Pelakon kecil molek dan berbakat besar ini tampil ayu berjubah untuk sesi penggambaran Rasa Nostalgia Ramadan. Tentunya memberi lembaran baru buat Elfira kerana Ramadan kali ini lebih bermakna, diraikan bersama suami tersayang. Sebagai orang baru dalam melayari kehidupan berumah tangga pastinya hidangan dari air tangan isteri mengikat kasih sayang keduanya.
Bercerita mengenai nostalgia Ramadan, Elfira akui sangat mengujakan. “Kalau bulan Ramadan, beberapa hari sebelum raya kami akan pulang ke kampung di Kedah dan sediakan bahan-bahan memasak untuk raya. Bakar lemang, masak rendang dekat luar, kutip kayu yang kering. Semua itu kenangan sungguh bermakna.
Biasanya raya di kampung, pagi-pagi masakannya sudah berat seperti nasi dan pelbagai variasi makanan. Namun laksa Kedah seperti dessert. Walaupun nasi, rendang dan ketupat daun palas sudah ada, laksa wajib ada. Ketupat daun palas kacang soya jadi kegemaran Elfira. Perkara yang paling susah ialah nak membalutnya. Kadang boleh buat kita keliru dan kalau telalu rapat membalutnya, rasa kurang sedap.
Rendang daging tok menjadi menu yang wajib dimasak atas kayu api oleh atuk Elfira. Memasak lauk ini mengambil masa yang lama jadi Elfira akan bantu memasak dan menunggu sambil mengacau rendang tersebut panas-panas agar tidak hangit.
Kalau Ramadan biasanya kuih dibeli. “Ada banyak pilihan yang El suka. Kalau cerita pasal manisan, apa yang saya beli ialah kuih muih. El suka beli kuih bakar, tepung pelita, kuih keria, cara berlauk dan bubur.
Untuk hidangan berbuka puasa, Chef Wan menyediakan Ikan Bakar Portugis yang turut menjadi kegemaran Elfira. “Kalau tidak ada ikan besar, ikan saiz sederhana pun boleh seperti ikan siakap dan juga ikan bawal. Bawal putih atau bawah hitam pun sedap untuk dimasak sebegini.
IKAN BAKAR PORTUGIS BAHAN-BAHAN:
600g ( 1 ekor) ikan merah
1/2 sudu makan sos ikan
Gula dan garam secukup rasa
1 helai daun pisang
Ads
BAHAN SAMBAL:
4 tangkai cili merah | dibuang biji dan dikisar
8 ulas bawang merah | dikisar
1 batang serai | dihiris halus dan dikisar
1/2 sudu teh belacan
1 sudu makan serbuk cili | dikisar
4 sudu makan minyak masak
1/2 biji limau nipis | diperah jusnya
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit gula melaka
CARA MEMASAK:
1. Potong bahagian atas dan bawah ikan untuk isikan sambal
2. Kelar ikan agar mudah dimasak
3. Isikan sambal ke dalam bahagian ikan yang telah dipotong dan bungkus dengan daun pisang.
4. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 180 darjah selsius selama 30 minit.
5. Setelah masak,perah sedikit limau,sos ikan dan taburkan sedikit garam jika perlu.
Kalau anda bercadang untuk membuat puding hujung minggu ini sebagai juadah berbuka puasa, mungkin resipi tiga jenis puding yang RASA kongsikan ini membantu menyediakan variasi baru puding yang pasti disukai oleh ahli keluarga atau tetamu yang datang berbuka di rumah anda.
PUDING CHOCOLATE MATCHA BAHAN-BAHAN: BAHAN COKLAT: 1 paket agar-agar coklat 1/3 paket jelly plain 60gm gula | boleh kurang atau tambah 20gm serbuk koko 400ml susu cair 250ml air BAHAN MATCHA: 2 paket agar plain 2/3 paket jelly plain 15gm serbuk matcha | boleh kurang atau tambah 150gm gula pasir 750ml susu cair 550ml air
CARA MEMBUAT:
Tuang semua bahan dalam periuk, kacau rata.
Nyalakan api kecil, masak sambil kacau hingga mendidih.
Tuangkan ke dalam acuan dan tinggalkan sedikit untuk hiasan.
Ketepikan, biarkan puding keras.
Masukkan semua bahan dalam periuk, kacau rata, dan nyalakan api kecil sambil kacau hingga mendidih.
Percikkan lebihan puding coklat tadi dengan whisk dalam acuan, tunggu sekejap hingga beku.
Tuangkan perlahan-lahan puding matcha sehingga 1/3 acuan. Biarkan beku.
