Tengok dari bahan ramuan boleh tahu kelazatan kek coklat karamel ni. Lapisan atasnya karamel, lapisan tengah puding kastad dan di bawah sekali lapisan kek coklat bersusu.
Makan sejuk memang nyaman aje lalu kat tekak, nikmat tak terkata lah.
KEK COKLAT KARAMEL
BAHAN-BAHAN :
Bahan karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel
* Masak atas api hingga perang dan tuangkan ke dalam loyang, biarkan ia keras dan ketepikan
Bahan Puding:
2 sudu besar tepung kastad
1 cawan susu cair
3 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
*Semua bahan di atas dipukul lembut, toskan dan tuang dalam loyang karamel
*Kukus selama 20 minit, angkat dan cakar di atas permukaan puding dengan garfu
BAHAN KEK :
Bahan A:
1 cawan gula
3 sudu besar serbuk koko
Bahan B:
1 cawan tepung gandum
Cara memasak:
1. Satukan bahan-bahan A ,kacau hingga larut sebati.
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan ke dalam bahan A, kacau sebati menggunakan sudip aje
3. Tuangkan adunan kek ke dalam puding yang telah disejukkan tadi dan kukus selama lebih kurang 50 minit.
4. Tunggu sejuk baru dikeluarkan dari loyang.
Kredit Resepi : Liza Na
Oleh : Lizana Kitchen
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :