Ramai beranggapan susah nak buat Koleh Kacang, tetapi kena gaya dan ikut step yang betul, ia sangat mudah. Tak percaya anda boleh cuba resipi dan cara disarankan dalam resipi yang dikongsikan di bawah ini. Gerenti anda tak percaya hasilnya, apa yang penting cuba dulu membuatnya.
Ads
KOLEH KACANG BAHAN-BAHAN : Bahan A :
1 1/2 cawan gula merah
4 sudu makan gula halus | jika nak kurangkan manis boleh dikurangkan jadi 70gm
1 1/2 cawan air
1 helai daun pandan Bahan B :
1 cawan tepung kacang hijau
1sudu teh garam
2 cawan santan pekat
5 cawan air Bahan Tahi Minyak :
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam garam halus
Campurkan kedua bahan ni dan masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau hingga menjadi tahi minyak dan berwarna kekuningan.
Tutup api dan ketepikan.
CARA MEMASAK :
1. Masak bahan-bahan A sehingga mendidih atau gula hancur, tapiskan menjadi 2 cawan air gula (jangan sampai pekat sangat). Biarkan sejuk.
2. Satukan bahan B, kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.
3. Masukkan bahan A ke dalam bancuhan B, kacau di atas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk.
4. Jangan terlalu pekat, masukkan 1 1/2 sudu makan minyak supaya berkilat
5. Bila masak tuang ke dalam loyang yang telah dilapik plastik dan disapu marjerin.
6. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.
7. Setelah sejuk boleh potong dan hidangkan
INFO: Sebaiknya, buat tahi minyak dahulu. Semasa buat tahi minyak, selepas masak, tapiskannya, ambil minyak lebih kurang 1 1/2 sudu makan dan campurkan dalam adunan Koleh Kacang semasa direnehkan.
Biasa makan apam warnanya putih, kali ini warna biru bunga telang memang lain dari kebiasaan. Apam nasi, tapi bukan sembarangan nasi. Lebihan nasi lemak telang semalam, disimpan semalaman dalam peti sejuk. Keluarkan dan olah jadi apam nasi lemak telang. Cara buatnya sama macam apam nasi biasa, yang membezakannya ialah pada rasa. Rasa apam nasi lemak ni lebih sedap, lebih lemak. Cubalah buat kalau nak tau rasanya.
APAM NASI LEMAK TELANG
Bahan-bahan:
1 cawan nasi lemak telang (sejuk)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 1/4 cawan air rebusan bunga telang
3/4 cawan gula
6 gm yis
Kelapa parut (putihnya saja) + garam
Cara membuat:
Satukan semua bahan kecuali kelapa parut. Kisar halus, tuang dalam mangkuk dan tutup. Rehatkan hingga kembang dalam 30-45 minit. Buka penutup mangkuk dan kacau rata adunan apam.
Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu. Oles loyang dengan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 45-60 minit atau hingga apam masak (test dengan mencucukkan lidi, kalau lidi keluar licin, itu tanda apam dah masak). Sejukkan dalam 1jam baru dipotong.
Tabur kelapa parut atas apam dan hidangkan.
*kalau nak guna acuan kecil macam acuan lompang tu pun boleh.
*nasi lemak biasa (bukan yang ditambah air bunga telang) pun boleh juga digunakan.
Sajian Cina memang mampu membuat sesiapa pun kecur melihatnya. Malah hidangan Cina sesuai untuk semua jamuan rasmi dan juga seharian. Lebih-lebih lagi lah jika menu itu adalah sajian Cina Muslim.
Sempena Hari Kemerdekaan yang dah semakin dekat ni, meh kita pakat masak hidangan Cina pulak. Kitakan ‘tekak’ Malaysia, dalam makanan tiada istilah bangsa, janji sedap kan.
Bahan mentah yang segar dan hidangan dengan campuran sos dan kicap adalah antara rahsia tarikan sajian ini. Ikuti resepi yang disumbangkan oleh Chef Mohd Zaharudin Zahari dari Restoran Adam Lai di Seksyen 15 Shah Alam ini yang cukup popular di Selangor ini..
1.LALA CILI PADI
BAHAN-BAHAN :
350 gm lala
6 biji cili padi | diketuk
50 gm halia | dihiris halus
1 sudu teh bawang putih cincang
1 cawan air
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh gula
4 sudu makan atau minyak masak secukup
CARA MEMASAK :
1. Didihkan air dan rebus lala dalam 20 saat, angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak masak, masukkan halia, bawang putih, cili padi yang diketuk.
3. Tumiskan hingga wangi.
4. Masukkan secawan air, sos tiram, kicap cair dan minyak bijan kedalamnya
5. Akhir sekali kacau dan gaulkan bersama lala sebentar, serta padamkan api segera.
Saiz hidangan : 3 orang Jenis masakan : Makanan laut Keistimewaan : Lala dimasak stail cina , penggunaan cili padi memberi rasa pedas
INFO CHEF: Rebus lala jangan melebihi 20 saat, dan kacau sebentar sahaja bersama rencah untuk mengekalkan rasanya yang berjus dan lembut
2.AYAM MANGGA
BAHAN-BAHAN :
4 keping peha ayam | dibuang tulang dan dibersihkan
1 biji mangga | separuh masak, dihiris halus
Bahan kuah/sos:
300 gm cili padi
500 gm bawang putih
450 gm sos plum
400 ml cuka
Air limau nipis secukupnya
Garam secukupnya
1 liter air
* Dikisar dan dijadikan pes/sos. Masukkan dalam satu bekas dan kacau hingga larut.
Bahan perapan/salutan ayam :
2 sudu makan sos tiram
2 biji telur ayam
3 sudu makan stok ayam
1 sudu teh serbuk perasa
10 sudu makan tepung ubi kayu
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan kesemua bahan-bahan pada peha ayam yang telah dibuang tulang.
2. Perapkan setengah jam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam dalam minyak penuh.
4. Toskan dan ketepikan. Potong menjadi bahagian yang kecil
5. Ambil sos yang sudah dikacau tadi dan tuangkan atas ayam yang telah digoreng
6. Taburkan hirisan mangga di atasnya
7. Sajian siap untuk dinikmati.
Saiz hidangan :4 orang Cara memasak : Tumis dan goreng Keistimewaan : Hirisan mangga yang rangup dan sos masam manis, sungguh sedap
INFO CHEF : Ayam ala chicken chop dengan sos versi cina menjanjikan kepuasan rasa apabila dinikmati. Masam manis dan sedikit rasa pedas dari cili padi menjadikan ia menu sajian cina yang hebat.
3.SOTONG TIGA WARNA
BAHAN-BAHAN :
4 ekor @ 250 gm
Bahan sos Cheong Zeng :
300 gm tauchu
120 gm bawang merah
120 gm bawang putih
40 gm cili padi
400 gm cili merah
120 gm cili boh
120 gm sos plum
30 gm sos tiram
90 gm halia
Gula secukupnya
50 ml air
* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.
Bahan sos Ceng Poa :
200 gm cili boh
60 gm bawang besar
60 gm bawang putih
40 gm cili kering
40 gm cili padi
40 gm tauchu
40 gm asam jawa
200 gm sos tomato
200 gm sos cili
80 ml air
* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.
CARA MEMASAK :
1. Masukkan kedua-dua sos tadi ke dalam periuk atau kuali.
2. Terus masukkan sotong, gaulkan dan masukkan sedikit air .
3. Apabila mendidih boleh diangkat dan padamkan api
4. Sajian siap untuk dihidang
Saiz hidangan : 3 orang Cara memasak : Tumis dan goreng Keistimewaan : Sotong 3 warna terjadi kerana kombinasi kedua sos dengan sotong
INFO CHEF : Kedua sos sudah ditumis, jadi semasa masukkan sotong, kacau gaul sahaja jangan ditumis lagi untuk mengelakkan terlalu berminyak nanti. Sotong masak jangan lebih 3 minit untuk mengelakkan ia menjadi liat.
4. KARI KEPALA IKAN NYONYA
BAHAN-BAHAN :
300 gm kepala ikan merah
1 biji bawang besar | dibelah 4
15 helai daun kari
2 batang serai | diketuk
1 biji tomato | dibelah 6
2 batang kacang panjang | dipotong 3 sm
1 batang terung | dikerat 6 menjadi 3 sm
1 biji cili merah | dipotong serong
3 sudu makan pes cili kering
4 sudu makan rempah kari ikan
300 ml susu cair
400 ml santan
300 ml air
Minyak masak secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Kepala ikan harus dikukus terlebih dahulu dalam 10 minit.
