Anda suka makanan yang pedas-pedas? Seleksi masakan Sunda ni pasti kena dengan selera anda. Rata-rata masakannnya memang pedas tapi sedap. Pasti berpeluh kalau cuba.Kalau nak cuba masak sendiri, ini ada empat resipi yang dikongsikan bersama. Tapi jangan tak cuba. Lebih jimat kalau masak sendiri…

Koleksi Resipi Masakan Sunda. Dijamin Tak Menyesal Kalau Cuba.

1. NASI LIWET AYAM BAKAR KAMPLIT

Koleksi Resipi Masakan Sunda. Dijamin Tak Menyesal Kalau Cuba.

BAHAN NASI LEWET:

  • 500gm beras wangi
  • 3 ulas bawang merah | kisar halus
  • 3 ulas bawang putih | kisar halus
  • 2cm halia | kisar halus
  • 2 sudu makan marjerin
  • 1 sudu makan minyak
  • 1 cawan santan
  • Air secukupnya
  • 4 helai daun salam
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 batang serai | titik
  • Garam secukupnya

BAHAN AYAM PANGGANG:

  • 1 ekor ayam kampung  | belah empat
  • 200ml air

BAHAN KISAR UNTUK AYAM BAKAR:

  • 2 helai daun salam
  • 3cm lengkuas
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN SAMPINGAN:

Ads
  • Sambal goreng bawang
  • Hirisan ikan masin
  • Hirisan jering goreng
  • Hirisan tempe goreng
  • Hirisan tauhu goreng
  • Ulam-ulaman

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan marajerin bersama minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai,halia,daun salam dan daun limau purut hingga wangi.
  2. Masukkan beras wangi  diikuti air dan santan.
  3. Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Tutup periuk dan masak seperti biasa dalam periuk elektrik.
  5. Setelah nasi masak, letakkannya di atas daun pisang dan letakkan ditengahnya dengan sambal bawang, daun kemangi.
  6. Gulungkan dan kemas di kedua-dua hujung gulungan. Ketepikan.
  7. Sementara itu sediakan ayam panggang. Gaulkan ayam bersama bahan kisar berserta air, garam dan gula secukupnya. Masak hingga airnya kering.
  8. Kemudian sediakan pemanggang atau panaskan ketuhar dengan suhu 180C.  Panggang atau bakar ayam lebih kurang 15 minit. Setelah masak , ketepikan.
  9. Hidangkan Nasi Liwet bersama ayam bakar, tempe goreng, tauhu goreng dan  jering goreng.

INFO CHEF: Nasi Liwet biasanya akan dihidangkan dalam gulungan daun pisang.

Koleksi Resipi Masakan Sunda. Dijamin Tak Menyesal Kalau Cuba.

 

2. AYAM BAKAKAK

Koleksi Resipi Masakan Sunda. Dijamin Tak Menyesal Kalau Cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam kampung | bersihkan dan tos
  • 1000ml sanatan pekat
  • 3 helai daun salam
  • 3cm lengkuas | titik
  • 1 batang serai | titik
  • 1 sudu makan gula merah
  • 1 sudu the serbuk perasa ayam
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 12 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 biji buah keras | goreng sangai
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 6 biji cili merah

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan bahan kisar halus.
  2. Kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan santan di dalamnya bersama daun salam, serai  dan lengkuas titik, garam dan gula secukup rasa.
  3. Tutup periuk dan masak atas api sederhana hingga kuah pekat.
  4. Tutup api dan biarkan ayam sejuk seketika.
  5. Siapkan pemanggang. Panggang ayam hingga garing .
  6. Hidangkan bersama hirisan tomato dan timun.

INFO CHEF: Semasa proses membakar, sering sapukan lebihan kuah ayam  supaya ayam tidak terlalu garing.

Koleksi Resipi Masakan Sunda. Dijamin Tak Menyesal Kalau Cuba.

 

3. IGA BAKAR KICAP

Ads

Koleksi Resipi Masakan Sunda. Dijamin Tak Menyesal Kalau Cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tuluang rusuk lembu | potong 7cm
  • 10 sudu makan kicap
  • 500ml santan
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan air asam Jawa
  • 1000ml air
  • Garam secukupnya
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 tangkai cili kering
  • 3 biji buah keras
  • 2cm lengkuas
  • 5ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan tulang yang sudah dicuci bersih dengan bahan kisar dan perap selama 20 minit.
  2. Panaska minyak, tumiskan tulang yang telah diperap  sehingga berubah warna.
  3.  Masukkan air, gula perang, air asam dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan kicap dan santan.
  5.  Kacau rata dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
  6. Tutup api, biarkan tulang sejuk seketika.
  7. Seterus sediakan pemanggang.
  8. Sementara pemanggang panas, sampukan lebihan kuah rebusan pada tulang dan bakar hingga wangi.

INFO CHEF:  Boleh juga menggunakan tulang kambing jika suka.

Koleksi Resipi Masakan Sunda. Dijamin Tak Menyesal Kalau Cuba.

 

Ads

4. CUMI BAKAR:

Koleksi Resipi Masakan Sunda. Dijamin Tak Menyesal Kalau Cuba.

BAHAN-BAHAN:

500 gm sotong | buang  kepala dan kulit arinya
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh perasa ayam
1 helai daun salam
Garam secukup rasa
2cm lengkuas | ketuk
BAHAN KISAR:

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai  cili merah
2cm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 sudu teh lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga  wangi.
  3. Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
  4. Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
  5. Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
  6. Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
  7. Angkat dan hidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Sotong direndam lima minit dengan air garam, sebelum dibilas dengan air bersih dan toskannya

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI