Ads
Home Makan Koleksi Resipi Masakan Kampung Sedap & Mudah Dicuba.

Koleksi Resipi Masakan Kampung Sedap & Mudah Dicuba.

Ads

Walau sejauh mana kita merantau dan hidup dalam dunia moden, aneka masakan kampung tentunya sentiasa menjadi pilihan. Walaupun ringkas, tapi kepuasan dalam setiap suapan tu memang sukar digambarkan. Lauk ikan masin, masak kicap dan kerabu pelbagai rasa pastinya menimbulkan rasa teruja untuk mencuba. Bagi anda yang teringin nak masak lauk kampung yang simple tetapi membuka selera, ini antara resipi yang boleh dicuba.

 

1.    GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN

Koleksi Resipi Masakan Kampung Sedap & Mudah Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
  • 1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
  • 5 batang serai | diketuk
  • 5 helai daun kunyit | disiat
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 liter santan cair
  • 2 kg santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:

  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
  • 1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
  2. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
  3. Masukkan asam gelugur dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
  4. Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
  5. Sedia untuk dihidangkan

 

2. IKAN KEMBUNG GORENG CILI

Koleksi Resipi Masakan Kampung Sedap & Mudah Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
  • 4 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 4 sudu makan sos cili
  • 5 biji cili padi | dikisar
  • 4 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 biji bawang besar Holland | dihiris
  • 1cm halia | dihiris halus
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 8 biji cili padi | dibuang tangkai
  • Sedikit air
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

Ads
  1.  Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
  2.  Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.
  3.  Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
  4.  Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
  5.  Sedia untuk dinikmati.

 

3. SAMBAL IKAN TONGKOL

Koleksi Resipi Masakan Kampung Sedap & Mudah Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana | dipotong kecil
  • 6 biji bawang merah | dikisar
  • 20 tangkai cili kering | direndam air panas dan dikisar
  • 1cm belacan | dikisar
  • 2 biji bawang besar | dihiris
  • 4 keping asam gelugur
  • Sedikit garam kasar
  • Sedikit garam halus
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1.  Bersihkan ikan dan susun di dalam periuk. Tabur garam kasar dan tiga keping asam gelugur.Rebus menggunakan api kecil sehingga ikan masak.
  2.  Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan seketika.
  3.  Dalam kuali yang sama, tumis bahan yang dikisar sehingga wangi. Masukkan satu keping asam gelugur, garam dan gula. Gaul rata.
  4.  Masukkan ikan yang digoreng tadi bersama hirisan bawang besar. Gaul sehingga semua bahan sekata dan bawang sedikit layu.
  5.  Sedia untuk dinikmati.

 

4. LAWA MANGGA MUDA

Koleksi Resipi Masakan Kampung Sedap & Mudah Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 5kg mangga muda | disagat halus
  • 1kg santan kelapa  | anggaran mengikut kesesuaian dan jenis manga
  • 300gm cili kisar | guna cili kering china
  • Sedikit cili padi | mengikut tahap kepedasan yang diingini
  • 60gm lada hitam kasar
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1.  Panaskan sekejap santan menggunakan api sederhana namun jangan sampai pecah minyak.
  2.  Masukkan cili kisar dan biarkan masak lebih kurang 2-3 minit sahaja dengan api sangat perlahan. Ia bertujuan untuk memastikan lawa mangga tahan lama.
  3.  Satukan mangga dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
  4.  Siap untuk dihidangkan.

 

5. KERABU DAGING TIMUN

Koleksi Resipi Masakan Kampung Sedap & Mudah Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging lembu
  • 1 biji timun – hiris nipis
  • 1 batang lobak merah – hiris nipis memanjang
  • 1 biji tomato – cincang kasar
  • 1 batang serai (ambil bahagian dalamnya) – mayang halus
  • 1 biji bawang besar – mayang halus
  • 1 biji cili merah – mayang halus
  • 6 biji cili padi – hiris nipis
  • 2 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos cili Thai
  • Garam, lada sulah dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tabur sedikit garam dan lada sulah pada daging lalu panggang hingga masak.  Hiris nipis-nipis. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul rata dan sebati.
  3. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  4. Setelah itu, tuang hirisan daging ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Lebih enak dihidangkan setelah kerabu disimpan di dalam peti sejuk selama sejam.

 

6. KERABU JANTUNG PISANG

Koleksi Resipi Masakan Kampung Sedap & Mudah Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji jantung pisang – rebus empuk dan hiris nipis
  • ½ cawan kelapa parut – ambil putihnya sahaja
  • 2 biji limau kasturi – perah jusnya
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan B (tumbuk):

  • 4 biji cili merah
  • 4 biji bawang merah (bakar)
  • 3 biji bawang putih (bakar)
  • 3cm belacan bakar

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bahan-bahan B hingga lumat dan menjadi pes. Ketepikan.
  2. Di dalam sebuah mangkuk, gaul bahan-bahan bersama kelapa parut, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
  3. Masukkan jantung pisang dan kerisik ke dalam mangkuk tersebut. Gaul lagi hingga sebati.
  4. Akhir sekali, tambahkan perahan jus limau kasturi dan gaul sebati.
  5. Sedia dihidangkan.

Info chef: Untuk rasa lebih asli, tumbuk bahan B menggunakan lesung batu berbanding dikisar menggunakan pengisar makanan.

Ads

 

7. KERABU MANGGA

Koleksi Resipi Masakan Kampung Sedap & Mudah Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 1-2 biji mangga muda
  • 50gm ikan bilis – sangai dan tumbuk kasar
  • 1 batang serai (ambil bahagian dalamnya sahaja) – mayang halus
  • 1 biji bawang besar – mayang halus
  • 1 biji cili merah – mayang halus
  • 5 biji cili padi- hiris nipis
  • 1 sudu makan air perahan limau
  • 1 sudu teh sos ikan
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Buah mangga dibuang kulit dan disagat/hiris halus memanjang. Ketepikan.
  2. Kemudian di dalam mangkuk, satukan hirisan mangga, serai, bawang besar, cili merah, cili padi dan sos ikan. Gaul rata.
  3. Tambah garam (jika perlu), gula dan air perahan limau. Gaul sebati.
  4. Akhir sekali tabur ikan bilis dan sedia dihidangkan.

 

8. KERABU PERUT KERISIK

Koleksi Resipi Masakan Kampung Sedap & Mudah Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm perut lembu – rebus dan hiris nipis
  • ½ biji kelapa parut – sangai hingga perang
  • 2 biji tomato – cincang nipis & ramas sedikit
  • 2 biji cili merah – mayang halus
  • 6 biji cili padi – hiris nipis
  • 1 biji bawang besar – mayang halus
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA-MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul sebati.
  2. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  3. Jika suka boleh tambah  hirisan daun limau purut.

 

 9. KERABU SOTONG ALA THAI

Ads

Koleksi Resipi Masakan Kampung Sedap & Mudah Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 ekor sotong saiz sederhana – potong dan bersihkan
  • 1 biji tomato – hiris nipis
  • 2 batang kacang panjang – potong pendek
  • 1 biji cili merah – cincang dadu
  • 5 biji cili padi – hiris nipis
  • 1 biji bawang besar – cincang dadu
  • 1 helai daun limau purut – hiris halus
  • 1 batang serai (ambil bahagian dalamnya) – hiris halus
  • 1 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tabur sedikit garam pada sotong lalu kukus hingga masak.
  2. Satukan sotong, kacang panjang, tomato, cili merah, cili padi, bawang besar, daun limau purut dan serai di dalam satu mangkuk.
  3. Tambah air perahan limau dan gaul sebati.
  4. Tambah garam dan gula secukup rasa dan gaul hingga semua bahan sebati.

 

10. KERABU SUHUN SIAM

Koleksi Resipi Masakan Kampung Sedap & Mudah Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm suhun
  • 10 ekor udang sederhana besar – bersihkan dan celur
  • 1 biji tomato – cincang kasar
  • 1 biji cili merah – hiris nipis
  • 1 biji bawang besar – mayang halus
  • 3 biji bawang putih jeruk – mayang halus
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
  • Daun ketumbar – cincang halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bijan – sangai (jika suka)

CARA MEMASAK:

  1. Suhun direndam sebentar dan celur. Toskan.  
  2. Satukan suhun, udang, tomato, cili merah, bawang besar, bawang putih jeruk dan gaul rata.
  3. Tambah sos ikan, air perahan limau, garam (jika perlu) dan gula secukup rasa.  Gaul sebati.
  4. Tabur cincangan daun ketumbar dan bijan sangai.

 

 

 

 
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI