
Kek coklat bajet. Tepung kek beli kat kedai Eco je. Siapa pernah beli tepung kek di kedai yang terkenal dengan harga barang-barangnya yang cukup murah itu?
Jangan tak percaya, sedap tau dan menjadi kek yang dibuat. Puan Sally Mally ini berkongsi resipi dan cara membuat kek bajet guna tepung kek yang dibeli di kedai Eco tu. Menurutnya, beli 2 pek bersama cawan, total RM6.36. Dapat 10 cawan kek! Jimat sungguh.
Selain itu, kek itu tetap sedap dan mudah je nak membuatnya.
Musim cuti sekolah, anak-anak kat rumah jadi kenalah sediakan makanan secukupnya untuk mereka. Minum petang bolehlah buat kek cawan ini. Selamat mencuba!
Kek Coklat Bajet, Tepung Beli Kat Kedai Eco
Bahan-bahan:
2 pek tepung Moist Cake Mix (beli di Eco)
2 biji telur
3/4 cawan minyak masak – boleh beli online di sini
1 cawan air masak
Sesudu makan Nutella (option)
Coklat chips (option)
Cara Memasak:

Bancuh sebati semua bahan dalam satu bekas.

Tambah sedikit Nutella untuk lebih sedap.

Kemudian tabur coklat chips di atasnya nak bagi lagi meriah. Tapi ini pilihan. Tak bubuh pun tak apa.

Bakar dlm air fryer 170’C selama 30 min, bergantung pd airfryer masing-masing. Nak kukus boleh, nk masuk dalam oven pun boleh. Tapi saya guna airfryer lebih mudah. Pakai cawan supaya senang ank-anak nak makan. Sedap sangat, gebu dan lembut.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Kek Chiffon Oren Lembut & Gebu. Bahan Pun Sukat Guna Cawan Je

Kek Chiffon Oren ni memang sedap dan gebu. Sama seperti Kek Chiffon pandan, ia merupakan antara kek popular yang diminati dari dulu hingga kini. Teksturnya yang ringan dan gebu serta lembut dimakan membuatnya amat digemari ramai. Bagi yang nak cuba buat Kek Chiffon Oren ni, Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Jom cuba.
RESIPI KEK CHIFFON OREN SEDAP & GEBU GUNA SUKATAN CAWAN

BAHAN A:
- 6 biji putih telur (telur A)
- 1 sudu teh cream of tartar – beli online disini
- 3/4 cawan gula halus – beli online disini
CARA-CARA:
- Pukul putih telur sehingga berbuih.
- Masukkan gula dan cream of tartar. Pukul lagi sehingga kental /bertanduk. Ketepikan.
BAHAN B:
6 biji kuning telur
1/2 cawan gula halus
1 3/4 cawan tepung self-raising (blue key) – beli online disini
1/4 cawan minyak jagung – beli online disini
1/2 cawan jus oren
1 sudu makan sunquick – beli online disini
Sedikit parutan kulit oren
Sedikit pewarna oren – beli online disini
Secubit garam – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama gula halus guna kelajuan sederhana.
2. Masukkan minyak, garam, sunquick, parutan kulit oren, pewarna dan jus oren. Pukul lagi.
3. Akhir sekali, masukkan tepung. Adun perlahan sehingga sebati.
4. Ambil 1/2 dari Bahan A (putih telur) masukkan ke dalam Bahan B. Gaul rata.
5. Kemudian masukkan ke dalam baki Bahan A. Kaup balikkan hingga semuanya sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang. Hentak loyang sekali dua sebelum dibakar.

7. Bakar Kek Chiffon Oren pada suhu 170C selama 1 jam menggunakan api atas bawah.

8. Bila sudah masak, keluarkan kek dari ketuhar dan terus terbalikkan atas redai kek. Biarkan kek betul-betul sejuk (lebih kurang 45 minit).

9. Ambil pisau, sisipkan keliling kek dan keluarkan dari loyang.

10. Sedia untuk dinikmati.

PESANAN DARI OPAH:
- Loyang tidak perlu dilenser dengan marjerin, minyak atau sebagainya.
- Opah guna loyang saun 22cm @ 9 inci.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
Nak buat Kek Chiffon tapi tak ada acuan? Order je online DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Rahsia Masak Udang Butter Nestum Sedap Tanpa Guna Rencah Segera
Cara Buat Agar-Agar Cendol Gula Melaka Ikut Sukatan Cawan. Makan Ketika Sejuk Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kek Raya Old School Yang Hampir Pupus — Jom Hidupkan Balik Tradisi Ni!

Walaupun terdapat pelbagai resipi kek moden dikongsi, namun kek tradisi serta lama tetap punya peminatnya yang tersendiri. Kali ini, RASA bawakan aneka kek tradisi yang pastinya menarik, enak bahkan mudah disediakan. Selamat mencuba!
1. KEK PELANGI

BAHAN-BAHAN:
- 370gm marjerin
- 380gm gula halus
- 500gm tepung gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 8 biji telur
- Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
- 2 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga adunan menjadi putih.
- Masukkan esen vanila dan kacau hingga rata.
- Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan setiap satu denganpewarna merah, hijau dan kuning.
- Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang.
- Bakar adunan dalam ketuhar pada suhu 160C selama 45 minit.
Info chef: Minyakkan acuan dan tabur sedikit tepung agar kek tidak melekat dan senang dikeluarkan dari acuan.
2. KEK UBI KAYU

BAHAN-BAHAN:
- 280gm cawan marjerin
- 285gm cawan gula halus
- 5 biji telur
- 185gm cawan tepung gandum
- 1 sudu makan serbuk penaik
- 3 cawan parutan ubi kayu | diperah airnya
- 130gm susu pekat
- 1/2 sudu teh pewarna kuning
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
- Pukul marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti parutan ubi kayu. Gaul rata.
- Masukkan tepung gandum secara berselang seli dengan susu pekat. Kaup balikkan.
- Akhir sekali, masukkan esen vanilla diikuti pewarn akuning. Kacau hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan kek. Ratakan.
- Bakar pada suhu 160C selama 25-30 minit atau sehingga kek masak.
- Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.
Info chef: Selain marjerin, boleh juga menggunakan mentega.
3. KEK BAHULU

BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung gandum
- 285gm gula halus
- 5 biji telur
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 90gm minyak masak
- 1 sudu teh esen vanila
- Sedikit pewarna merah dan kuning
CARA MEMASAK:
- Pukul telur dan gula hingga kembang.
- Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, minyak masak dan esen vanila. Kaup balikkan hinga semua bahan sebati.
- Asingkan adunan kepada dua bahagian dan warnakan dengan pewarna pilihan.
- Tuang ke dalam loyang secara berselang seli.
- Bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 160C.
Info chef: Guna minyak masak yang baik dan berkualiti untuk mendapatkan hasil kek yang sempurna.
4. KEK BUAH-BUAHAN

BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepun gandum | diayak
- 190gm gula perang
- 185gm mentega
- 180gm campuran buah-buahan kering | digaul dengan sedikit tepung gandum
- 40gm kulit limau campuran
- 60gm ceri | dipotong kecil
- 5 biji telur | asingkan kuning dan putih
- 1 sudu makan golden syrup
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung dan campurkan dengan buah-buahan kering, kulit limau dan ceri. Ketepikan.
- Pukul putih telur hingga kembang seperti meringue. Ketepikan.
- Putar gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil memutar adunan.
- Masukkan tepung berisi buah-buahan kering dan meringue secara berselang seli. Kaup balikkan hingga rata.
- Tambahkan golden syrup dan kaup balikkan lagi hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 40-50 minit dengan suhu 160C.
- Sejukkan kek sebelum dipotong.
Info chef: Kek ini lebih enak dinikmati selepas satu hari.
5. KEK MARBLE KUKUS

BAHAN-BAHAN:
- 150gm gula halus
- 185gm tepung gandum
- 4 biji telur
- 3/4 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu makan ovalette | jika suka
- 1/4 sudu teh garam
- 7 sudu makan susu sejat
- 1 sudu teh esen vanilla
- 60gm minyak jagung
- 3 pewarna makanan pilihan
CARA MEMASAK:
- Panaskan periuk kukusan, griskan loyang dan alas menggunakan kertas minyak. Ketepikan.
- Pukul gula dan telur. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik, ovalette, garam, susu sejat dan esen vanilla. Pukul hingga kembang.
- Masukkan minyak dan kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
- Tuang adunan berwarna secara berselang seli ke dalam loyang. Tutp permukaan loyang menggunakan aluminium foil.
- Kukus kek selama 45 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.
Info chef: Minyak jagung boleh digantikan dengan marjerin yang dicairkan.
6. KEK LAPIS PRUN

BAHAN-BAHAN:
- 310gm tepung gandum | diayak
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak bersama tepung
- 230gm mentega
- 190gm gula halus
- 5 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 260gm susu pekat manis
- 80gm buah prun | dicincang kasar
- Pewarna merah dan hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
- Putar gula dan mentega sehingga kembang.
- Masukkan susu pekat manis dan telur sambil memutar adunan.
- Seterusnya masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Kaup balikkan tepung sedikit demi sedikit sehingga rata.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan hijau manakala satu bahagian lagi diwarnakan merah dan dimasukkan buah prun.
- Masukkan sedikit adunan merah ke dalam acuan berukuran 20cm. Kukus selama 20 minit.
- Kemudian masukkan sedikit adunan hijau dan kukus lagi selama lima minit. Ulang proses yang sama sehingga adunan habis.
- Akhir sekali, kukus keseluruhan kek selama satu jam. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Info chef: Guna senduk yang sama ketika menceduk adunan merah dan hijau jika ingin mendapatkan ketebalan lapisan kek yang sama.
7. KEK SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:
- 125gm tepung gandum | diayak
- 190gm gula pasir
- 90gm mentega | dicairkan
- 180ml air suam
- 1/2 bungkus yis segera
- 5 biji telur
- 3 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
- Gaul tepung bersama yis dan air suam. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit atau sehingga mengembang.
- Pukul gula, telur, telur kuning dan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 35 minit atau sehingga masak.
Info chef: Pastikan adunan tepung dan yis benar-benar kembang sebelum dimasukkan bahan-bahan lain.
8. KEK BATIK

