Siapa yang pernah rasa kek ini? Ada yang menggelarnya kek Bunga Rampai atau Kek Kelapa. Walau apapun gelarannya, di dalamnya kek ini diletakkan kelapa. Tambah sedap bila kelapa parut yang digunakan ini disangai. Bau aroma kek ini ketika dibakar memang semerbak harum.
Kek Kelapa/Kek Bunga Rampai Bahan-bahan: 1 1/2 cawan majerin/butter 1 1/2 cawan gula kastor.(Saya guna 1 1/4 cawan) -BELI ONLINE DI SINI 4 biji telur 1 sudu kecil ovelete -BELI ONLINE DI SINI 2 sudu makan susu paket 2 1/4 cawan tepung naik sendiri. (Saya guna tepung gandum letak 1 sudu kecil baking powder diayak 1 1/2 cawan kelapa kering. Saya guna kelapa parut disangai. Bahagi 3.Warnakan hijau, merah,kuning. Tak ada warna merah letak warna pink. Perasa-Vanila/ros/kelapa.coconut paste.Saya suka perasa ros.
Cara memasak: 1.Pukul majerin dengan gula hingga kembang. 2.Masukkan telur dan ovelete. Gaul sebati. 3.Masukkan tepung.
Ads
4.Akhir sekali masukkan kelapa. 5.Bakar dalam oven api atas bawah. Bawah 170 atas 160 (ikut kepanasan oven masing-masing)Lebih kurang dalam 50 minit ke 1 jam.
Menu ringkas untuk masak sotong yang sedap. Hanya guna bahan-bahan yang wajib ada di dapur. Ingat tau masak sotong ni kejap aje. Kalau terlebih masak sotong ni boleh jadi liat pulak. Jadikan kekalkan rasa berjus dan lembutnya dengan memasukkan sotong kemudian dan dimasak sebentar
SOTONG MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
Sotong – dipotong 2 atau kecil bulat-bulat
1 inci halia dihiris halus
3 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
1 biji bawang besar dihiris besar dan tebal
1 tangkai cili merah dipotong serong.
asam jawa sebesar ibu jari – di buat air asam
minyak untuk menumisCARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Masukkn bawang merah, halia, bawang putih.
Bila sudah wangi boleh masukkan sotong. Goreng sotong hingga hampir garing,
Kemudian masukkn sedikit air perahan asam jawa, bawang besar, cili merah dan sedikit garam.
Tambah air jika suka berkuah.
Kacau sebati hingga mendidih.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
INFO:
Jika suka pedas boleh tambahkan cili padi.
Boleh juga masukkan daun limau purut untuk bau wangi.
Tepung Bungkus atau dikenali juga sebagai Kuih Dara Dua Sebilik kerana dalam satu bungkus intinya di isi dua bahagian antara adunan tepung. Ia diperbuat dari tepung beras, santan dan inti kelapa sebagai bahan utama. Lebih sedap kalau untuk dibuat dengan kelapa tidak terlalu tua dan mennggunakan gula kabung atau gula melaka. Memang mantaplah rasa, tak rugi kalau korang buat sendiri. Resipi macam biasa dikongsikan di bawah.
KUIH TEPUNG BUNGKUS BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung beras 4 cawan santan segar 1 sudu teh garam BAHAN INTI KELAPA: 1 biji kelapa | putih sahaja 1 cawan gula melaka 1 1/2 cawan air 1/2 cawan gula pasir Secubit garam 2 helai daun pandan | simpul 1 sudu makan tepung gandum
CARA MEMBUAT:
Dalam periuk, campurkan santan, tepung beras dan garam. Kacau rata.
Renehkan atas api kecil hingga pekat.
Untuk membuat inti: Masukkan gula melaka, gula pasir, air, daun pandan dan secubit garam.
Renehkan guna api perlahan hingga gula hancur.
Masukkan kelapa, kacau sebati hingga air kering.
Masukkan tepung gandum. Gaul rata.
Tutup api dan biarkan sejuk.
Letakkan adunan tepung atas daun pisang seperti dalam gambar dan letakkan inti di dua bahagian atas adunan tepung. Kemudian balut dengan daun pisang seperti buat lepat biasa.
