Ketam, satu lagi makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Macam-macam resipi boleh kita cuba dengan ketam. Bagi yang suka hidangan pedas, boleh cuba masakan ini. Pedas terangkat.
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ketam | bersihkan dan tos
- 1 batang serai | hiris halus
- 5 helai daun limau purut | hiris halus
- 2 pokok daun ketumbar | hiris
- 10 biji cili padi | hiris
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 3cm halia muda | hiris halus
- 1 sudu makan pes cili
- 2 sudu makan pes cili Thai
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Goreng ketam dan ketepikan.
- Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Kacau hingga wangi.
- Masukkan hirisan cili padi, pes cili dan pes cili Thai, kacau rata.
- Seterusnya masukkan ketam goreng bersama hirisan daun limau purut dan ketumbar.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah masak dan cukup rasa, tutup api.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Anda boleh tambah cili padi jika ingin lebih pedas.
Saiz hidangan: 2 orang.
Jenis hidangan:Lauk pauk.
Waktu memasak:30 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis.
Keistimewaan:Pedas dan kaya dengan aroma daun limau purut dan ketumbar.
Anggaran kos: RM20