
Ada macam-macam resipi dan cara nak masak Sambal Sotong. Ada yang guna banyak bahan, ada juga resipinya yang sangat mudah dan ringkas. Yang paling penting, rasanya harus cukup. Ada pedas, ada manis, ada masin dan sedikit masam. Fuhhhh…Pasti terangkat. Ni nak kongsi satu tip untuk menyedapkan rasa Sambal Sotong ni. Jom cuba! Boleh dijadikan lauk makan tengahari.
CARA MASAK SAMBAL SOTONG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
- Sotong segar secukupnya – bersihkan
- 2-3 biji bawang merah – hiris
- 2 ulas bawang putih – hiris
- MAGGI® Sambal Tumis 60gm
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 keping asam gelugur
- 2 sudu teh MAGGI® CukupRasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang yang telah dihiris tadi hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan MAGGI® Sambal Tumis 60gm. Masak lagi hingga sambal pecah minyak.
3. Masukkan serbuk kunyit. Ia bertujuan supaya rasa sambal jadi lebih sedap.
4. Seterusnya masukkan hirisan sotong. Gaul sebati dan teruskan masak sehingga air sotong keluar. Tidak perlu tambah air.
5. Bila sambal sudah berkuah, masukkan asam gelugur.
6. Perasakan dengan MAGGI® CukupRasa.
7. Sambal Sotong paling ringkas siap dan sedia untuk dinikmati.
PETUA: Penambahan serbuk kunyit menjadikan rasa sambal lebih enak dan beraroma. Cuma tambah sedikit sahaja. Sambal akan jadi lebih sedap.
Kredit foto: Unit Foto Nu Ideaktiv
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kongsi Nikmat “Lebih Enak dengan S&P Santan” Bersama Frontliners & Komuniti Memerlukan.

Ramadan tahun ini agak berbeza namun Astro, Ideaktiv dan Maxis dengan sokongan S&P Santan telah sama-sama menjayakan Projek Bubur Lambuk Kampung Baru pada 13-15 Mei yang lalu bagi menjadikan sambutan bulan mulia ini jadi lebih bermakna.

Melalui kempen Projek Bubur Lambuk Kampung Baru, S&P Santan menzahirkan rasa empati dan kasih kepada komuniti yang memerlukan.
Seiring tagline “Lebih Enak dengan Santan”, S&P Santan amat berbesar hati dan bangga kerana berpeluang untuk menyumbang melalui berkongsi khasiat dan kelazatan makanan kepada penghuni rumah-rumah kebajikan serta golongan memerlukan.

Tidak dilupakan, usahasama Projek Bubur Lambuk Kampung Baru ini juga sebagai tanda penghargaan serta terima kasih S&P Santan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang telah banyak berkorban demi kesejahteraan negara.


Usaha murni ini juga diharap dapat dicontohi ramai supaya dapat membentuk masyarakat Malaysia yang lebih baik dan penyayang.
Ramuan santan asli sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan kelazatan Bubur Lambuk. Oleh itu Projek Bubur Lambuk Kampung Baru tentunya lebih istimewa dengan S&P Santan.

S&P Santan adalah jenama perintis dalam pembuatan serbuk krim kelapa sejak 1983. Menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi serta mematuhi piawaian kebersihan produk makanan, menjadikan S&P Santan yang dikilangkan di Malaysia ini menjadi pilihan ramai.
Kini S&P Santan boleh didapati dalam dua pilihan iaitu Santan Kelapa dan Serbuk Krim Kelapa. Kedua-duanya didatangkan dalam pelbagai saiz serta variasi bagi memenuhi permintaan dan keperluan pengguna. Santan Kelapa datang dengan Santan Asli, Santan Pandan dan Santan Kurang Lemak.

Manakala tiga variasi Serbuk Krim Kelapa adalah yang Asli, Pandan dan Omega.



S&P Santan juga adalah jenama santan berkualiti premium, 100% asli dan didatangkan khas dalam pek Tetrapak menjadikan tugas memasak jadi lebih mudah. Hanya “Shake, Twist & Pour” ke dalam masakan. Sangat sesuai untuk para suri rumah yang gemar memasak hidangan lazat dan enak buat keluarga serta rakan-rakan.

