Umum telah mengetahui khasiat oat dalam diet seseorang. Dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol oat memang bagus diamalkan dalam rutin pemakanan. Sarapan atau minum petang mesti jadi lebih seronok kalau ada kuih kegemaran dihidang atas meja. Kali ini RASA kongsikan resipi kuih keria gula melaka homemade yang senang je nak buat. Tak guna tepung tau. Tapi tepung diganti dengan oat.
KERIA OAT
.
Ads
BAHAN-BAHAN
3 biji keledek
5 sudu besar oat
Minyak masak untuk menggoreng
Gula kelapa atau gula kabung
CARA MEMBUAT
1. Rebus 3 biji keledek dan dilecekkan.
2. Kisar kering 5 sudu oat sehingga jadi tepung. (BELI PENGISAR DI SINI)
3. Campur oat dalam keledek dan adun jadi doh.
4. Bentukkan jadi bentuk cincin.
5. Gorenglah sehingga garing.
6. Sambil goreng boleh cairkan gula kelapa dan masak sehingga pekat melekit. (BELI KUALI DI SINI)
6. Selepas keria masak garing, boleh sira dalam gula kelapa tadi.
TIP
1. Manis tanpa gula putih. Guna gula kelapa atau gula kabung. Tepung gandum ganti oat supaya lebih sihat dan kenyang lebih lama.
2. Kalori masih tinggi tapi gula kelapa lebih rendah indek glicemik daripada gula putih. Lambat terurai dalam darah jadi kenyang lebih lama.
Spring roll makaroni ni memang sedap. Bertambah sedap bila ada keju. Kalau kelazimannya kita makan popia, apa kata sesekali kita cuba buat kelainan. Kali ini RASA kongsikan resipi membuat Spring Roll Makaroni Berkeju. Rasanya memang sedap. Boleh cuba untuk minum petang. Resipi ini juga sesuai untuk dijadikan hidangan sewaktu sarapan.
SPRING ROLL MAKARONI BERKEJU
.
BAHAN-BAHAN
150 gram makaroni
Minyak zaitun untuk menumis
3 ulas bawang putih (diracik) (BELI DI SINI)
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
100 gram sayur campur
10 ekor udang saiz sederhana (dihancurkan)
10 ketul jejari ketam (dihiris halus)
100 gram sos bolognese
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
Herba Itali secukup rasa
Sedikit daun ketumbar (hiris halus)
1/2 cawan keju cheddar
1/2 cawan keju mozarella
Kulit popia secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta sehingga masak dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan sayur campur.
4. Masukkan udang dan jejari ketam.
5. Masukkan sos bolognese, garam, herba Itali dan daun ketumbar.
6. Tutup api. Masukkan keju dan pasta. Gaul sebati. Ketepikan.
7. Ambil sekeping kulit popia. Letakkan campuran pasta tadi. Balut kulit popia dengan kemas.
8. Panaskan minyak masak. Goreng popia sehingga garing.
9. Hidangkan dengan keju nachos.
Di musim PKP ni kalau anda ingin cuba buat kuih Akok sendiri, ini resipi yang sangat mudah, begitu juga dengan cara membuatnya. Adun guna blender, bakar dengan acuan Trio Cupcake je. Hasilnya lebih cantik dan rasa tetap sama. Kepada yang suka kuih ini, kalau takda Trio Cupcake boleh je guna acuan cupcake biasa atau serabai atau bakar dalam ketuhar menggunakan resipi yang sama. Selamat mencubalah ye.
KUEH AKOK BAHAN-BAHAN: 6 biji telur 2 keping gula nise/ gula melaka besar (kalau kecil 3keping) 1 cawan santan 1/2 sudu teh garam 3 sudu makan tepung gandum 1/2 cawan air 1 helai daun pandan
CARA MEMBUAT:
Masak gula nise atau gula melaka dan letakkan sehelai daun pandan hingga gula hancur.
Tapis dalam bekas dan sejukkan.
Masukkan dalam blendar bersama telur, air, santan garam dan tepung.
Blender hingga sebati dan halus (boleh saja kalau nak kacau dengan tangan).
Kemudian tuangkan dalam Trio Cupcake dan bakar hingga masak.
Jika tidak ada boleh je bakar guna ketuhar dengan suhu 180C selama 20.
Ada orang yang perlu ada kuih untuk berbuka puasa. Boleh cuba buat popia carbonara. Siap ada cheese. Mesti lagi sedap. Tak perlu cecah sos pun dah sedap dah. Jom try.
POPIA CARBONARA CHEESE
Popia carbonara yang siap dimasak.
BAHAN-BAHAN
• Sedikit minyak masak untuk menumis
• Sausage (potong kecil)
• Isi ayam (potong kecil)
• Lobak merah (hiris halus)
• Lada banggala (potong kecil)
• Bawang holand (potong kecil)
• Sos carbonara
• Garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya
• Mozzarella cheese
• Kulit popia secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan sampai naik bau.
2. Lepastu masuk sos carbonara home made atau carbonara prego.
3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam.
4. Gaul sekata. Matikan api. Ketepikan.
CARA MEMBUNGKUS
1. Bentang kulit popia.
2. Letakkan inti secukupnya.
3. Letakkan mozzarella cheese secukupnya.
4. Bungkus kemas.
5. Goreng dalam minyak yang cukup sehingga kekuningan. Angkat.
Tip: Bungkus dua lapis kerana kalau selapis, mudah bocor.