
Dalam banyak-banyak kek yang pernah dirasai, kek oren juga jadi pilihan. Rasanya yang enak buat kita tak jemu makan. Bahan-bahannya tidak banyak dan buatnya juga mudah.Kek oren paling simple dan menjadi kegemaran ramai .
Bahan-bahan:
5 biji telur B
1 cawan gula halus
1 cawan margerin (sy guna cap pelangi je)
1 sudu ovelet + sedikit esen vanila
perisa kordial oren
jus oren
orange zest
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Cara memasak:
1.Adun semua bahan ini sampai gebu
2.Masukkan perisa kordial oren (sunquick lg sedap tau),orange zest, jus oren (sebiji buah oren ambil airnya)
Mix kan lagi sekejap bg sebati..
3.Masukkan tepung gandum dan baking powder (Saya ayak 2 bahan ni 2kali ye)
Masukkan sikit-sikit.
4.Bakar selama 50min. 160°.. oven sy 25L kecik je jadi cepat panas.Ikut la kesesuaian oven akak2 semua ya..sy guna loyang 10″..
Credit : Cik Adda
#mahn
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sajian 2 Negara ASEAN, Thailand + Indonesia. Fuhh.. Jangan Tak Cuba

Masakan negara Asean memang serasi betul dengan tekak kita. Bahannya mudah dicari dan rempah ratusnya agar menyamai dengan Malaysia.
Jika negara Thai kaya dengan penggunaan herba, daun limau purut, bunga kantan dan rasa masam pedai menggoda, Indonesia pula lebih dekat rasa sajiannya dengan masyarakat Melayu.
Ni min kongsikan 2 resipi dari Tanah Abang , Indonesia dan 2 hidangan dari negara Gajah Putih, Thailand . Dijamin sedap…
1.OPOR AYAM

BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ayam /dipotong 12 bahagian
- 500 gm santan segar
- 3 batang serai /diketuk
- 4 helai daun salam6 helai daun limau purut /dicarik
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
- 3 sm lengkuas
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 6 biji buah keras
- 1/2 sudu teh biji jintan
- 2 sudu makan gula merah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam.
2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan pula santan sehingga mendidih.
5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah.
6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan
Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini.
INFO CHEF : Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.
2. NASI GORENG BATAM

BAHAN-BAHAN :
- 150 gm nasi putih
- 2 biji telur ayam
- 5 ekor udang harimau
- 5 keping isi ayam /dihiris
- 1 ekor sotong putih/dihiris
- 2 ulas bawang putih /dititik
- 2 biji bawang merah/ dihiris
- 5 ekor udang kering/ditumbuk
- 2 sudu makan pes cili kering
- 3 sudu teh kicap pekat
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
- Telur sarang
- Keropok udang
- Acar mentah
- Chicken boxing
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering.
2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur.
3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi.
4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa
5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang
INFO CHEF: Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
3. PHAD KRA PHAO GAI (AYAM PRAD KRA PHAO)

BAHAN-BAHAN :
- 200 gm isi ayam /dicincang
- 3 ulas bawang putih /dicincang
- 20-30 gm daun selasih
- 7 biji cili padi merah /ditumbuk halus
- 3 sudu makan minyak masak /untuk menumis
- 2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1/2 cawan air rebusan ayam
- 2 sudu teh kicap pekat
- 4 sudu teh gula
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kicap pekat
5. Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama Thai
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap
INFO CHEF : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
4. HOR MOK TALAY (OTAK-OTAK UDANG)

BAHAN-BAHAN :
- 4 ekor udang /dicincang
- 1 ekor sotong /dicincang
- 4 ekor kupang /dicincang
- 2 biji telur
- 2 batang kacang panjang /dipotong kecil
- 1/4 batang lobak merak /dicincang halus
- 2 batang cili padi /dihiris
- 2 ulas bawang putih /dicincang
- 20 gm daun selasih
- 1/2 biji bawang holland /dicincang
- 2 biji bawang merah/ dicincang
- 10 ml santan
- Gula secukup rasa
- 1/2 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK :
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan pengukus dengan air.
3. Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
4. Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas.
5. Hor mok sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama/kudapan
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera
INFO CHEF : Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
Resipi Daging Goreng Rempah Yang Mudah Masak Dan Sedap

Resipi daging goreng rempah ini antara masakan berasas daging yang mudah untuk disediakan. Bahan-bahan hanya dihiris tanpa perlu dikisar. Senangkan!
Tapi rasanya memang sedap kerana hasil rempah yang dimasak sebati dengan daging. Boleh juga dijadikan lauk ibu lepas bersalin, cuma perlu tambah lada hitam yang ditumbuk.
Resipi daging goreng rempah
Bahan-bahan
Daging -dipotong
Rempah kari daging
Gula anau sebesar ibu jari (jika suka )
Rempah kari ikan
Rempah kurma
Garam
Bahan dihiris
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup ( jika suka)
Bawang dan daun sup -untuk hiasan

Cara memasak daging goreng rempah
1. Daging yang sudah dipotong digaulkan dengan bahan dihiris (tinggal sikit bahan hiris ini untuk digunakan semasa menumis)
2. Kemudian masukkan rempah kari daging, rempah kari ikan dan rempah kurma. Gaul sebati. Perap seketika dalam 10 minit.
3. Panaskan minyak dan tumis baki bahan hirisan kemudian masukkan daging. Gaul rata.
4. Tuang sedikit sikit supaya sedikit berkuah. Selalu gaul daging sehingga masak dan empuk.
5. Masak hingga pecah minyak kemudian perasakan dengan garam dan gula anau secukupnya.
6. Selepas dapat rasa yang diinginkan tutup api dan akhir sekali tabur dengan hirisan bawang dan daun sup. Siap
Tip lembutkan daging guna soda bikarbonat
- Gaulkan daging dengan sedikit soda bikarbonat (semangkuk daging boleh letak suku sudu teh saja) dan sedikit tepung jagung.
- Kacau dan perap selama 15 minit. Kemudian boleh masak daging seperti biasa.
- Perapan seperti ini sesuai untuk daging kurang berurat yang dimasak sekejap seperti tumis, goreng atau campurkan dengan kuetiaw, mee, bihun atau nasi goreng.
- Pastikan jangan terlebih soda bikarbonat, nanti akan terasa sedikit pahit.
Kredit resipi & foto: Sarimah Salleh
Baca Lagi: Cara Buat Daging Berlengas
Menarik: Resipi Daging Goreng Ketumbar Yang Mudah Dan Sedap
Sedapnya Bersahur Dengan Lauk Udang Goreng Pedas Daun Ketumbar

Memang sedap sungguh makan udang goreng pedas yang dicampur dengan daun ketumbar. Tengok serdak udang yang garing ni pun dah nampak sedap, apa lagi dapat makan udang yang panas-panas pedas. Kena pula dengan nasi panas. Boleh buat sahur.
UDANG GORENG PEDAS DAUN KETUMBAR


BAHAN-BAHAN:
- 250 gram udang saiz XL | buang kulit
- 1/2 cawan tepung goreng ayam
- 1 sudu kecil pati ayam
- 6 ulas bawang putih | cencang
- 2 biji cili merah | cencang
- 1 sudu besar chili flakes
- 1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
- Sedikit daun bawang | hiris halus
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
5. Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang.
6. Tutup api dan kacau rata.
Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Crispy Di Luar Cair Di Dalam, Kuih Nan Gua Bing Hanya Guna 3 Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

