Jangan kata susah ye buat kek lapis Marrie Masam Manis ni, kena gaya sangat senang. Cuma perlu sedikit kerajinan je, kalau beli pun harga kek ini boleh tahan. Jadi buatlah sendiri, bahan mudah, sukat pun guna cawan je, sesuailah kalau anda yang baru nak mencuba. Ini resipinya ye..
KEK LAPIS MARRIE MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:-
2 cawan biskut marrie kisar | kisar halus
1 cawan gula kastor
1 cawan marjerin pelangi
5 biji telur | gred c je
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Asam manis Haw flakes
2 pewarna | hijau dan kuning
CARA MEMBUAT:
- Putar marjerin dengan gula hingga sebati atau hingga putih.
- Kemudian masukkan telur sebiji sebiji dan putar lagi hingga kembang.
- Seterusnya masukkan biskut marrie yang sudah dikisar halus diikuti susu pekat, baking powder dan esen vanila.. Gaul guna spatula.
- Setelah sebati bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan dengan satu hijau dan satu kuning. Sedia dikukus.
- Saya gunakan pekas plastik tahan panas saiz 6X6.
- Sudukan 5 sudu makan setiap lapisan dan kukus dalam pengukus yang sedia dipanaskan. Letakkan warna hijau dahulu, ratakan dan susun asam manis di atasnya.
- Kukus setiap lapisan 5 minit. Terus melapis hingga adunan habis.
- Akhir sekali kukus lagi lebih kurang 25-30 minit.
- Setelah masak, buka pengukus, biarkan wapnya hilang dan angkat.
- Setelah sejuk bolehlah dihidangkan.
Kredit : Cik Za cikido