Selain daripada menawarkan produk yang baik, S&P Santan juga berkongsi inovasi , idea masakan mudah dan resipi untuk pelanggan di sosial media (Facebook & Instagram). Dalam masa yang sama, S&P Santan juga menjalankan pelbagai aktiviti dan kempen menarik buat para pengguna setia.
Istimewa buat anda yang tidak dapat pulang beraya sempena Syawal nanti, S&P Santan menawarkan Set Dendang Perantau Raya yang sesuai dijadikan pengganti diri Hari Raya ini.

Hanya dengan RM54.90, Set Dendang Perantau ini tentunya dapat mengembalikan senyuman di wajah insan tersayang. Malah dengan belian produk yang bernilai lebih RM60, anda tak perlu bayar kos ‘postage’. Percuma je!
Lebih istimewa, pembelian 100 set pertama akan mendapat sarung bantal floral eksklusif. Memang berbaloi. Tunggu apa lagi kan?
Beli sekarang secara ‘online’ di LAZADA dan SHOPEE.
Kelas Masakan Online Maggi® & RASA Meriah! Chef Sharifah Kongsi 3 Menu Sedap & Pasti Jadi Untuk Dicuba

Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA yang berlangsung semalam (11 November 2020) memang sangat meriah. Walaupun dilakukan secara atas talian disebabkan pandemik Covid-19 yang membataskan penganjuran secara fizikal, namun ia tidak menghalang para peserta untuk turut serta malah memberikan satu pengalaman baru buat semua.
Bersiaran secara langsung pada jam 11 pagi menerusi saluran Youtube Maggi® Malaysia, kelas masakan ini dikendalikan oleh Chef Sharifah Hamidah Syed Mohsin yang turut dibantu oleh chef jemputan yang tidak asing lagi di kalangan pembaca RASA iaitu Chef Sue M Arukin.

Gabungan kedua-dua personaliti hebat dalam bidang masakan ini ternyata begitu serasi dan menjadi. Banyak tip serta panduan yang dikongsi sepanjang kelas masakan berlangsung. Malah barisan chef juga aktif berinteraksi bersama penonton dengan menjawab soalan-soalan yang diajukan, menjadikan suasana begitu meriah seakan berada dalam kelas masakan yang nyata.
Sebanyak tiga resipi telah dikongsi bersama para peserta. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera. Mana tidaknya, masak menggunakan produk-produk Maggi®. Tentulah hasilnya sangat enak.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menyalin resipi-resipi semasa dalam kelas tadi, RASA kongsikan kembali buat anda. Bolehlah cuba masak untuk keluarga tersayang.
1. NASI & SAYURAN

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras Basmati – dibasuh
- 4 sudu besar minyak jagung
BAHAN A (dikisar halus):
- 100gm bawang kecil
- 30gm bawang putih
- 50gm halia
- 4 sekawan (2 keping kulit kayu manis, 4 kuntum bunga lawang, 10 biji buah pelaga, 10 kuntum bunga cengkih)
BAHAN B:
- 50gm serbuk ketumbar
- 20gm serbuk jintan putih
- 20gm serbuk jintan manis
- 10gm serbuk jintan manis
- 200ml air
BAHAN C:
- 1.5 liter air
- 1 sudu besar MAGGI CukupRasa
- 2 helai daun pandan
- 2 batang serai – diketuk
- 4 helai daun bay
BAHAN D
- 100gm kacang dal yang telah direbus
- 50gm daun bayam – dihiris
- 50gm kacang panjang – dipotong 1 cm panjang
- 50gm lobak merah – diparut
BAHAN HIASAN:
- 50gm hirisan timun
- 1 biji hirisan tomato
- 30gm daun bawang – dihiris nipis
- 50gm kismis
- 50gm gajus
CARA MEMASAK:
- Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan A hingga kekuningan.
- Masukkan bahan B dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan bahan C dan biarkan mendidih.
- Masukkan bahan D, beras dan gaul sehinggan beras menjadi agak pekat.
- Kecilkan api, tudungkan periuk dan masak hingga nasi menjadi empuk.
- Susun dan tabur bahan hiasan.
- Hidangkan panas.
2. AYAM MASAK MERAH (SAMBAL TUMIS)

BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
- 300gm dada ayam – dipotong dadu
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/4 sudu kecil MAGGI CukupRasa
- Minyak untuk mengoreng
- 1 sudu besar minyak
BAHAN B:
- 2 biji bawang kecil – dihiris
- 2 ulas bawang putih – dicincang
- 1 batang serai – dititik
- 2 pek (30 gram) MAGGI Sambal Tumis
- 2 sudu kecil MAGGI Sos Tomato
- 1 biji tomato
- 1/4 cawan kacang hijau
- 100 ml air
CARA MEMASAK:
- Gaulkan bahan A sehingga sebati.
- Panaskan minyak, goreng ayam dan ketepikan.
- Keluarkan dan tinggalkan hanya 1 sudu besar minyak. Tumis bahan B.
- Masukkan MAGGI Sambal Tumis, gaul sebentar dan masukkan MAGGI Sos Tomato, ayam dan air.
- Biarkan ia reneh selama 1 minit dan sedia untuk dihidangkan.
3. MI MAGGI® GORENG KERABU SEAFOOD PANTAI TIMUR

BAHAN-BAHAN:
- 3 biji cili padi – ditumbuk
- 4 ulas bawang merah – dihiris
- 4 sudu besar jus limau nipis
- 2 sudu besar gula
- 1 akar daun ketumbar – ditumbuk
- 4 pek perencah Mi MAGGI® 2-Minit Tom Yam
- 100gm ayam – direbus dan dicarik
- 1 helai limau purut – dihiris
- 1 batang serai – dihiris
- 1/2 kuntum bunga kantan – dihiris
- 2 biji tomato – dibuang biji & dihiris sederhana nipis
- 100gm kubis bulat – dihiris nipis
- 100gm timun – dihiris panjang
- 4 pek Mi MAGGI® 2-Minit Tom Yam, direbus & ditoskan (dimasak selama 1 minit)
- 30gm daun ketumbar – dihiris
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, gaulkan cili padi, bawang merah, jus limau nipis, gula, akar ketumbar, perencah Mi MAGGI® 2-Minit Tom Yam, ayam, daun limau purut dan serai.
- Masukkan juga bunga kantan, tomato, kubis, timun dan Mi MAGGI® 2-Minit Tom Yam.
- Gaulkan rata dan akhir sekali, masukkan daun ketumbar.
- Sedia untuk dinikmati.
Dah dapat resipinya? Nanti jangan lupa untuk mencubanya ya.
Kelas Masakan Online Bersama Maggi ® & RASA ini juga dihangatkan dengan soalan-soalan kuiz yang diajukan oleh para chef. Hadiahnya? Memang hebat-hebat tau. Ada baucar Maggi ® bernilai RM100 dan juga hadiah utama berupa tiket jemputan istimewa ke sesi makan-makan Bersama Datin Paduka Eina Azman.
Tahniah diucapkan kepada para peserta yang berjaya menjawab soalan-soalan dengan tepat dan pantas. Berikut adalah senarai peserta bertuah pada hari ini.

Bagi yang terlepas untuk turut serta dalam Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA, anda boleh tonton menerusi di bawah ini.
Biskut Lemon Yogurt & Tortilla Tuna. Menu Ringkas & Mudah Untuk Seisi Keluarga

Setelah berhari-hari menikmati sajian bersantan dan berlemak sewaktu lebaran, pasti ramai yang sudah mula tercari-cari resipi yang ringkas tapi kaya dengan pelbagai rasa untuk disajikan buat suami dan anak-anak tercinta. Pemilihan sajian yang lebih segar dan ringkas membantu anda membuang rasa muak yang berlebihan.
Lactel Yogurt ‘Set’ Asli, Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila dan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Lemon adalah ‘pembantu’ yang memberikan kenikmatan yang anda inginkan dalam setiap sajian.

