
- Setelah mereneh masukkam bebola ikan, tauhu kering dan suhun yang telah direndam tadi.
- Setelah bebola ikan timbul, tambah hirisan sawi, lobak merah.
- Apabila layu masukkan tauhu dan perasakan dengan serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa dan masak tutup api.
- Sup sayur sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Share Sampai 17K. Resipi Sambal Siram Mak Kongsi Ni Memang Sedap
Boleh Bakar & Kukus. Resipi Otak Otak Ayam Homemade Ni Memang Padu
Sangat Sedap! Peniaga Kongsi Resipi Sambal Telur Ikan Bilis Bebola Ikan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
4 Variasi Masakan Mi Yang Sedap dan Menyelerakan

Ada macam-macam jenis mi. Kali ni RASA nak berikan 4 jenis masakan berasaskan mi yang dimasak daripada mi sanggul, mi kuning, mi segera dan yee mee.
MI SANGGUL SUP KETAM

BAHAN A (tumbuk halus)
2 inci halia
1 sudu besar lada hitam
Sedikit jintan putih
Sedikit jintan manis
2 ulas bawang putih
BAHAN B
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
1 kiub pati ikan bilis
1/2 biji lobak merah (potong nipis)
1/2 cawan kacang pis
Sedikit cendawan (potong kecil)
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
2 cawan air
2 ekor ketam bunga (siang dan bersihkan)
Garam secukup rasa
1 bungkus mi sanggul
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis Bahan A dan Bahan B sehingga naik bau.
2. Masukkan pati ikan bilis, lobak merah, kacang pis, cendawan dan bawang besar. Masak selama 2 minit.
3. Masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan ketam. Biarkan ketam masak.
4. Masukkan garam. Kacau dan biarkan mendidih seketika. Matikan api.
5. Celur mi dalam air panas. Toskan.
6. Masukkan mi dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan ketam. Hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan cili.
MI GORENG BASAH

BAHAN TUMBUK
6 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
4 sudu kecil lada hitam
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram udang
Setengah cawan air
3 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
1 biji tomato (potong kiub)
200 gram mi kuning
Garam dan gula jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong dan udang. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
4. Masukkan sayur dan mi. Gaul sebati.
5. Boleh tambah garam dan gula jika suka. Biar seketika dan matikan api.
YEE MEE TOMYAM

BAHAN TUMBUK
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram jejari udang
3 sudu besar pes tomyam
Tomato ceri secukupnya
1/2 batang lobak merah (potong kecil)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
100 gram yee mee
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong, jejari ketam dan pes tomyam.
3. Masukkan sayur dan masak selama 2 minit.
4. Masukkan air dan garam. Kacau seketika.
5. Masukkan yee mee dan goreng sehingga yee mee lembut.
6. Sedia dihidang.
KERABU MAGGI

BAHAN HIRIS
4 biji cili padi
4 helai daun kobis
1 biji lobak merah
2 pokok daun ketumbar
1 biji bawang holland
2 biji tomato
BAHAN LAIN
Air untuk mencelur
4 ekor sotong (potong bulat)
4 ekor udang besar
4 batang jejari ketam
2 peket Maggi perasa tomyam
1 biji limau nipis (perah jusnya)
2 sudu besar kicap sotong
Gula secukupnya
CARA MEMASAK
1. Didihkan air secukupnya ke dalam periuk.
2. Masukkan sotong, udang dan jejari ketam. Celur sebentar dan toskan.
3. Kemudian masukkan Maggi ke dalam air rebusan tadi. Celur sehingga lembut. Angkat, toskan dan masuk ke dalam mangkuk.
4. Gaul Maggi bersama sotong dan udang, bahan hiris dan perencah Maggi. Perasakan dengan jus limau, kicap sotong, dan gula secukupnya. Gaul sebati.
Selamat mencuba!

