Kuih Tepung Bunga dan Tepung Kapur, ni dua kuih lama yang cukup sinonim dengan masyarakat Terengganu. Mak-mak kalau ada resipi ni meh wariskan pada anak-anak ya.
Bahan ramuannya ringkas aje, maklumlah resipi orang dulu-dulu. Murah aje kosnya
1. TEPUNG BUNGA
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung pulut
Air secukupnya untuk menguli
1 sudu teh garam
3 sudu makan santan
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Gula halus (kastor)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan air ke dalam tepung pulut bersama garam dan santan.
INFO CHEF : Tepung bunga termasuk dalam senarai kuih tradisi zaman berzaman, kuih lama Terengganu
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih-muih
Keistimewaan : Gabungan rasa manis dan tepung pulut menghasilkan rasa yang lazat
2. TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN :
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan gula melaka ( atau gula merah)
1 sudu teh kapur makan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Kelapa parut secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Masakkan gula melaka dengan air sampai cair, sejukkan sekejap.
2. Masukkan air gula melaka ke dalam tepung gandum, masukkan sedikit demi sedikit.
3. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu likat.
4. Masukkan sekali kapur makan yang dibancuh dengan sedikit air. Juga masukkan garam.
INFO CHEF :
Jangan masukkan air manisan/gula melaka ke dalam tepung gandum sekali gus. Sebaliknya sedikit demi sedikit lalu digaul sebati. Ia penting supaya kita dapat mengagak adunan agak tidak terlalu lembik.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 45 minit hingga satu jam
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Kuih-muih
Keistimewaan : Kapur menjadi pelikat dan menambah rasa rangup pada kuih.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI…
DAN JUGA RESIPI INI :