
Ketuhar gelombang mikro atau microwave memang banyak gunanya dalam memudahkan kerja memasak. Boleh panaskan lauk dan bermacam-macam lagi. Bila dah guna, pasti ada kotoran yang tertinggal bukan? Jangan bimbang, petua ini membantu anda membersihkan microwave dengan mudah sekali. Hasilnya pasti menakjubkan anda.
CARA MEMBERSIHKAN MICROWAVE
1. Isikan 1/2 cawan air ke dalam mangkuk atau bekas tahan panas.


2. Potong buah lemon dan perah jusnya ke dalam bekas tadi. Masukkan sekali kulit lemon ke dalam bekas tersebut.

3. Masukkan bekas ke dalam microwave . Hidupkan suis dan panaskan dengan suhu yang tinggi sehingga air mendidih. Biarkan selama 3 minit.

4. Jangan buka penutup microwave. Biarkan selama 5 minit.


5. Buka penutup dan bersihkan microwave anda. Setelah dicuci, lap hingga kering dan barulah boleh digunakan semula.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bahan Semula Jadi Boleh Dijadikan Bahan Mencuci Di Dapur

Aktiviti dapur yang padat memungkinkan banyak zon di ruang tersebut yang harus dibersihkan selalu. Penggunaan bahan mencuci menjadi satu kemestian bagi memastikan lantai, zon mencuci dan penyediaan sentiasa bersih dan tiada pembiakan bakteria.
Namun, penggunaan bahan kimia secara berterusan ini tidak sesuai buat anda yang alah dan mengalami masalah kulit sensitif. Tahukah anda terdapat beberapa bahan semula jadi yang boleh dijadikan bahan mencuci ini? Penggunaan bahan semulajadi ini boleh membantu anda membersihkan ruang dapur.
Jus lemon
Buah lemon merupakan buah yang sangat versatil fungsinya. Bukan sahaja dijadikan hidangan air minuman atau bahan masakan yang lazat, ia juga menjadi agen mencuci yang sangat berkesan. Caranya, perahan satu sudu makan jus lemon dicampur dengan baldi berisi air, ia boleh dijadikan bahan pencuci untuk permukaan kaunter top kabinet. Satu cara yang mudah dan selamat. Aroma yang hadir daripada pati perahan lemon pula menjadikan dapur berbau segar dan harum.
Garam
Lebihan penggunaan garam dalam makanan pasti memberi kesan dan masalah kepada kesihatan. Tidak mengapa kerana garam banyak kegunaan lain sebagai agen pencuci semula jadi. Caranya, taburkan garam halus dan tepung jagung di permukaan lantai yang kotor dan licin. Adunan ini akan menyerap minyak dan selepas seketika bersihkan permukaan lantai dengan air bersih. Lap dengan kain lembut.
Cuka
Bahan wajib di dapur ketika memasak. Cuka juga berkesan bagi membersihkan kotoran berupa minyak di permukaan dapur. Ia boleh digunakan sebagai agen pencuci di bahagian celah-celah dapur memasak dan sebagainya. Masukkan sahaja cuka ke dalam botol penyembur kemudian sembur di tempat yang berminyak dan gosok bersih.
Anda juga boleh menggabungkan cuka bersama air suam dalam kuantiti yang sama banyak dan digunakan untuk membersihkan permukaan kaca. Ini termasuklah tingkap dan pintu kabinet dari kemasan kaca. Keringkan permukaan berkaca dengan menggunakan kain lembut. Hasilnya bukan sahaja berkilau namun segala kotoran dapat dihapuskan dengan berkesan.
Soda bikarbonat
Soda bikarbonat diketahui dengan fungsi yang pelbagai dan versatil. Ia boleh digunakan sebagai bahan untuk membersihkan permukaan kaca. Taburkan soda bikarbonat dan lap menggunakan air dan kain lembut. Di samping itu, ia boleh dijadikan bahan untuk menyerap bau kurang menyenangkan di dapur dan peti sejuk. Simpan soda bikarbonat dalam bekas terbuka. Letakkan di sudut dapur dan dalam peti sejuk. Ia akan menjadi udara di situ lebih segar tanpa bau kurang menyenangkan.
Mudahkan hanya menggunakan bahan semulajadi. Selamat mencuba.
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.
Dapat Hampir 10 Ribu Share Di Facebook, Ini Tip Kekalkan Kesegaran Sayur Hingga Sebulan
Masakan Terlalu Masin? Jangan Risau, Ini Petuanya Agar Makanan Berubah Jadi Lazat
Petua Simpan Cendawan Segar Agar Tahan Lama & Tidak Lembik.

