Lazimnya, ramai di antara kita gemar membuat nasi goreng sekiranya ada nasi yang tidak habis dimakan di rumah atau lebih dikenali di sini sebagai nasi dingin.

Mungkin ramai tidak tahu, nasi dingin juga sebenarnya boleh dijadikan kuih loklik iaitu sejenis kuih tradisional Terengganu.

Bentuk dan rupanya boleh dikatakan kurang menarik, tetapi rasanya yang sedikit manis dan berlemak menjadikan loklik antara kuih yang sering menjadi pilihan penduduk di negeri ini.

Lebihan Nasi Jadi Kuih Loklik, Resipi Nenek Paling Sedap!

Berkongsi cerita dan resipi loklik,  Fatimah@Anang Ayob, 77, berkata, masa diambil menyediakan kuih tersebut antara 30 hingga 45 minit dan tempoh itu tidak termasuk proses bagi menggentel doh.

Ads

 

“Secara keseluruhan, kalau diikutkan ia ambil masa beberapa hari kerana nasi dingin itu perlu dijemur sehingga kering (nasi kering) terlebih dahulu lalu digoreng tanpa minyak sebelum ditumbuk.

“Tapi sekarang ini kita hanya guna mesin pengisar. Malah, sebagai salah satu pilihan, nasi kering itu juga boleh dikeringkan guna oven tanpa perlu lagi menjemurnya di bawah matahari, tetapi rasanya nanti berbeza,” katanya.

 

Fatimah berkata, dia lebih gemar menggunakan cara tradisional dalam menyediakan kuih tersebut.

Lebihan Nasi Jadi Kuih Loklik, Resipi Nenek Paling Sedap!

“Seeloknya, debu nasi kering ini disimpan dalam peti ais terlebih dahulu sebelum dimasak dan jika sukakan rasa lebih lemak, kita masukkan banyak kelapa muda. Namun, ia terpulang kerana cita rasa orang tak sama.

“Sekiranya adunan doh terlalu lembik, kita hanya perlu masukkan debu nasi kering. Seeloknya, kuih loklik digentel jangan terlalu besar saiznya kerana nanti tak cantik,” katanya.

Kata nenek enam cucu yang sudah hampir 50 tahun berniaga kuih-muih tradisi ini, kuih loklik ini secara tidak langsung dapat mengelakkan pembaziran nasi yang tidak habis dimakan.

 

Lebihan Nasi Jadi Kuih Loklik, Resipi Nenek Paling Sedap!

RESIPI KUIH LOKLIK / GOMAK / KEPAL

Bahan-Bahan:

Ads
  • 1 biji Kelapa parut(mesti kelapa muda)
  • 4 cawan beras pulut(goreng tanpa myk hgga kekuningan…(sangai) pastu blender jadikn tepong
  • 4 cawan tepung pulut(sangai)
  • 4 cawan gula(xsuka manis kurangkn.. Suka manis bolah tbh. Ikut selera msg2)
  • Nisan atau gula melaka atau gula merah sedikit nak bg warna perang..xnak pn xpe
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • blender ambil air lg sedap
  • Sedikit garam

Cara-Cara:

  1. Satukan kelapa, gula, air,garam..masak sampai kering agak2 kelapa hampir berderai..
  2. Masukkan beras pulut dn tepong… Jangan habiskan simpan tuk golek kuih tu nanti xde pulak bedak..
  3. Dah betul2 sebati matikan api biar sejuk dah boleh kepal siap golek kat tepong yg lebih tu… Ok sis

Kongsi resipi: Siti Zainab

Lebihan Nasi Jadi Kuih Loklik, Resipi Nenek Paling Sedap!Lebihan Nasi Jadi Kuih Loklik, Resipi Nenek Paling Sedap!

Ads

Sumber: Sinar Harian

CUBA JUGA RESIPI KUIH SEDAP INI:

http://www.rasa.my/nasi-sejuk-jangan-dibuang-boleh-buat-serabai-kuih-popular-orang-pantai-timur/

http://www.rasa.my/jika-anda-pernah-makan-30-makanan-ni-anda-memang-ore-kelate-sejati/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI