Dah nama pun kuih cara jagung, jadi kalau nak letak lebih jagung hiris tu lagilah sedap. Kalau min suka jagung manis.
Resipi perkongsian Zura Zul ni nampak sedap. Jom kita cuba…
KUIH CARA JAGUNG
Ads
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A | dipukul dulu
1/2 cawan jagung dah hiris | bubuh lebih pun boleh..lagi sedap
3 1/4 cawan santan
Sedikit garam
Sedikit esen vanilla, tak nak letak pun boleh
Sedikit perisa jagung
Sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMASAK :
1. Kisar dulu jagung dengan 1 cawan santan (jangan blender halus sangat)..ketepikan dalam bekas lain.. Masuk semua bahan2 yang lain dalam bekas.. Gaul rata.. Tuang dalam blender halus
Ads
2. Tuang dalam jag sederhana, campur dengan 1 cawan jagung yang dikisar tadi Kacau sebati. Panaskan acuan cara atas dapur gas.. Api perlahan.. Sapu minyak
3. Tuang adunan penuh dalam acuan.. Biarkan sekejap..baru letak sedikit gula dlm adunan.. Tutup dengan penutup periuk.. Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan kat tepi kuih.. Boleh angkat dan keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai
Ads
4. Untuk tuang adunan seterusnya..mesti kacau2 dulu adunan dalam jag..baru tuang
5. Ulang sehingga habis adunan.. Siap..sedia untuk makan
kredit Zura Zul –
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sayangnya kalau orang zaman sekarang dah semakin melupakan kuih raya zaman dahulu. Mungkin ramai peminat tapi tak ramai yang tahu buat. Nah, RASA kongsikan resipinya supaya kuih ini kekal selamanya dan ramai yang masih tahu nak buat.
BATANG BURUK
BAHAN-BAHAN
300 gram serbuk kacang hijau
200 gram gula aising
½ biji santan kelapa
300 gram tepung gandum
150 gram tepung beras
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Sangai serbuk kacang hijau di dalam kuali sehingga bau wangi. Sejukkan dan kisar sehingga halus bersama gula aising. Ketepikan ramuan.
2. Panaskan santan sehingga mendidih. Kemudian tutup api dan sejukkan di dalam air. Masukkan santan dalam bekas yang bahagian bawahnya direndam dengan air sejuk.
3. Campurkan tepung gandum, tepung beras, telur ayam dan garam. Masukkan juga santan yang telah disejukkan tadi. Gaulkan semua sehingga menjadi doh yang tidak melekat. Canai nipis dan potong ikut saiz anggaran 2 cm X 3 cm. Gulungkan menjadi seperti silinder berlubang.
4. Panaskan minyak. Goreng doh tadi sehingga warna keemasan.
5. Setelah sejuk, sumbatkan dengan inti serbuk kacang hijau tadi.
Penggemar Carrot Cake, anda boleh cuba membuatnya sendiri kerana kek ini antara kek yang mudah disediakan. Berikut dikongsikan resipi Walnut Carrot Cake yang simple tapi hasilnya sangat moist dan sedap setanding beli di kedai kek. Apa tunggu lagi di hari minggu ni anda boleh cuba. Untuk resipi macam biasa ada dikongsikan di bawah:-
WALNUT CARROT CAKE BAHAN-BAHAN:- 1 1/4 cawan minyak jagung 4 biji telur 120 gram gula castor 120 gram gula perang 250 gram tepung gandum 1 sudu kecil baking soda 1/4 sudu kecil garam 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis 1 cawan walnut – panggang seketika dan cincang kasar 2 cawan karot – parut kasar 1 cawan kismis – opsyenal
Putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak dan putar lagi.
Ayak dan satukan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil terus diputar.
Masukkan karot, walnut dan kismis. Kacau rata dengan spatula sahaja. Kali ini, saya masukkan separuh dari kismis.
Tuangkan dalam acuan yang telah dilapik dengan kertas. Taburkan separuh lagi dari kismis supaya ianya tidak jatuh di dasar kek. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C.
Setelah masak sejukkan.
Sementara itu sediakan topping: Campurkan cream cheese dengan gula aising, putar hingga sebati dan lembut.
Kemudian putar pula berasingan fresh cream, bila sudah kembang masukkan campuran cream cheese dengan gula aising tadi.
Kacau sebati, setelah siap simpan dalam peti sejuk sementara kek sejuk.
Sapukan krim pada kek dan hias ikut citarasa anda.
Siapa suka buat Vietnam Roll mesti tertanya-tanya sos pencicah apa yang sesuai dimakan bersama. Jawapannya Sos Hijau ni lah. Hari ni Admin nak kongsikan resipi Sos Hijau yang cuba sekali pasti menjadi sebab cara penyediaannya sangat mudah dan yang paling penting rasanya memang ngam dengan Vietnam Roll ni.
Makan waktu petang menu begini memang layan. Boleh buat lebih nanti simpan dalam peti sejuk. Bila lain kali nak makan dengan Vietnam Roll dah tersedia dah Sos Hijau.
SOS HIJAU
BAHAN-BAHAN:
Segenggam daun ketumbar*
4 biji cili padi hjiau (nak pedas letak lebih)*
Satu helai daun limau*
3 ulas bawang putih*
sedikit air*
1 ketul cube ayam*
1 sudu garam*
1 sudu perasa*
2 sudu gula*
Air limau sikit / limau nipis separuh biji*
Susu segar kotak, saya tuang je anggaran sendiri
Yogurt original
2 sudu susu pekat
*Dikisar
CARA PENYEDIAAN:
1. Bahan bahan 1 hingga 10 perlu diblend.
2. Kemudian sediakan periuk, masukan bahan yang diblend.
3. Masak dengan api perlahan, sambil masukkan bahan-bahan
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Liyn
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.