Ni min kongsi tiga resepi ketam yang sedap. Masaknya pun senang. Apapun sajian nak dibuat kena pastikan ketam segar dan berisi pejal.
Timang-timang ketam tu, ada terasa berat bukan ringan. Kalau yang ada telur tu lagi baik. Haah pilih ketam betina ya isi lagi banyak.. Nak tip pilih ketam segar dan banyak isi, kena semak balik dalam laman web Rasa pernah disiarkan sebelum ini. Selamat mencuba…
1. MASAK LEMAK KETAM BERSAMA NENAS
BAHAN-BAHAN :
1.5 kg ketam merah saiz sederhana/lebih kurang 8 ekor
1 biji nenas madu
5 batang serai /diketuk
1/2 biji cili benggala hijau/dipotong memanjang
2 helai daun kunyit/ disiat dan disimpul
1 kg pati santan / 1cawan pati santan dicampur 1 cawan air untuk buat santan cair)
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan dikisar halus :
40 gm kunyit hidup
1 biji bawang besar India
3 ulas bawang putih
20 gm halia
5 biji cili padi merah
Air secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Ketam disiang dan basuk bersih. 2. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama bahan yang telah dikisar, serai dan asam gelugor. 3. Masukkan air sehingga paras ketam tenggelam. Masak sehingga mendidih hingga ketam bertukar warna. 4. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih sekali lagi. 5. Masukkan nenas, selepas nenas lembut tuangkan pati santan dan masukkan daun kunyit. 6. Perasakan dengan garam dan gula. 7. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih dengan api yang sederhana. 8. Akhir sekali masukkan cili benggala dan tutup api.
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak : 45 minit Cara memasak : Didih dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Bahan perencah tak perlu ditumis INFO CHEF:Di samping ketam resepi yang sama boleh digunakan untuk makanan laut yang lain seperti udang atau sotong
2. KETAM MADU BEREMPAH
BAHAN-BAHAN :
1 kg ketam | dibersihkan dan diperap dengan garam dan kunyit.
80 ml madu
50 gm serbuk ketumbar
30 gm jintan manis
25 gm jintan putih
50 gm serbuk kari | untuk ‘seafood’
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
50 gm bawang putih
150 gm bawang merah
50 gm halia
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam kuali. Goreng ketam separuh masak. Toskan. 2. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau. 3. Selepas itu masukkan serbuk ketumbar, jintan manis jintan putih dan serbuk kari hingga pecah minyak dan garing. 4. Setelah semua ramuan dikacau sebati, masukkan ketam dan madu. 5. Perasakan dengan garam dan gula 6. Sajian siap dihidangkan
Saiz hidangan : 8 orang makan Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng dan tumis Jenis hidangan : Makanan laut Keistimewaan : Ketam yang manis dan berperasa rempah yang harum. INFO CHEF : Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun sup.
3. KETAM DAUN KARI
BAHAN-BAHAN :
1 kg ketam
BAHAN DITUMBUK :
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 sudu besar udang kering | direndam sebelum ditumbuk
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
3 tangkai daun kari
5 tangkai cili kering | dipotong 3.5 sm
1/2 cawan stok kari | (serbuk kari yang ditumis bersama * gunakan minyak ) *(1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 4 sm halia, 1 asam keping, 1/2 kotak santan, air secukupnya, 7 sudu makan rempah kari, dan sedikit rempah 4 sekawan)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak. 2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. 3. Masukkan stok kari, daun kari serta cili kering dan goreng kacau selama 4 minit. 4 Tambah sos tiram serta kicap pekat dan gaul sebati, perasakan dengan garam dan gula. 5 Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos. 6 .Perasakan dengan garam dan gula,masak hingga kuah pekat 7. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 3-4 orang Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Goreng dan tumis Jenis masakan : Makanan laut Keistimewaan : Gabungan rasa kicap berempah yang lazat INFO CHEF : Pilih ketam yang segar dengan daging yang pejal untuk mendapatkan isi ketam yang manis dan enak.