Kek ini dinamakan Kek Madeline kerana menggunakan acuan loyang yang berbentuk seperti gelas kecil. Gabungan kek butter, strawberi dan kelapa kering mencentuskan rasa enak yang hebat.
Ni resipi sedap German Cookies. Bahan asasnya 4 bahan aje iaitu tepung kentang dan mentega, gula aising dan tepung gandum. Kalau guna mentega bergaram, tak yah masuk garam
Yang penting guna kan mentega asli kaya berkrim, sertaus peratus mentega asli, baru 'kick' rasanya. Jom cunagi
GERMAN COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250gm Pure Butter (Lurpak, SCS, Anchor, Golden Churn)
80gm Gula Icing
350gm Potato Starch (Tepung Kentang)
150gm Tepung Gandum
Secubit garam (abaikan kalau guna salted butter)
CARA MEMASAK:
-Putar mentega dengan gula aising hingga sebati
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
-Ambil sedikit adunan, makcik guna sudu sukatan 1/2 spoon utk bg biskut sama besar
-Kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar.
-Tekan garfu atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
– Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 10 minit (oven makcik kecik 45liter jer, oven besar mungkin 15 minit). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara….
Cornflakes Madu Karamel ni antara judapan paling mudah nak buat. Boleh dikatakan, setiap rumah pasti ada biskut ni. Jika anda tiada ketuhar, sesuai sangat cuba resipi ni. Masak guna kuali je! Modal pun tak banyak. Bestkan? Jom cuba!
CORNFLAKES MADU KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg cornflakes
250gm gula
250gm marjerin
3 sudu makan susu pekat manis
Buah hiasan secukupnya – tak letak pun tak apa
CARA MEMASAK:
Satukan gula, marjerin dan susu. Panaskan sehingga berbuih. Guna api perlahan sahaja bagi elak hangit.
Kemudian masukkan cornflakes dan kacau rata.
Tambahkan buah kering dan gaul sekali lagi supaya semua bahan sekata. Padamkan api.
Jemur seketikan kepingan cormflakes tadi sampai kering.
Siap dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Boleh juga dimasukkan dalam cawan kertas dan disimpan dalam balang biskut.
Jangan kata susah ye buat kek lapis Marrie Masam Manis ni, kena gaya sangat senang. Cuma perlu sedikit kerajinan je, kalau beli pun harga kek ini boleh tahan. Jadi buatlah sendiri, bahan mudah, sukat pun guna cawan je, sesuailah kalau anda yang baru nak mencuba. Ini resipinya ye..
KEK LAPIS MARRIE MASAM MANIS BAHAN-BAHAN:-
2 cawan biskut marrie kisar | kisar halus
1 cawan gula kastor
1 cawan marjerin pelangi
5 biji telur | gred c je
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Asam manis Haw flakes
2 pewarna | hijau dan kuning
CARA MEMBUAT:
Putar marjerin dengan gula hingga sebati atau hingga putih.
Kemudian masukkan telur sebiji sebiji dan putar lagi hingga kembang.
Seterusnya masukkan biskut marrie yang sudah dikisar halus diikuti susu pekat, baking powder dan esen vanila.. Gaul guna spatula.
Setelah sebati bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan dengan satu hijau dan satu kuning. Sedia dikukus.
Saya gunakan pekas plastik tahan panas saiz 6X6.
Sudukan 5 sudu makan setiap lapisan dan kukus dalam pengukus yang sedia dipanaskan. Letakkan warna hijau dahulu, ratakan dan susun asam manis di atasnya.
Kukus setiap lapisan 5 minit. Terus melapis hingga adunan habis.
Akhir sekali kukus lagi lebih kurang 25-30 minit.
Setelah masak, buka pengukus, biarkan wapnya hilang dan angkat.