2. Terung dan kacang panjang digoreng dalam 10 saat, angkat dan toskan. Ketepikan.3.Pijarkan minyak masak di dalam kuali. Masukkan rempah kari ikan, serai, daun kari , bawang besar, pes cili kering dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan air sampai mendidih, kemudian masukkan pula santan dan susu cair.
5. Apabila mendidih masukkan kacang panjang, terung, cili merah, tomato dan kepala ikan.
6. Kecilkan api dan biarkan mereneh sebentar. Perisakan dengan garam.
7. Hidangan siap untuk dinikmati.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 25 minit Keistimewaan : Kari nyonya rasanya lebih berlemak dan berkrim berbanding kari biasa.
Info chef : Selain kukus opsyen lain, kepala ikan boleh juga dicelur 4 minit terlebih dahulu bersama dengan asam keping dan sedikit halia dan secubit garam
5. ITIK SHAO YA
BAHAN-BAHAN :
1 ekor itik anggaran 1.7 -2.0 kg
Bahan sos itik :
1 sudu makan bawang putih cincang
3 sudu makan tauchu
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
4 sudu teh gula
2 sudu makan minyak bijan
Sedikit tepung kentang untuk pekatkan kuah
3 cawan air
Bahan untuk itik :
4 senduk air
2 sudu makan sudu.
2 kg minyak masak untuk menggoreng itik
Sedikit minyak bijan
CARA MEMASAK :
1. Masukkan air dan kesemua bahan-bahan di atas kecuali kanji/tepung kentang ke dalam kuali.
2. Biarkan mendidih dan masukkan tepung kentang untuk memekatkan kuah. Ketepikan sos.
3. Kemudian masukkan empat senduk air dan dua sudu makan madu tadi ke dalam kuali dan masukkan itik (jangan dipotong dahulu).
4. Biarkan mendidih dan siramkan dengan kerap ke atas itik sehingga berwarna perang.
5. Angkat dan toskan, gantung biar kering
6. Kemudian pijarkan minyak masak di dalam kuali lain.
7. Masukkan itik dan goreng ‘deep fried’, goreng kira-kira 10 minit.
8. Apabila sudah masak angkat, angkat dan gantung hingga minyaknya kering.
9. Kemudian siramkan dengan sedikit minyak bijan.
10. Potong itik kepada beberapa bahagian sebelum menghidang dan hidangkan bersama sos yang dimasak sebelum ini.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 25 minit Keistimewaan : Rasa ala itik salai,berjus dan lazat dimakan bersama sos
Info chef: Merebus itik bersama nenas segar adalah petua yang dipecayai dapat melembutkan daging itik.
TERIMA KASIH :RESTORAN ADAM LAI, No. 69-G, Jalan Pahat H 15/H, Section 15, Shah Alam ,Selangor
Teringin nak makan ikan bawal masak masam manis tapi malas nak keluar untuk ke restoran? Haa boleh buat sendiri dengan menggunakan resepi yang disediakan ini. Yang pasti mudah & sedap! Selamat mencuba!
Resepi Bawal Masam Manis
Bahan A
2 ekor ikan bawal
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukupnya rasa
Minyak untuk menggoreng
Tumbuk / Kisar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Bahan Sos
3 sudu besar sos cili
5 sudu besar sis tomato
1 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato (belah 8)
1 chili merah / hijau (potong pendek)
1/4 cawan sayur campur (mix vegetables)
1 labu bawang holland / bawang besar (hiris bulat)
Cara Penyediaan 1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 2. Tinggalkan sedikit minyak bekas menggoreng ikan tadi. Tumis bahan yang ditumbuk atau kisar tadi. Tumis hingga wangi. 3. Masukkan sis cili, sis tomato, dan sis tiram. Gaul. 4. Masukkan sedikit air. Kacau lagi. 5. Masukkan gula dan garam secukupnya. Kacau. Rasa. 6. Masukkan tomato dan cili. 7. Masukkan mix vege. Kacau. 8. Masukkan bawang. Apabila bawang layu, tutup api. 9. Tuang bahan sos ke atas ikan. Tabur daun sup. Siap!