
Dah nama pun kuih cara jagung, jadi kalau nak letak lebih jagung hiris tu lagilah sedap. Kalau min suka jagung manis.
Resipi perkongsian Zura Zul ni nampak sedap. Jom kita cuba…
KUIH CARA JAGUNG
.
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur gred A | dipukul dulu
- 1/2 cawan jagung dah hiris | bubuh lebih pun boleh..lagi sedap
- 3 1/4 cawan santan
- Sedikit garam
- Sedikit esen vanilla, tak nak letak pun boleh
- Sedikit perisa jagung
- Sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMASAK :
1. Kisar dulu jagung dengan 1 cawan santan (jangan blender halus sangat)..ketepikan dalam bekas lain.. Masuk semua bahan2 yang lain dalam bekas.. Gaul rata.. Tuang dalam blender halus
2. Tuang dalam jag sederhana, campur dengan 1 cawan jagung yang dikisar tadi Kacau sebati. Panaskan acuan cara atas dapur gas.. Api perlahan.. Sapu minyak
3. Tuang adunan penuh dalam acuan.. Biarkan sekejap..baru letak sedikit gula dlm adunan.. Tutup dengan penutup periuk.. Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan kat tepi kuih.. Boleh angkat dan keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai
4. Untuk tuang adunan seterusnya..mesti kacau2 dulu adunan dalam jag..baru tuang
5. Ulang sehingga habis adunan.. Siap..sedia untuk makan
kredit Zura Zul –
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Manisan Pencuci Mulut Lemak Berkrim, Nyaman Bila DiMakan Dingin Dari Peti Ais.

Ni dia tiga manisan pencuci mulut yang lemak manis berkrim yang sedap dimakan sebagai dessert atau pencuci mlulut.
Manisan ni nampak berbeza dan mewah bila mendapat sentuhan hotel terkemuka Kinrara Resort, Bandar Kinrara, Puchong dan Hotel The Pearl KL.
1. CINNAMON EGG PUDDING
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
- 6 biji telur
- 6 biji kuning telur
- 2 liter krim masakan
- 120 gm gula halus
Bahan B:
500 gm gula
200 ml air
Bahan C:
Sedikit serbuk kulit kayu manis (untuk ditabur)
CARA MEMASAK :
1. Cara membuat bahan A : Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati dan tapis.
2. Cara membuat bahan B : Masak air dan gula sehingga menjadi keperangan
3. Cara membuat puding telur :Bahan B yang masih panas dituangkan ke dalam cawan anggaran satu sudu makan.
4. Selepas selesai tuang bahan B tuangkan pula bahan A tadi dan tabukan sedikit kulit kayu manis.
5. Kukus selama satu jam dan sejukkan di dalam peti ais dan sedia untuk dihidang.
INFO CHEF : Enak dihidangkan bersama hiasan buah-buahan seperti strawberri, mangga dan buah kiwi.
Saiz hidangan : 2- 3 orang
Waktu Memasak : 15 minit, kukus 1 jam
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Pencuci mulut
Resipi : Kinrara Resort
2. PUDING JAGUNG KOKTEL
BAHAN-BAHAN :
- 70 gm tepung kastad
- 1 cawan jagung berkrim
- 5 gm sudu makan serbuk agar-agar
- 500 ml santan kotak
- 400 ml air
- 100 gm gula pasir
- Garam secukup rasa
Bahan koktel :
- 1 tin buah-buahan koktel campuran
- 390 gm (1 tin) susu cair
CARA MEMASAK :
1. Masakkan air dan agar-agar hingga larut.
2. Masukkan santan, gula dan garam, di atas api sederhana
3. Masukkan kastad dan kacau atas api perlahan hingga pekat
4. Tuangkan campuran puding ke dalam loyang atau acuan dan biar keras.
5. Simpan di dalam peti sejuk.
6. Hias bersama buah-buahan koktel.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Didih dan ‘chill’/dingin
Keistimewaan : Enak dimakan sejuk, rasa lemak berkrim
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF: Anda boleh menambahkan buah-buah beri jika suka. Pilih agar-agar tali jika mahu cepat keras.
Resipi : Kinrara Resort
3. LOMPAT TIKAM VELVET
BAHAN-BAHAN :
Bahan lapisan kek velvet :
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 2 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam
- 1 cawan buttermilk
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu makan pewarna merah
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan air panas
- 2 biji telur
- 1/2 sudu teh esen vanilla
Bahan lapisan bawah :
- 1 cawan tepung beras
- 3 1/4 cawan air daun pandan /dikisar dengan air
Bahan lapisan atas :
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 4 1/3 cawan santan sederhana pekat
- 1 1/2 sudu teh garam
Bahan air gula :
- Gula merah/kerek secukupnya
- Air secukupnya
- 1 helai daun pandan /disimpul
CARA MEMASAK :
1. Red Velvet : Untuk membuat buttermilk campurkan 1 cawan susu segar dengan 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar.
2. Sediakan mangkuk dan ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan garam.
3. Di mangkuk yang lain satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang dan masukkan buttermilk tadi. Masukkan pewarna merah dan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
5. Griskan loyang pembakar dengan mentega dan tepung. Tuang adunan dan bakar 45 minit dalam oven yang sudah dipanaskan suhu 170 celcius
6. Bancuh bahan lapisan bawah hingga rata dan tapiskan. Masak di dalam kuali atau periuk dengan api sederhan dengan sentiasa dikacau sehingga pekat dan berkilat.
7. Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan.
8. Bancuh bahan lapisan atas hingga rata dan tapiskan.
9. Masak seperti lapisan bawah tadi dengan sentiasa dikacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
10. Tuang di atas lapisan pertama tadi dan ratakan.Biarkan seketika.
11. Masak gula merah dengan air secukupnya, tapisan dan letak dalam gelas.
12. Tuangkan air gula sebelum dihidangkan
Saiz hidangan : 12 orang
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Kek dibakar dan lapisan dimasak atas api.
Keistimewaan : Dihidang sejuk dan rasa manis berkrim dengan kelembutan rasa kek
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Lompat tikam ialah sejenis kuih dan ‘dessert’ tradisional yang diberi sentuhan barat dengan menggunakan kek velvet, ilham dam inovasi kreatif daripada Chef Hotel The Pearl.
Resipi : Hotel The Pearl Kl
3. PUDING JAGUNG KOKTEL
5 Menu Sambal Ikan Cili Padi Yang Padu Sedapnya.

