Bagi yang menggemari asam pedas, pastinya akan turut menyukai Kuah Lada Kelapa Bakar ini. Masakannya hampir menyerupai seperti asam pedas Melaka, tetapi uniknya ada kelapa bakar. Aromanya memang menawan selera.
Bagi Durrani Damar yang sudi berkongsi resipi Kuah Lada Kelapa Bakar ini, menurutnya ini adalah kali pertama dia memasak menu ini. Katanya, orang Melaka panggil masakan ini Kuah Lada. Rasanya tidak sama seperti asam pedas biasa. Memang luar biasa sedap dan istimewanya kerana ada kelapa bakar. Jom kita cuba buat.
Ikan Bawal Masak Kicap, hidangan ringkas yang mudah untuk disediakan. Goreng garing-garing ikan bawal dengan garam kunyit, makan dengan kuah kicap yang diletakkan bahan-bahan segar memang sedap.
Nak gunakan ikan lain sebagai ganti pun boleh ikut kesesuaian citarasa masing-masing. Garing diluar dan lembut di dalam, boleh rasa manis ikan segar yang enak. Bukan suami je suka, anak-anak pun mesti minta tambah nasi.
Nak cepat lauk sebegini memang sesuai. Goreng telur dadar dan juga ada ulam timun dah cukup menyelerakan. Boleh cuba yang dikongsikan oleh Puan Maryam Hussain ni nanti. Mesti tak menyesal!
RESEPI IKAN BAWAL MASAK KICAP
Bahan – bahan:
1 ekor ikan bawal
1 biji bawang kecil – dikisar
2 biji bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1 biji bawang holland – dipotong kasar
2 biji tomato – dibelah 4
Sedikit daun ketumbar
Cili besar / cili padi ( jika suka pedas )
Kicap manis
Kicap pekat
Sos tiram
Sos ikan
Cara memasak:
Gaul ikan bersama garam dan kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan
Blend / tumbuk bawang kecil, bawang putih, dan halia
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau
Masukkan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula tapi hati hati kerana kicap sudah masin
Masukkan ikan yang digoreng tadi. Kemudian, masukkan tomato, daun ketumbar, cili padi dan bawang holland. Gaul sebati
Masakan bergoreng kalau dipadankan dengan sambal pedas giler ni memang menambah nasi. Sambalnya lebih kurang seperti sambal penyet cuma tidak ada tomato sebaliknya menggunakan air perahan lemon. Sangat power untuk kamu yang sukakan pedas!
RESIPI SAMBAL PEDAS GILER
BAHAN-BAHAN:
2 biji sederhana bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing2 ye)
1 cawan cili besar
Segenggam ikan bilis
2 inci belacan
Perahan lemon @limau agak2 secukup rase (optional if asam jawa dah masam no need)
Saya letak asam jawa sikit kurang masam asam jawanya. Gantikan lemon sikit secukup rasa.
Garam dan Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Potong bawang besar dan bawang putih dan cili
Tumiskan semua bahan diatas sehingga naik bau dan layu. Kecuali garam, gula dan Asam jawa dn perahan lemon.
Kisar semua bahan (jangan sampai hancur, nak tumbuk pun boleh) saya buat banyak jadi kisar jer.
Tumiskan bahan kisar bersama minyak sekali lagi,
Masukkan asam jawa, biarkan sebentar bila dah naik minyak masukkan garam dan gula secukup rasa perah sedikit lemon, biarkan sebentar.
Selalu sardin dalam tin kita buat sambal saja, ia juga boleh dibuat masak lemak cili api. Ada yang dah biasa memasaknya untuk hidangan keluarga tapi mungkin ramai belum pernah rasa keenakan sardin tin masak lemak cili ini.
Atiqah Sulaiman salah seorang daripadanya. Kata beliau selama ini dia hanya mendengar rakan menyediakannya namun setelah mencuba, ternyata lauk ini tersangatlah sedap lebih-lebih lagi kalau dibuat pedas. Beliau turut berkongsi resipinya bagi yang mahu cuba memasaknya kali pertama.
Sardin tin buat masak lemak cili padi
Bahan kisar
Kunyit hidup
Cili api (letak lebih jika suka pedas menyengat)
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan lain
1 tin sardin sos tomato
Kentang – dipotong
Kacang panjang -dipotong
1 batang serai diketuk
Santan secukupnya
Cara membuat
1. Dalam periuk atau kuali tuang sedikit air dan letak bahan kisar
2. Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk.
3. Masukkan santan dan kacau hingga pecah minyak.
4. Kemudian bolehlah masukkan sardin tin bersama sosnya sekali.
5. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa, dan kacau.
6. Akhir sekali masukkan kacang panjang. Biarkan dalam dua minit dah boleh tutup api.
INFO: Masak lemak cili api asli Negeri Sembilan tak menggunakan bawang. Hanya gunakan cili api dan kunyit.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.