Apa kata ketika stay at home disebabkan PKPB ini kita makan kek coklat lava? Mesti sedap, kan? Coklat Lava ini asalnya daripada kek yang tidak masak. Jadi, kalau terlebih masa masak, akan jadi kek coklat biasa. Nak membuat kek coklat lava ini kena try and error. Kena pandai kawal suhu oven.
.
BAHAN ADUNAN COKLAT MENTEGA
100 gram dark coklat jenis compound coin
5 sudu besar mentega (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT ADUNAN COKLAT MENTEGA
1. Double boil dark coklat dan mentega. Boleh juga guna microwave lagi senang.
BAHAN LAIN
2 biji telur ayam
1 biji telur kuning sahaja
3 sudu besar gula
2 sudu kecil esen vanila (BELI DI SINI)
3 sudu besar tepung gandum (BELI DI SINI)
2 sudu besar serbuk koko
CARA MEMBUAT
1. Whiskkan telur ayam dan gula sampai gula hancur.
2. Masukkan ADUNAN COKLAT MENTEGA dalam telur.
3. Masukkan esen vanila, tepung, serbuk koko dan kacau sebati.
.
.
.
4. Sapu minyak atau mentega kat tepi bekas. Masukkan adunan dalam bekas.
.
.
5. Panaskan oven api atas bawah 200 degree terlebih dahulu.
6. Bakar untuk 10 minit. Pastikan bahagian atas dah kering namun bahagian dalam masih basah lagi.
7. Tutup api oven dan biarkan coklat lava dalam oven untuk 5-8 minit untuk set.
8. Terbalikkkan coklat lava atas pinggan dan tabur gula aising. Sedia dihidang.
A. Boleh guna bekas mufin atau cupcake. Guna bekas aluminium foil pun boleh. Guna bekas Ramekin lagi bagus.
B. Boleh masak guna air fryer. Suhu 180 degree untuk 5 minit sahaja.
Resipi Oleh Fatimah Naamat
ANDA MESTI SUKA RESIPI INI JUGA.