Lauk paling mudah dan cepat. Jika dah bosan memikirkan menu untuk dimasak hari ini, boleh cuba menu olahan dari telur masin ni pula. Kerabu Telur Masin ni ‘simple’ je tapi rasa dia memang luar biasa. Nikmati dengan nasi panas, fuhhh…terangkat! Makan dengan bubur pun sedap. Jom cuba.
RESIPI KERABU TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur masin – rebus
- 1 biji bawang besar – belah dua & hiris nipis
- 8 biji cili padi – hiris
- 5 sudu makan cuka
- 2 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
- Belah telur masin dan korek isinya menggunakan sudu. Masukkan ke dalam mangkuk.
- Potong telur masin menggunakan sudu. Jangan terlalu kecil bagi elak ia hancur masa digaul.
- Seterusnya masukkan hirisan bawang, cili, gula dan cuka. Gaul hingga semua bahan sekata dan sebati.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad
ANDA JUGA BOLEH CUBA: