
Kek Span Pandan Gebu & Lembut
Kek yang lembut dan mudah dibuat tentunya menjadi pilihan kaum ibu untuk mencubanya. Jika anda terasa nak makan kek, jom cuba buat kek span pandan. Ia menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah disediakan. Malah teksturnya yang lembut, gebu, dan wangi menjadikan rasa kek ini sangat sedap. Sesuai dihasilkan untuk hidangan keluarga, malah nak sedekah kepada jiran-jiran pun boleh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Resipi ini ialah perkongsian oleh saudari Imah Rahman.
Bahan-Bahan Kek Span Pandan
- 3 biji telur (*)
- 1/2 cawan gula (*)
- 1 sudu besar ovalette (*)
- 1 sudu teh esen pandan (*)
- 3/4 cawan tepung self rising (*)
- 1/4 cawan santan pekat (santan Kara) (*)
- Sedikit pewarna hijau (*)
- Secubit garam (*)
- 3 sudu besar minyak masak
Cara Membuat Kek Span Pandan Gebu
- Satukan semua bahan bertanda (*) dan pukul hingga adunan menjadi putih dan gebu.
- Masukkan minyak masak dan gaul hingga sebati dengan adunan kek span pandan.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 5 atau 6 inci yang telah disapu dengan mentega atau dilapik dengan baking paper.

- Bakar dalam ketuhar selama 35–40 minit pada suhu 180°C menggunakan api atas dan bawah.

- Setelah masak, keluarkan dan biarkan sejuk sebelum dipotong. Sedia untuk dinikmati!
Tip Tambahan Kek Span Pandan
Untuk memastikan kek span pandan anda kekal gebu dan tidak turun selepas dibakar, pastikan adunan dipukul hingga cukup kembang dan ringan. Jangan terlebih gaul selepas masukkan minyak agar tekstur kek kekal lembut.
Cadangan Hidangan
Kek span pandan gebu ini sesuai dihidangkan bersama teh panas atau kopi O. Anda juga boleh menambah topping seperti krim putar atau parutan kelapa muda untuk rasa lebih istimewa. Nak jadikan kek hari jadi pun boleh!
Kredit resipi & foto: Imah Rahman
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!



























