Enaknya kudapan kerepek tempe goreng yang rangup lagi rasa berempah ini. Lebih enak apabila tempe tersebut dihiris nipis-nipis. Lagi bertambah rangupnya sampai ketagih dibuatnya.
Bagaimana nak menghasilkan kerepek tempe yang nipis dan rangup begini? Perkongsian resipi kerepek tempe daripada Eka Zahra ini ada tipsnya untuk menjadikan hirisan tempe ini nipis dan kekal rangup.
Kalau ada banyak stok kentang di rumah, bolehlah cuba buat bebola kentang. Nak lagi sedap, letak sikit keju dalam bebola tu. Hidangan macam ni boleh dijadikan kudapan. Kadang budak-budak suka kudapan yang bukan-bukan. Misalnya makanan ringan atau jajan. Kini emak-emak boleh sediakan kudapan yang mengenyangkan untuk anak-anak. Bebola kentang cheese ini boleh dijadikan kudapan yang memberi tenaga untuk anak.
BEBOLA KENTANG CHEESE
BAHAN-BAHAN
3 biji ubi kentang
Keju
1 biji telur ayam telur
Tepung Bestari
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Rebus kentang sampai empuk. Kemudian lenyek sampai tak berketul-ketul supaya senang nak bulat-bulatkan nanti.
2. Selepas siap lenyek, ambik sikit letak di tapak tangan. Kemudian letak keju dalam adunan kentang sebagai inti dan bulatkan jadi bebola.
3. Pecahkan telur dan kacau. Kemudian salut adunan kentang dengan telur.
4. Golek adunan dalam Tepung Bestari.
5. Goreng sampai warna kekuningan atau sampai masak.
Tip
1. Pastikan minyak masak secukupnya dan kena betul-betul panas sebelum menggoreng.
2. Sedap dimakan dengan sos Cheese atau sos cili.
Biasanya cendawan enoki dibuat sup atau digoreng kilas. Sebenarnya ia lebih sedap kalau dibuat snek. Tidak sukar pun, hanya dengan menggunakan beberapa bahan sahaja anda boleh menghasilkan enoki goreng yang sesuai dinikmati seisi keluarga.
foto: www.onegreenplanet.org
Anda boleh menjadi lebih kreatif untuk sos. Boleh dinikmati dengan sos cili dan tomato atau anda boleh mempelbagaikan resipi sos mengikut citarasa anda.
ENOKI GORENG
BAHAN-BAHAN:
600gm cendawan enoki
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 biji telur
1 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS:
5 sudu besar mayonis
2 sudu besar mustard
2 sudu besar madu
1 sudu besar jus lemon
2 biji cili api
CARA MEMBUAT:
Satukan campuran tepung bersama pati ayam dan lada hitam.
Kemudian pecahkan telur dalam mangkuk lain dan aduk rata.
Celupkan enoki ke dalam telur dan campuran tepung.
Goreng dalam minyak panas sehingga keemasan dan angkat.
Untuk membuat sos, satukan semua bahan dan kacau sebati.
Info chef: Jika mahukan salutan tepung yang lebih rata dan tidak mengotorkan tangan, anda boleh masukkan cendawan yang telah dicelup dalam telur ke dalam ‘zip lock bag’ yang sudah diisi campuran tepung.
Untuk melihat cara membuat enoki goreng, lihat video ini:
Kuah Yong Tau foo Homemade, Sedap Macam Kat Kedai. Memang menjadi. Beli bahan untuk direbus atau dicelur sahaja, boleh makan seisi keluarga. Sesuai buat minum petang atau pun makan malam.
YONG TAU FOO
Untuk resipi kali ini terdapat dua jenis kuah yong tau foo iaitu kuah hitam dan kuah merah. Bila hendak makan hanya perlu campurkan kedua-dua kuah ini mengikut citarasa anda.
BAHAN KUAH HITAM:
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar taucu
2 sudu besar sos masam manis
3 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar sos tiram
4-5 sudu besar gula melaka/gula perang
3 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
Masukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga taucu halus.
Masukkan bahan yang sduah dikisar ke dalam periuk.
Kemudian masak dengan api perlahan sambil dikacau supaya sos tak berketul-ketul. Masak sehingga kuah mendidih sesuaikan rasa ketepikan.
BAHAN KUAH MERAH:
3 ulas bawang putih- ketuk
3 sudu besar cili blend
1/2 cawan kacang tanah yg telah digoreng garing dgn sedikit minyak
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar sos masam manis
4- 5 sudu besar gula
3 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan-bahan diatas kecuali bawang putih dan cili kisar. Kisar hingga kacang halus.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau dalam 3 minit.
Setelah itu masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar. Masak hingga kuah agak pekat dan sentiasa kacau.
Bila sudah mencapai kepekatan yang anda mahukan sesuaikan rasa. Siap.
Boleh makan dengan apa-apa yang anda suka seperti bebola seafood, sayur-sayuran, sotong kangkung atau apa-apa bahan-bahan yong tau foo kegemaran anda.
Campur kuah hitam dan merah mengikut citarasa anda. Untuk sesuaikan rasa pedasnya, taburkan bijan sangai, sedikit bawang goreng dan kacang goreng yang telah ditumbuk.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.