Beberapa hari lagi kaum India akan menyambut perayaan Deepavali. Tak salah juga jika kaum lain turut mengambil mood cuti perayaan ini dengan menghidangkan menu kari kambing yang sinonim kaum India untuk santapan sekeluarga.
Caranya dikongsi sendiri oleh Sheena Supramaniam. Bagusnya, beliau turut berkongsi cara yang dipraktikkan untuk menghilangkan bau hamis daging kambing sebelum dimasak.
Cara buat kari kambing pekat, Indian style
1. Sediakan daging kambing lebih kurang 1kg – 1.5kg. Cara hilangkan bau hamis kambing; cuci dengan serbuk kunyit yang banyak. Cuci sebanyak empat kali.
2. Kisar 10 ulas bawang putih, halia saiz ibu jari 4 – 5 ketul, bawang kecil dalam 6 hingga 10 biji. Tambah cili hijau 2 tangkai waktu kisar.
Ads
3. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan bersama jintan manis.
4. Masukkan daun kari dan tuang sekali bahan yang dikisar.
5. Bila naik bau, masukkan daging kambing.
6. Masukkan serbuk kunyit lebih kurang 1 sudu besar untuk 1kg to 1.5kg kambing.
7. Masukkan air, sukatan agak-agak sampai daging kambing tenggelam separuh. Kalau air dah kering tapi daging belum masak, boleh tambah air lagi kemudian.
8. Bila sudah mendidih masukkan tomato.
Ads
9. Alihkan dalam periuk dan tutup. Cara ini klasik dan cepat masak. Guna api sederhana, setiap 15-20 minit buka dan kacau. Selepas daging masak boleh ikut langkah seterusnya.
10. Masukkan serbuk kari ayam/daging dalam 3-5 sudu besar (boleh guna jenama Rajas, Alagappas atau Lingams). Masukkan juga serbuk cili ikut selera masing-masing.
11. Masukkan kentang diikuti dengan garam.
Ads
12. Kemudian akhir sekali masukkan lagi tomato. Tomato yang dimasuk awal tadi sudah hancur dan sebati dalam kari. Ia akan pekat dan beri rasa masam-masam dalam kuah. Tomato ini akan nampak bentuknya.
Wow…Daging Goreng Kunyit ni memang membuka selera. Kanak-kanak dan orang dewasa semua suka menu ni. Makan dengan nasi putih sahaja pun sudah cukup membuka selera. Terasa nak masak menu ni hari ni? Resipi perkongsian dari Dani Shoppe’s ni antara yang terbaik. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1. Masukkan hirisan daging ke dalam kuali. Hidupkan api dan biar daging mengeluarkan air.
2. Masukkan sos tiram serta serbuk kunyit dengan secukupnya.
3. Masak hingga daging empuk. Tambah air jika perlu.
4. Bila daging sudah lembut, air daging dah kering dan tinggal sedikit, minyak dari daging akan timbul. Masa ni boleh tambah sedikit minyak masak. Jika suka daging goreng yang kurang garing, tidak perlu tambah minyak.
5. Seterusnya masukkan hirisan bawang dan juga kacang Panjang. Gaul sebati hingga bawang layu.
6. Tambahkan juga hirisan cili. Kacau lagi hingga sekata.
7. Cuba daging untuk seimbangkan rasanya. Tidak perlu tambah garam kerana sudah guna sos tiram. Tetapi jika perlu, boleh tambah sedikit garam serta gula.
Alahai sedap dan ranggupnya Ayam Goreng Serunding, kena pulak dengan Semur Daging Batawi yang lembut kaya dengan rasa rempah ratusnya dan ditambah pula dengan hidangan Ikan Gurame Bersama Bumbu Gulai yang lemak-lemak pedas dan Kepitang Sos Merah yang pedas manis, memang makan berpeluh punya kerana empat menu autentik Batawi ini memang sedap dan comfirm makan nasi bertambah-tambah. Bila sedap admin kongsikan resipinya untuk kita cuba bersama.
AYAM GORENG SERUNDING
BAHAN BAHAN:
800gm ayam | dipotong 4
100ml air kelapa
2 lembar daun salam
2 batang serai
80gm gula merah
1 liter minyak masak
BAHAN KISAR UNTUK AYAM:
150gm bawang merah
50gm bawang putih
3gm serbuk ketumbar
20gm garam
15gm kunyit hidup
10gm buah keras
BAHAN SERUNDING:
200gm kelapa parut kasar
50g asam jawa
2 helai daun salam
1 batang serai
20gm garam
20gm gula pasir
100gm minyak masak
BAHAN KISAR SERUNDING:
3gm biji ketumbar
3gm biji jintan manis
50gm bawang putih
60gm lengkuas
150gm bawang merah
CARA MEMASAK:
Rebuskan ayam, kemudian gaulkan bersama bahan kisar , air kelapa, gula merah, daun salam, dan serai. Biarkan dalam 1 jam.
Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.
Untuk serunding pula, panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar, daun salam, dan serai sampai harum.
Tambahkan garam dan gula pasir. Gaul rata.
Masukkan kelapa parut dan air asam jawa. Masak sampai kering.
Sajikan ayam goreng dengan taburan serunding.
Hiaskan bersama daun ketumbar dan cili merah.
SEMUR DAGING BETAWI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang
2 helai daun salam
3biji bunga cengkih
1 batang kayu manis
1 biji buah pala
2 biji buah tomato
150gm kicap manis
100gm bawang merah | goreng untuk hiasan
BAHAN KISAR:
50ml minyak masak
200gm bawang merah besar
40gm bawang putih
20gm buah keras
10gm garam
3gm serbuk lada sulah
5gm serbuk ketumbar
5gm serbuk jintan manis
50gm hali
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang merah hiris sampai wangi. Masukkan bahan kisar, daun salam, cengkih, kayu manis dan biji pala sehingga naik wangi.
Masukkan daging, gaul daging sehingga berubah warna. Tambahkan tomato dan gaul sampai layu. Masukkan kicap manis dan gaul lagi sehingga rata.
Tuangkan air rebus sampai daging empuk.
Taburkan bawang merah goreng dan hidangkan.
IKAN GURAME BBUMBU GULAI
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan gurame | potong 2 bahagian (ikan tilapia)
20 helai daun kemangi (daun selasih)
1 biji santan kelapa
40gm Air asam jawa (untuk melumuri ikan)
4 biji belimbing buloh
2 helai sireh
3 helai daun limau purut
3 helai daun salam
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
20gm garam
15gm gula
BAHAN KISAR:
60gm bawang putih | hiris nipis
200gm bawang merah | hiris nipis
20gm kunyit hidup
3gm serbuk ketumbar
40gm buah keras
50gm halia
CARA MEMASAK:
Cuci ikan sehingga bersih dan potongkan dua bahagian. Kemudian lumurkan ikan secara menyeluruh dengan menggunakan air asam jawa.
Selepas itu rendamkan ikan dalam 10 minit.
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar. Kemudian tambahkan daun sireh, daun limau purut dan juga daun salam. Masukkan air.
Masukkan ikan gurame, kemudian masukan pula belimbing buloh.
Tambahkan pula cili hijau dan merah yang sudah dipotong sebelumnya, serta masukan pula bawang merah yang sudah dihiris, gula, garam, dan gaulkan rata sehingga masak.
Setelah gulai sudah pekat masukkan daun kemangi ke dalam gulai yang sedang dimasak tadi.
Setelah dirasa masak sempurna, angkat dan hidangan.
KEPITING SAUS MERAH (KETAM)
BAHAN-BAHAN:
4 ekor kepiting (ketam) | dipotong 2 bahagian
30gm bawang putih | dicincang kasar
100gm bawang merah | dicincang kasar
30gm halia | dicincang halus
10gm cili kering | dicincang halus
30gm sos tomato
30gm cili boh
15gm kicap manis
15gm garam
20gm gula pasir
100ml air
5gm daun bawang | dihiris halus
200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Gorengkan ketam sampai berubah warna. Angkat dan toskan minyaknya.
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai wangi baunya. Tambahkan cili kering. Tumiskan sampai layu.
Masukkan ketam dan gaul rata.
Tambahkan sos tomato, cili boh, kicap manis dan garam. Gaulkan sehingga rata.
Tuang air dan masak sehingga sos pekat. Tambahkan daun bawang. Biarkan sebentar lalu angkat dan hidangkan.
Bebola daging atau meatball memang banyak guna dan boleh dipelbagaikan cara hidangannya. Sama ada menu barat atau timur, semuanya pasti membuka selera. Ramai yang suka membeli meatballsejukbeku yang dijual di pasaraya. Tapi tahukah anda bebola daging yang dibuat secara homemade mempunyai rasa yang lebih sedap berbanding yang dibeli di pasaraya? Malah bila buat sendiri, anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti aneka sayur -sayuran bagi menjadikan sajian tersebut lebih berkualiti dan berkhasiat. Caranya pun mudah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Dapur Hayati ni. Boleh buat niaga juga tau.