Ditubuhkan di Perancis pada tahun 1967, Lactel adalah jenama tenusu nombor satu di negara tersebut yang menghasilkan produk tenusu berkualiti tinggi untuk pengguna di lebih dari 50 negara.
Dihasilkan dari susu, air dan kultur hidup, Lactel Yogurt ‘Set’ merupakan sumber kalsium terbaik untuk seisi keluarga. Nikmatinya begitu sahaja sewaktu sarapan atau olah mengikut selera anda dengan menambahkan hirisan buah-buahan segar dan juga bijirin. Enak sekali dan mengenyangkan.
Malah anda juga boleh menambah Lactel Yogurt ‘Set’ ke dalam masakan seperti Kari, Gulai, Rendang dan sebagainya bagi menggantikan santan. Asli dan rendah kandungan lemak. Setiap hidangan 100gm Lactel Yogurt ‘Set’ Asli hanya mengandungi 1.6gm lemak sahaja.

Lactel Yogurt ‘Set’ Asli, Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila dan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Lemon juga dilabel dengan Logo Pilihan Lebih Sihat yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Malah Lactel Yogurt ‘Set’ Asli tidak mengandungi gula tambahan menjadikan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli sebagai pilihan yang lebih sihat untuk anda dan keluarga.
Bagi penggemar manisan dan pencuci mulut, pelbagai sajian minum petang anda boleh hasilkan dengan menggunakan Lactel Yogurt ‘Set’. Teksturnya yang ringan dan lembut sesuai dipadankan dengan pelbagai hidangan.
Hasilkan sos salad enak berkrim dengan menggunakan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli. Malah anda juga boleh menggunakan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila dan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Lemon untuk menghasilkan kek, muffin dan aiskrim ‘homemade’ buat anak-anak. Sangat mengujakan!


Penggunaan Lactel Yogurt ‘Set’ memberikan khasiat yang berganda buat anda sekeluarga. Jadi sempena Syawal ini, Lactel berkongsi keceriaan lebaran dengan berkongsi dua resipi ringkas dan mudah yang sangat membuka selera. Selamat mencuba!
Dapatkan Lactel Yogurt Set anda di pasaraya berhampiran atau pesanan atas talian menerusi aplikasi Happy Fresh atau Panda Mart.
TORTILLA TUNA

BAHAN-BAHAN:
- 100gm kepingan tuna
- 1 biji bawang – dicincang halus
- 1 biji cili padi – hiris
- 1 sudu teh paprika
- 1/2 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa
- 1 sudu teh jus limau
- 2 sudu teh Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
BAHAN B:
- 2 keping tortilla
- 2 biji tomato – hiris
- Salad segar
CARA MEMASAK:
- Gaulkan bahan A di dalam mangkuk hingga sebati.
- Letak tortilla di atas pinggan. Susunkan sayuran, tomato dan campuran tuna.
- Gulung dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.
BISKUT LEMON YOGURT

BAHAN-BAHAN:
- 120gm mentega – dilembutkan
- 100gm gula kastor
- 2 sudu teh parutan kulit lemon
- 1 sudu teh jus lemon
- 1 biji telur (besar) – dipukul
- 180gm tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- Secubit garam
- 1/4 cawan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli – dipukul
- 40gm oat
BAHAN GLAZE:
- 50gm gula serbuk
- 2 sudu teh jus lemon
- 1 sudu besar parutan kulit lemon – diparut halus
CARA MEMASAK:
- Pukul gula kastor dan mentega sehingga ringan dan kembang. Tambah parutan kulit lemon, jus lemon dan telur. Pukul hingga sebati.
- Ayak tepung, serbuk penaik dan garam, gaul rata. Tambah campuran tepung ke dalam campuran mentega-gula seli dengan yogurt. Gaul rata selepas setiap tambahan.
- Letak 1 sudu campuran biskut di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas minyak. Tinggalkan ruang antara biskut untuk mengembang.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 180ºC selama 15 – 20 minit atau sehingga biskut berwarna keperangan. Biar sejuk di atas rak dawai.
- Dalam mangkuk kecil, satukan gula aising, jus lemon dan parutan kulit lemon menggunakan pemukul kecil hingga sebati.
- Sapu sadur lemon (glaze) ke atas biskut dan biar mengeras.
Nak dapatkan lebih banyak resipi menarik? Layari laman web LACTEL dan cuba pelbagai menu mudah & enak untuk keluarga.