Baru letakkan puding coklat di atasnya, kemudian tuang lagi lebihan puding matcha hingga habis (menjadikan bahagian coklat di tengah puding).
Biarkan beku, masukkan dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan. by @ciciliachens
PUDING KACANG HIJAU BAHAN-BAHAN: LAPISAN KACANG HIJAU: 300gm kacang hijau yang sudah direbus 500ml air 50gm gula pasir 1 paket jelly plain LAPISAN KRIMER: 50gm serbuk krimmer serbaguna 500 ml air 50gm gula pasir 1/4 sudu teh garam 1/2 paket serbuk agar-agar plain LAPISAN GILA MELAKA: 50gm gula melaka yang sudah dihancurkan 1 sudu makan gula pasir 500ml air 1/2 paket serbuk agar-agar plain
CARA MEMBUAT:
Mulakan dengan lapisan kacang hijau. Masukkan semua bahan, kecuali kacang hijau. Kacau rata dan renehkan atas api pelahan hingga mendidih.
Masukkan kacang hijau yang telah direbus tadi. Kacau sekejap dan tuangkan dalam acuan. Ketepikan dan biarkan ia keras.
Seterusnya sediakan bahan lapisan krimmer. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau dan renehkan atas api sederhana dan sentiasa kacau hingga mendidih. Tutup api.
Cucuk dengan garpu pada permukaan kacang hijau yang telah keras dan perlahan-lahan tuangkan bahagian krimmer. Ketepikan dan biarkan sejuk.
Akhir sekali sediakan bahan gula melaka. Campurkan semua bahan, kacau rata dan renehkan atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga mendidih.
Cucuk dengan garpu pada permukaan krimer dan pelahan-lahan tuangkan bahagian gula melaka. Biarkan sejuk.
Simpan dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.
BAHAN PUDING OREO KEJU: 100gm keju craft | cincang kasar 2 keping roti tawar | carik-carikan 3 sudu makan gula pasir | boleh kurang atau tambah 1 sudu makan tenpung jagung 1 paket serbuk agar-agar | lebih kurang 7gm 120gm susu pekat manis + dengan 750ml air 6 keping oreo | hancurkan BAHAN TOPPING: 4 keping oreo | hancurkan 2 keping oreo Buah cerry
CARA MEMBUAT:
Semua bahan dicampur daaan gaul rata. Kemudian masukkan dalam loyang dan tekan-tekan hingga mampat lebih kurang 15cm. Simpan dalam peti sejuk.
Sementara itu, masukkan semua bahan puding oreo keju dalam blender, kecuali oreo yang sudah dihancurkan tadi.
Tuang dalam periuk dan renehkan atas api perkahan sambil kacau supaya tidak berketul.
Setelah mendidih, bahagikan kepada dua bahagian sama banyak.
Salah satu adunan tambah dengan oreo yang telah dihancurkan. Kacau rata.
Kemudian tuankan dalam loyang secara berselang seli kedua-dua bahagian puding hingga habis.
Masukkan dalam peti sejuk, setelah keras taburkan atasnya dengan bahan topping, iaitu oreo yang telah dihancurkan dan letakkan kepingan oren dan buah cerry di atasnya jika suka.
Sedapnya KuihBingka Pandan ni. Garing diatas, lembut didalam. Wangi bau bijan dan santan buatkan kuih tradisional ni jadi kegemaran ramai. Bagi anda yang nak cuba buat kuih ini untuk keluarga, saudari Fatimah Saari ada kongsikan resipinya. Mudah dan tak guna banyak bahan pun. Jom cuba!
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Kisar hingga sebati.
2. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan ke dalam ketuhar (beli KETUHAR baru DISINI). Bila loyang sudah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya.
3. Taburkan bijan jika suka. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C hingga masak menggunakan api atas dan bawah.
4. Bakar menggunakan api atas saja selama 10 minit terakhir sekiranya inginkan permukaan kuih yang lebih garing. (empunya resipi bakar selama 1 jam 20 minit untuk mendapatkan permukaan yang garing)
5. Sejukkan betul betul dulu sebelum dipotong untuk menghasilkan potongan yang cantik. Siap!
Kuih bakar memang sedap dan sesuai dihidangkan ketika minum petang. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut memang puas hati kan? Tapi agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri? Mudah je..Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak..Selamat mencuba!
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kaster
1 cawan air pandan (6 helai daun pandan kisar dengan air)
2 cawan santan
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Whisk pun boleh.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi ke dalamnya.
Taburkan bijan setelah dibakar dalam 10-15 minit.
Bakar 40 minit pada suhu 180C hingga masak atau boleh tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk mendapatkan permukaan yang berkerak/garing. Resipi ini dibakar hampir 1 jam setengah.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!