Melalui facebook RASA Share Resipi, Suraya Cheeszif berkongsi resipi bingka ubi yang telah dicubanya. Resipi ini dikatakan diambil daripada Rosmini Rozi, Resipi Dapur Bidadari. Jom kita cuba juga.
Selera orang lama tapi kuih bingka ubi ini memang sungguh lejen. Rasanya lemak manis dan sangat sedap. Kuih bingka ubi ini tidak keras. Lembut dan mudah dimakan bagi setiap peringkat usia. Memang sesuailah untuk dijadikan hidangan minum petang.
Ads
KUIH BINGKA UBI
Jom minum petang.
BAHAN-BAHAN
2 kg ubi kayu
1 cawan gula pasir
2 biji telur ayam
Gula secukup rasa
1/2 sudu garam (BELI DI SINI)
Beberapa titik pewarna kuning
2 sudu besar minyak masak (untuk sapu pada loyang)
1 1/2 cawan santan pekat (BELI DI SINI)
2 sudu besar minyak masak (untuk campur dalam adunan)
Sedikit mentega (untuk tabur atas kuih sebelum dibakar) (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Kisar ubi bersama air dan tapiskan. Air tapisan boleh digunakan untuk mengisar ubi yang lain. Air tapisan dibuang. Ambil ubi parut yang sudah dibuang airnya sebanyak 4 cawan.
2. Campurkan 4 cawan ubi parut yang dibuang air ini dengan ubi parut yang lain dalam mangkuk.
3. Masukkan telur ayam, gula, garam, pewarna kuning dan minyak masak. Kacau sebati.
4. Tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati.
5. Sapukan loyang dengan minyak masak. Panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas dan bawah
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci.
7. Taburkan mentega di atas adunan.
8. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam atau bergantung pada oven masing-masing.
9. Potong apabila sudah sejuk.
Wow!
. Tu diaaaa. Dah sejuk, boleh potong.
Ads
. Sedap sungguh!
.
Selamat mencuba!
Ads
Sumber facebook: Suraya Cheeszif
Kredit Rosmini rozi, Resipi Dapur Bidadari
Teringin kuih-muih tradisional yang berinti manis untuk dimakan bersama secawan kopi di petang hari? Kami kongsikan resipi enam jenis kuih-muih tempatan yang mudah untuk disediakan. Bahannya juga ringkas dan rasanya tentu tidak pernah mengecewakan. Boleh juga dibuat hujung minggu ini untuk disantap bersama ahli keluarga yang lain.
Hari ni minum petang kita buat menu yang simple jer. Bahan-bahannya pun senang nak dapat dan mungkin ada di setiap rumah. Kita guna hanya empat bahan nak buat apam koko ni.
Apam koko Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula(boleh tambah) 4 sudu besar serbuk koko ½ sudu besar yis segera 1 1/2 cawan air
Cara membuat: 1.Ayak tepung dan koko,masukkan gula,yis dan akhir sekali air jadikan adunan yang licin. 2.Perap lebih kurang satu jam atau hingga naik, adunan agak pekat. 3.Sapu minyak pada acuan kecil, kukus api besar selama 15 minit. *apam tahan sehingga 2 hari simpan di tempat yang bertutup.
Kuih muih tradisi memang enak untuk minum petang. Bulan puasa kuih ini menjadi rebutan ramai. Nak tahu cara membuat kuih pelita dikongsikan cara membuatnya. Gunakan daun pisang yg telah dilayur atas api,lebar 10cm X 24 cm dan dilipat dua.
TEPUNG PELITA
Bahan-bahan:
Sebelum itu panaskan periuk kukusan
Bahagian bawah (hijau)
1 cawan air pandan (5 helai daun pandan kisar dengan 1 cawan air)
3 1/2 air
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
Sedikit garam
1/2 cawan gula
Cara membuat:
1.Tapis air daun pandan dan campurkan semua bahan-bahan di atas.
2.Masak adunan sehingga keluar wap dan sedikit pekat dan terus tutup api.
3.Setengah atau 1 sudu kecil gula untuk diletakkan dalam bekas daun pisang.
4.Masukkan adunan hijau ke dalam bekas daun pisang yang telah diletakkan gula pasir tadi.
5.Hanya separuh dari bekas daun pisang dan kukus selama 7 minit sahaja.
Bahagian atas (putih)
1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil sedikit garam
2 sudu kecil gula
Cara membuat:
1.Semua bahan-bahan di atas dicampur dan diaduk sekata dan masak sehingga keluar wap jangan terlalu pekat dan tutup api.
2.Setelah adunan hijau dikukus sudukan pula adunan putih ke atas adunan hijau dan kukus selama 7 minit.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...