Kuih Tiram Jelita Rangup Dan Menarik Warna, Buat Tak Henti Makan

Share

Biasa makan kuih tiram yang kosong. Memang cukup rangup dan leka nikmatinya. Kali ni kita olah dengan meletakkan warna , bukan hanya sedap tapi buat tak henti nak makan.

Bahan-bahan:

500g tepung gandum
1 biji telur


200ml air/ secukupnya
Garam
Sapuan
7 sudu minyak masak
7 sudu tepung jagung
Pewarna makanan
Gula kastor

Cara membuat:

1.Bancuh hingga sebati(ketepikan).
2.Uli sehingga doh licin.


3.Kalau nak buat warna, bahagikan doh dan lerak warna. Kalau tak nak guna doh kosong saja.


4.Canai hingga nipis dan sapu sapuan tadi bagi rata elok.Setiap lapisan kena sapu sapuan. Lapisan selang seli dengan doh warna. Gulung kemas-kemas, potong serong nipis-nipis.


5. Gelekkan bagi nipis.Goreng dengan minyak sederhana panas.Sejukkan.

6. Gaul gula kastor atau gula halus.Siap

Selamat Mencuba.

Kredit : Nur Shahidar Amsyar

INGIN DAPATKAN KUALI NON STICK, BOLEH DAPATKAN DI SINI.

Published by
Putri Adila Saari