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 230gm mentega
- 260gm susu pekat
- 380gm gula
- 375 tepung gandum
- 85gm serbuk koko
- 310gm milo
- Biskut jejari secukupnya | anggaran 100-150gm
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan kecuali biskut jejari ke dalam periuk. Gaul sebati.
- Panaskan bahan-bahan tadi di atas api sehingga masak dan nampak cair.
- Padamkan api dan masukkan biskut jejari ke dalam adunan. Gaul rata.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan sejuk. Simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama dan mudah untuk dipotong.
- Potong kecil dan hidangkan buat tetamu.
Info chef: Selain biskut jejari, boleh juga menggunakan biskut marie atau biskut keju yang dipatah-patahkan menjadi kepingan kecil.
9. KEK SPAN

BAHAN-BAHAN:
- 125gm tepung gandum
- 130gm susu pekat
- 90gm marjerin
- 5 biji telur
- 190gm gula pasir
- 250ml air
- 1 sudu teh soda bikarbonat | diayak bersama tepung gandum
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Bagi menghasilkan gula hangus, goreng gula pasir di dalam kuali. Apabila gula cair dan berwarna agak kecoklatan, tuang air. Masak sehingga pekat. Ketepikan.
- Pukul telur hingga kembang. Masukkan marjerin , susu pekat dan esen vanilla. Pukul sebati.
- Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan gula hangus sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul seklai lagi hingga semua sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 160C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.
Info chef: Berhati-hati ketika menyediakan gula hangus kerana ia sangat panas.
10. KEK PERMAISURI

BAHAN-BAHAN:
- 230gm marjerin
- 190gm gula halus
- 1/4 sudu teh garam halus
- 4 biji telur
- 250gm tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 2 sudu makan susu tepung
- 1 sudu teh esen ros
- Sedikit kismis | hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul gula dan marjerin sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga sekata.
- Kemudian masukkan esen ros, susu tepung dan garam. Tambahkan tepung gandum dan kaup balikkan dengan menggunakan senduk kayu.
- Susun acuan kertas di atas dulang pembakar, masukkan adunan dan letakkan kismis di bahagian atas kek.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
Info chef: Selain dimasukkan ke dalam cawan kertas, boleh juga dibakar di dalam loyang biasa.

Dapatkan Tepung Kek Sekarang
Baking lebih senang dengan Tepung Kek ni. Confirm naik elok setiap kali!
Jom Buat! Resipi Mulberry Yogurt Butter Cake Yang Sangat Sedap

Anda suka makan kek? Jom cuba buat Mulberry Yogurt Butter Cake yang sangat sedap ni. Nampak ringkas je tapi teksturnya yang gebu membuatkan ramai yang teringin nak merasa. Saudara Mohammad Muammar ada kongsikan resipi. Jom kita mula.
RESIPI MULBERRY YOGURT BUTTER CAKE

BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung naik sendiri (kalau guna tepung gandum biasa, guna sukatan tepung gandum 300gm + 1 1/2 sudu teh baking powder) – beli online disini
- 280gm gula – beli online disini
- 6 biji telur – asingkan putih dan kuning
- 350gm mentega atau marjerin atau campuran mentega & marjerin – beli online disini
- 100ml yogurt (boleh juga guna 100ml susu tin cair + 1 sudu makan jus lemon. Biarkan 10 minit untuk susu jadi Buttermilk)
- Parutan kulit oren dari 1 biji oren
- 3 cawan mulberry beku
CARA MEMASAK:
1.Pukul putih telur sampai jadi meringue/stiff peak. Ketepikan.
2.Pukul mentega /marjerin dengan gula hingga kembang guna medium speed.
3.Masuk kuning telur sebiji demi sebiji. Pukul kembang dan rata juga menggunakan medium speed.
4.Masuk tepung selang seli dengan yogurt/buttermilk. Pukul sebati.
5.Ambil 1/3 meringue tadi, masuk ke dalam adunan. Kaup balikkan hingga sebati.
6.Kemudian masukkan baki meringue tadi. Kaup balikkan lagi.
7.Masukkan parutan kulit oren dan juga mulberry. Gaul sebati.


8.Tuang adunan dalam loyang empat segi bersaiz 9×9.
9.Bakar pada suhu 170c guna api atas bawah selama 45 minit (ikut ketuhar masing-masing). Letak loyang di rak paling bawah.

NOTA: Kalau guna loyang 8×8, boleh guna 2/3 sukatan resepi.
Kredit resipi & foto: Mohammad Muammar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

