Lebihan nasi selalunya kita goreng, atau dijadikan cucur. Sekarang boleh tambah satu lagi menu, nasi sejuk ini boleh juga dijadikan keropok lekor.
Bukan saja nasi putih, jika ada lebih nasi berperisa seperti beriyani juga boleh digunakan. Bagi ikan pula tak semestinya menggunakan ikan segar. Ada ikan bilis saja pun dah boleh buat keropok lekor.
Cara buat keropok lekor guna lebihan nasi
Bahan-bahan
Lebihan nasi
Ikan bilis
Tepung ubi
Cara membuat
1. Kisar kering nasi dan ikan bilis hingga lumat.
2. Masukkan dalam bekas bahan dikisar dan tambah sedikit demi sedikit tepung ubi hingga menjadi doh yang lembut.
Ads
3. Panaskan air hingga mendidih, pada masa yang sama ambil sedikit doh dan uli jadi memanjang. Kemudian terus direbus dalam air yang mendidih.
4. Rebus sehingga keropok lekor lebih kurang lima minit bergantung ketebalan. Apabila keropok lekor terapung bolehlah diangkat.
Ads
5. Toskan dan sejukkan seketika. Simpan dalam peti sejuk sekejap supaya keropok meletup sewaktu menggoreng.
6. Selepas itu bolehlah dipotong dan digoreng. Rasa keropok lekor ini sama seperti keropok ikan biasa dan tetap lembut dan kenyal. Malah kekal lembut walau dah sejuk.
Info
-Boleh juga jika mahu campur dengan nasi berperisa seperti lebih nasi beriani atau nasi minyak
Ads
-Doh yang siap dikisar akan melekat, taburkan dengan tepung ubi kayu pada talam dan tangan Ketika menggentel.
-Tak perlu letak garam atau perasa, kerana ikan bilis sudah cukup masinnya.
Roti jala kalau buat dalam jumlah yang banyak, pasti agak sukar nak tentukan jumlah bahan-bahannya. Tapi menerusi perkongsian saudari Azwa Mohtar, beliau menunjukkan cara-cara serta sukatan bahan untuk buat roti jala yang sempurna dan pasti menjadi. Mudah je rupanya! Enak dimakan bersama kuziatau kari ayam. Selamat mencuba. Boleh hidang untuk tetamu di hari raya nanti.
SUKATAN ADUNAN ROTI JALA YANG ‘PERFECT’
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
1 sudu makan marjerin
1 sudu makan garam halus
1 sudu teh pewarna kuning telur
1.7 liter air biasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.
2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.
3. Angkat dan gulung dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
Nak buat kerepek pisang yang rangup dan berlemak?Tak perlu letak garam, hanya letak marjerin semasa menggoreng. Warna pun cantik, tak perlu guna serbuk kunyit. Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawang putih semasa menggoreng.Ini rahsia dari peniaga kerepek. Bolehlah cuba nanti untuk makan sendiri atau jualan.
Suka makan roti? Boleh cuba buat Roti Jagung resipi perkongsian saudari Linda Safar ni. Nmpak sangat sedap, unik dan lain dari yang lain. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah dan biasanya ada di rumah. Lebih istimewa resipi ini hanya memerlukan anda membakarnya dalam Air Fryer sahaja. Memang cukup mudah. Tetapi jika tiada AF, boleh sahaja masak menggunakan ketuhar apa apa sahaja peralatan yang anda ada di rumah. Jom cuba! Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Pastinya sedap dan mengenyangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!