Kepala ikan bilis biasanya akan diasingkan terlebih dahulu sebelum memasak atau menggunakan ikan ini dalam masakan.
Tapi selepas diasingkan, kepala ikan bilis jangan terus dibuang. Ia masih ada kegunaannya terutama jika turut menanam sayur dan pokok bunga di laman rumah.
Kepala ikan bilis ini boleh dijadikan baja yang sangat berkesan untuk tanaman. Selain tulang ikan bilis yang selalu kita asingkan malah serbuk hancur di bawah bungkusan ikan bilis juga boleh digunakan.
Papan pemotong lama anda nampak kusam? Sebenarnya papan jenis ni memang mudah kotor dan menjadi kehitaman lebih-lebih lagi jika ia banyak digunakan dalam aktiviti memasak seharian. Kadang-kala jika dicuci dengan sabun pun kesannya masih tidak tanggal. Berikut adalah cara mudah dan berkesan untuk membersihkan papan pemotong plastik anda. Memang nampak macam baru! Jom cuba. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
BAHAN-BAHAN:
Limau nipis
Baking soda
Cuka
CARA-CARA:
1. Ambil limau dan belah dua.
2. Kemudian ambil Baking Soda dan tabur pada permukaan papan pemotong.
3. Gosok papan pemotong menggunakan potongan limau tadi. Biar selama 10 minit.
4. Ambil potongan limau dan gosok lagi pada permukaan papan pemotong.
5. Seterusnya tuang cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran hilang. Boleh guna berus besi untuk menyental.
6. Bilas hingga bersih. Hasilnya papan pemotong anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru.
Tonton video cara-cara nak bersihkan papan pemotong disini:
Anda pengemar ikan air tawar seperti patin, lampam dan talipia, tapi selera makan terbantut bila ikan yang dijamah kuat bau tanahnya. Bau tanah yang kuat pada ikan seperti patin, talipia dan beberapa jenis ikan lain ini datangnya dari bakteria dan plankton di dalam kolam ternakan ikan. Tapi jangan risau ada tip mudah nak hilangkan bau tanah pada ikan ini.
Sebaiknya bersihkan ikan di bawah air mengalir
Cuci insang ikan dan sisik dengan bersih.
Rendam ikan dengan air yang dicampur dengan perahan air limau nipis atau kasturi.
Biarkan lebih kurang 30 minit
Bilas semula di bawah air mengalir
Cara Lain:
Ikan yang sudah dibuang sisik dan insang dicuci kemudian cuci sekali lagi dengan air garam.
Kemudian bilas di bawah air paip mengalir hingga bersih.
Cara Memasak:
Cara terbaik masak ikan ini dengan cara menggoreng atau membakar, dengan sedemikian bau tanah pada ikan akan hilang dengan sendirinya.
Gaulkan dengan perencah yang kuat aroma dan rasa seperti campuran bawang, kunyit, halia dan serai selain garam dan asam jawa. Hanya dengan cara ini bauk tanah akan hilang.
Semoga tip ini boleh membantu menangi masalah anda.
“Saya suka masak kari, tapi rasanya tak sesedap yang saya makan di kedai. Terutamanya di restoran mamak. Apa rahsia mereka ya?”.
Kali ini, RASA ingin berkongsi 15 rahsia untuk memasak kari yang sedap. Ada sesetengah daripada tip ini yang mungkin akan mengejutkan anda. Ayuh, teruskan membaca!
KARI AYAM atau DAGING
Rempah kena garing, tetapi jangan sampai hangus, selalu orang bancuh serbuk kari dengan air. Tapi sebenarnya kena tumis bawang dan bahan lain, kemudian masukkan rempah kari. Goreng pantas selama 1-2 minit dan masukkan air. Tak perlu banyak, cukup sekadar mencairkan rempah. Perlahankan api sehingga terbit minyak.
Kemudian barulah masukkan daun kari dan kentang. Masukkan pula daging atau ayam. Biarkan sehingga ayam atau daging mengecut, barulah ditambah air.
Apabila sudah dimasukkan air, masukkan pula santan atau susu segar. Perlahankan api dan biarkan kuah mereneh.
Apabila kentang sudah empuk, masukkan asam gelugur atau sedikit jus asam jawa sebelum diperasakan dengan garam.
Antara rempah yang boleh menyedapkan kari adalah bunga lawang, pelaga dan kayu manis.
Cara memasak kari daging adalah lebih kurang seperti kari ayam cuma kebanyakan orang utara lebih suka memerap daging dengan rempah kari sebelum dimasak. daging akan menjadi lebih lembut. aroma kari juga akan meresap ke dalam daging dan menjadikan kuahnya lebih sedap.
KARI IKAN
Untuk kari ikan yang sedap, anda boleh masukkan 1 sudu besar beras yang disangai dan ditumbuk halus selepas selesai menumis. Kacau rata.
Jika anda menggunakan ikan yang hanyir, campurkan asam jawa dan ramaskan bersama santan. Ia dapat memotong bau hanyir ikan.
Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik.
Untuk menyedapkan lagi kari ikan, anda boleh ‘patahkan’ 2-3 biji cili hijau dan masukkan ke dalam kari selepas masukkan ikan.
Jika anda mahu menggunakan bendi di dalam kari, ia tidak perlu dicampur sekali. Anda hanya perlu merebus bendi dalam air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (jangan terlalu lama). Ketika mahu menghidang kari, baharulah dimasukkan bendi (ini adalah optional).
Sebelum anda masukkan ikan ke dalam kari, pastikan kuah kari sudah menggelegak. Jika tidak, isi ikan mudah hancur dan membuatkan kuah menjadi hanyir.
Apabila ikan sudah masak, kecilkan api untuk biarkan ia terbit minyak dan tidak perlu terlalu lama.
Ketika menumis, gunakan rempah seperti biji sawi, halba dan jintan putih/halus. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
Jika mahukan rasa kari yang lebih sedap, masaklah sehari sebelum dimakan. rasa rempah dan santan akan menjadi lebih sebati dan kuahnya juga akan memekat. Apabila dipanaskan, rasanya lebih sedap.