Sebut pasal cendawan, terbayang keenakan cendawan goreng tepung, sup cendawan dan banyak lagi sajian enak yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini. Kalau yang suka sangat, hari-hari lauk cendawan pun tak apa. Namun cendawan ni sifatnya agak ‘manja’. Ia sukar untuk disimpan lama dalam peti sejuk kerana nanti ia akan menjadi lembik dan kurang enak apabila dimasak.

Ada cara yang boleh anda cuba yang boleh memanjangkan tempoh kesegaran cendawan ini. Apa yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
- Cendawan segar
- Tisu dapur
- Kertas surat khabar
CARA-CARA:
- Keluarkan cendawan yang baru dibeli dari plastik. Elakkan dari terkena air.
- Ambil tisu dan tindankan diatas kertas surat khabar lama.
- Letak cendawan tadi dan bungkus dengan kemas.
- Simpan di dalam peti sejuk di bahagian sayur-sayuran.
- Hasilnya cendawan yang anda beli boleh tahan lebih dari seminggu dan tidak lembik.
INFO PENTING!
- Jika nak simpan cendawan, elakkan sama sekali daripada terkena air. Basuh cendawan bila nak masak sahaja.
- Air akan membuatkan cendawan ‘bernafas’ dan inilah yang membuatkan ia menjadi lembik, busuk dan tidak tahan lama.
- Selain surat khabar, anda juga boleh menyimpan cendawan di dalam beg kertas apa apa-apa sahaja bekas yang boleh menyerap kelembapan.

Selamat mencuba!
Wajib Letak Duit Syiling Dalam Freezer Jika Tinggalkan Rumah Lebih Dari Sehari. Ini Sebabnya

Sekiranya merancang untuk meninggalkan rumah dalam tempoh lebih sehari petua letak duit syiling dalam freezer perlu kita praktikkan.
Tujuannya bukanlah untuk ‘memberanakkan duit’ sebaliknya untuk memastikan keselamatan makanan dalam peti sejuk selama kita meninggalkan rumah.
Petua ini dikongsi oleh netizen di Facebook dan ada penjelasan yang amat logik mengapa kita perlu lakukannya.
Kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik
Bila kita tinggalkan rumah dalam tempoh lama untuk pergi bercuti, balik kampung dan sebagainya ada kemungkinan ketika itu berlaku gangguan bekalan elektrik. Perkara ini takkan kita tahu.
Kalau gangguan hanya dua atau tiga jam ia mungkin tak memberi kesan. Ia juga tidak datangkan masalah pada alatan seperti lampu, tv, kipas dan sebagainya kerana biasanya kita akan memadamkannya.
Tapi ia akan memberi kesan kepada makanan yang ada dalam freezer seperti ayam, ikan, daging, lauk pauk dan makanan sejuk beku yang kita simpan.
Lebih-lebih lagi kalau gangguan bekalan elektrik itu berlaku dalam tempoh yang lama mungkin setengah atau satu hari. Makanan dalam freezer ini bila sudah cair dan terdedah lama sudah tentu tidak elok untuk kita makan.

Duit syiling tentukan berapa lama elektrik terpadam
Macam mana kita nak tahu dan nak elak dari makan makanan yang sudah rosak ini?
Inilah gunanya letak duit syiling dalam freezer. Ia akan memberitahu kita berapa lama peti sejuk terpadam.
Caranya:

- Masukkan 3/4 air ke dalam gelas atau bekas lutsinar. Kemudian masukkan ke dalam freezer, biar ia beku.
- Selepas beku, letak duit syiling di atas bekas ini.
- Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, periksa syiling dalam gelas itu.Jika syiling masih di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!
- Tapi kalau syiling tu di bawah gelas, bermakna ais tu sudah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama. Jadi jangan makan makanan dalam frezeer untuk elak keracunan makanan.
Sumber: Vanilla Kismis

