Menu sampingan yang ringkas dan sedap, rasa pedas lemak untuk idea menu berbuka, melengkapkan hidangan makanan di meja utama. Sedap juga makan begitu sebagai snek ringkas.
TEMPE TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
1 ulas bawang putih – cicang halus
2 tangkai cili kering – potong kecik2 atau boleh tukar cili padi
2 tangkai daun kari
Sepeket tempe – goreng tanpa garam
2 sudu makan susu cair
1 biji telur masin- untuk sepeket tempe
1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan telur masin yang siap direbus. Boleh guna kuning telur sahaja dan kalau tidak mahu membazir boleh guna putih telur sekali.
Ads
2. Panaskan satu sudu mentega atau boleh gunakan minyak.
3. Masukkan cili kering, bawang putih dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan telur masin yang sudah dihancurkan tadi dan susu cair. Terpulang pada citarasa anda jika hendak rasa leboh krim boleh lebihkan.
Ads
5. Akhir sekali masukkan tempe yang sudah digoreng.
Ni resipi paling mudah dibuat, Jejari kentang cheese, keju dan kentang memang gandingan padu lazat. Ramuan 5 bahan aje, tak termasuk garam hihihi. Makan ni depan tv sure menjilat jari lah.
Jom semak resipi yang dikongsikan oleh Masni Bahari ini.
KENTANG CHEESE JEJARI
.
BAHAN-BAHAN :
7biji ubi kentang. | direbus – beli online DI SINI
CARA MEMASAK : 1. Rebus ubi kentang sampai empuk, selepas itu lenyek sampai lumat.
.
2. Biarkan sampai ubi tu sejuk,bila ubi dah sejuk satukan semua bahan yang lain. 3. Kemudian gaul sampai jadi doh,bila dah siap dah boleh bentukkan adunan td. Sebelum nak bentukkan sapukan minyak pada tangan ya supaya tak melekat nanti
.
4. Bila dah siap dah boleh goreng dgn api sederhana, goreng kekuningan dah boleh angkat dan hidangkan.
Kredit : Masni Bahari
INGIN MENCARI PENGISAR ATAU MESIN MEMPROSES MAKANAN YANG TERBAIK, JOM BELI ONLIN DI SINI.
Makan nasi kerabu tanpa solok lada rasa tak lengkap.Lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan dan santan. Kalau anda membuat nasi kerabu, jangan lupa buat sekali solok lada. Ikut resipi yang dikongsi oleh Aishah Toke Kek ni pasti menjadi.
SOLOK LADA
Bahan-bahan:
20 biji lada solok
12 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah
1 inci halia
Kelapa parut putih RM3
150ml santan untuk merebus solok lada.
Cara membuat:
Ambil isi ikan mentah yang dibuang tulang.
Belah memanjang lada dan buang biji.
Tumbuk bawang dan halia, bila dah lumat masakan isi ikan mentah tumbuk lagi, masukkan kelapa parut. Tumbuk sehingga lumat.
4.Perasakan dengan garam dan gula.
5.Sumbat bahan inti ke dalam lada.
Rebus solok lada dengan sedikit santan. Bahagian dasar periuk jangan lupa alas dengan kubis/kacang panjang(nak elakkan solok hangit)
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.