Sebut je sambal cili padi tidak kiralah untuk apa masakan apa sekalipun, ia memang sedap dan terbaik. Apa lagi kalau dipadankan dengan ikan goreng. Cukup asam garamnya, memang terangkat sedap, biarpun pedas ia tetap menjadi pilihan sebagai hidangan pemikat selera. Tak Percaya kena cuba.
KERISI GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
- 20 biji cili padi | hiris
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji cili merah
- 2cm halia
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata.
- Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata.
- Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
SAMBAL KERING IKAN SELAR
BAHAN-BAHAN:
- 8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 15 biji cili padi
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- 1.Gaulkan ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumikan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata.
- Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
CAR MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
- Gaul rata dan tutup api.
- Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.
IKAN BILIS BESAR GORENG CILI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis besar | basuh dan toskan
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih titik
- 2 biji cili merah
- 8 biji cili padi
- Sedikit gula
- Garam jika perlu
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit, tumis bawang putih, bawang merah serta cili merah dan cili padi.
- Tumis hingga wangi dan layu.
- Masukkan ikan masin. Kacau rata.
- Jika kurang masin tambahkan sedikit garam bersama gula secukupnya.
Resipi Mi Kung Fu, Sedap dan Menyelerakan

Hujung minggu buat mi kung fu untuk seisi keluarga pun best juga kan. Lagipun senang je nak buat mi kung fu ni. Rasanya pun sedap. Kalau nak pedas, letak cili padi banyak sikit. Kalau tak nak pedas, kurangkan cili. Kalau suka, boleh letak banyak sikit sayur. Yang oenting kita boleh adjust resipi ikut macam mana yang kita mahukan.
MI KUNG FU
BAHAN MI
• Minyak masak untuk menggoreng
• 200 gram mi kuning
• 2 biji telur ayam
BAHAN HIASAN
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis
BAHAN KUAH
• Minyak masak untuk menumis
• 3 ulas bawang putih (diketuk)
• 100 gram isi ayam (dipotong kecil)
• 5 ekor udang (dibuang kulit)
• 2 ekor sotong dipotong bulat
• 2 cawan air
• Garam dan gula secukup rasa
• 2 sudu makan sos tiram
• 3 batang baby corn (dipotong memanjang)
• Lobak merah (dipotong panjang dan halus)
• Brokoli (dihiris kecil)
• Bunga kobis (dihiris kecil)
• 3 tangkai cili padi (diketuk)
• Serbuk lada sulah
• 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air suam)
CARA MEMBUAT MI
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan mi. Kemudian masukkan telur ayam.
2. Goreng mi sehingga kekuningan. Kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.
CARA MEMBUAT KUAH
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong. Kacau sehingga masak.
3. Masukkan air, garam, gula dan sos tiram. Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah dan bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit dan angkat.
5. Tuangkan kuah ke atas mi kungfu tadi.
6. Letakkan bahan hiasan. Sedia untuk dihidang.
Resipi Oleh unknown dari Telegram KakiMakan