Lemak Manis, Inilah Dia Ketupat Sotong Kelantan

Share

Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ketupat sotong versi Kelantan yang dibuat oleh pengguna facebook dengan akaun Zurila Ghani.

Sotong ni memang salah satu makanan laut yang istimewa. Boleh dimakan sebagai lauk misalnya sotong masak sambal tumis. Boleh juga dimakan sebagai kudapan misalnya sotong kering yang nipis-nipis macam jajan tu. Boleh juga dibuat manisan misalnya ketupat sotong.

 

KETUPAT SOTONG KELANTAN

BAHAN-BAHAN
2 cawan beras pulut (BELI DI SINI)
1 kotak santan
Sedikit garam
1 kilo sotong
2 keping nise atau gula melaka
1 biji bawang merah | dihiris (BELI DI SINI)
Sedikit halia | dihiris
3 helai daun pandan
Sedikit halba
Air secukupnya

CARA MEMBUAT
1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan sedikit santan dan garam. Biarkan sehingga kembang dalam sejam.
2. Basuh sotong bersih-bersih. Terpulanglah mahu siat kulitnya atau tidak. Kemudian toskan.
3. Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi. Isikan separuh saja dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut terkeluar atau sotong pecah.
4. Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi, sedikit santan, nise atau gula melaka, bawang merah, halia, garam, daun pandan, halba, air dan sotong.
5. Buka api. Biar sehingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi. Tunggu sehingga mendidih dan boleh tutup api.

Selamat mencuba!

Kredit: Zurila Ghani
Link: https://www.facebook.com/zurila.abghani/posts/2751972381552324

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=aEt_c9-AsQo

Published by
Maryam Elyas