Kek Oren, antara resipi yang mudah dan sedap untuk dicuba serta dihidangkan untuk hidangan menu petang. Kek oren ni juga antara kegemaran min jika anak ada buat majlis di sekolah.
Cepat siap dan mudah untuk disediakan, inilah resipi yang dikongsikan Noriza Awang Hamat.
Sesuai juga buat mereka yang nak buat meniaga secara kecil-kecilan.
KEK OREN
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur gred A 2 cawan tepung kek – beli online di sini ½ sudu kecil baking powder – beli online di sini ¾ cawan gula pasir – beli online di sini 1 biji oren (ambil airnya) 3 sudu besar sunquick (campurkan dengan perahan oren tadi, jadikan ½ cawan) 1 cawan minyak – beli online di sini Sedikit garam 1 penutup esen vanila Pewarna kuning
Dapatkan Karcher K2 Winner High Pressure Cleaner dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul telur dengan gula sampai kembang putih. 2. Masukkan esen vanila, campuran oren sunquick dan garam, masukkan minyak. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul secara perlahan saja. 4. Bila dah sebati, tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit planta dan dilapik kertas.
Nasi goreng antara menu kegemaran rakyat Malaysia untuk sarapan. Memang banyak jenis nasi goreng yang mudah untuk disediakan, salah satunya adalah Nasi goreng cili padi bujang style seperti yang dikongsikan oleh Aniqclone ini. Kena selera makan memang bertambah-tambah.
Ayam adalah antara menu yang senang nak diolah jadi lebih sedap. Kalau pandai olah, hidangan ayam pastinya jadi lebih sedap dan menarik. RASA berikan tiga resipi ayam yang pastinya sedap dan anda boleh cuba di rumah. Confirm jilat jari. Tak percaya, buatlah.
JEJARI AYAM NESTUM BERSAMA SOS MADU BAWANG PUTIH
Bahan-bahan
500 gram isi dada ayam (hiris memanjang)
3 cawan nestum (kisar kasar)
2 biji telur
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk paprika
1 sudu makan daun ketumbar (dicencang halus)
1 sudu teh garam
Minyak masak secukupnya (untuk menggoreng)
Bahan sos bawang putih
2 ulas bawang putih (dicencang)
4 sudu makan madu
2 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan sos cili Thai
1/2 biji lemon (jus sahaja)
Secubit garam
Cara memasak
1. Keringkan ayam di atas tisu dapur.
2. Sementara itu, pecahkan telur di dalam mangkuk dan campurkan lada sulah, garam, serbuk paprika dan daun ketumbar. Kacau rata.
3. Celupkan ayam dalam telur, kemudian gaulkan dalam serbuk nestum. Ulang cara yang sama sehingga ayam habis.
4. Panaskan kuali, goreng ayam sehingga kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.
6. Sementara itu sediakan sos madu bawang putih.
7. Campurkan semua bahan sos dalam mangkuk, kacau sehingga sebati.
8. Setelah cukup rasa hidangkan bersama dengan jejari ayam tadi.
AYAM GORENG PERI-PERI
Bahan-bahan
500 gram drummet ayam (bersih dan toskan)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 cawan minyak masak (goreng ayam)
3 sudu makan mentega (untuk menumis)
3 ulas bawang putih (cencang halus)
Sehelai daun bay kering
2 biji cili merah (cencang halus)
1 sudu makan paprika
1 sudu teh oregano
1 sudu makan sos peri-peri
1 biji perahan lemon
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, kemudian goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ke tepikan.
3. Menggunakan kuali lain, panaskan mentega, tumiskan bawang putih dan daun bay.
4. Masukkan cili, paprika, oregano dan sos peri-peri.
5. Kacau rata dan masukkan ayam. Gaul rata.
6. Kecilkan api. Perah jus lemon dan perasakan dengan garam, gula dan lada sulah.
7. Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan.
AYAM PERCIK ORIGINAL KELANTAN
Bahan-bahan
1 ekor ayam (biasa org potong 4)
Bahan perap
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya
Bahan kuah
7 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
2 pek santan pekat
Garam secukupnya
Gula – kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping (letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam)
Cara memasak
1. Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit.
2. Ayam yang diperap tadi, susun dalam rice cooker pastu tekan suis. Biarkan ayam masak dalam rice cooker sekejap. Ayam lebih juicy.
3. Bila ayam masak, keluarkan dan bakar sekejap. Nampak garing-garing sikit bahagian luar dan siram dengan kuah percik.
4. Jika nak tebal salutan kuah, kena ulang siram dalam dua tiga kali. Siram, bakar, siram, bakar sampai salutan nampak tebal. Baru sedap.
5. Untuk sediakan kuah percik, kisar bawang merah, halia, serai serta cili kering dan masak di atas dapur bersama santan dengan api perlahan sambil terus dikacau.
6. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.
Kredit resipi & gambar: Wan Muhammad Hafiz Satar via MAHN
Tak suka pedas, anda boleh cuba masak Kurma Ayam. Di hujung minggu ni bolehlah buat lebih kerana kurma bukan hanya enak dimakan dengan nasi putih, tetapi juga sedap disajikan bersama roti jalan, roti, nasi impit atau roti prata atau canai frozen. Macam mana nak memasaknya, berikut dikongsikan resipinya, bolehlah cuba ye.
AYAM MASAK KURMA: BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana | potong 14
3 sudu makan rempah kurma
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
1litter santan segar
Rempah penumis | bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
1 biji tomato | belah empat
2 biji kentang | belah empat
2 biji cili merah | belah dua
1 biji air perahan limau nipis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam/lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya BAHAN HIRISAN:
6 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
3cm halia | hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan hirisan dan daun kari, kacau lagi hingga layu.
Seterusnya masukkan rempah kurma dan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan kentang.
Bila ayam dan kentang empuk, masukkan santan.
Perasakan dengan lada hitam, garam dan gula secukup.
Akhir sekali masukkan perahan jus limau nipis dan masukkan hirisan tomato dan cili.
Selepas seminit, tutup api dan hidangkan panas-panas.
INFO: Anda boleh tambahkan buah keras yang dikisar untuk memekat dan melemakkan lagi kuah kurma.