Sedapnya bila dapat makan lempeng untuk minum petang. Makan bersama dengan sambal tumis telur, pergh memang tak cukup satu. Kalau rasa nak cuba buat lempeng gebu, boleh ikut resipi yang dikongsikan ini.
Lempeng Lembut Gebu
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
500ml air
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
CARA MEMBUAT: 1.Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam blender. Blend hingga telur kembang.
2.Kemudian masukkan tepung dan baking powder berselang-seli dengan air, blend hingga tepung sebati.
3.Tuang adunan dalam jug, biarkan selama sejam supaya baking powder bertindak balas untuk dapatkan lempeng yang lembut dan gebu.
Ads
CARA MEMASAK:
1.Guna kuali saiz 18. Satu adunan boleh dapat 12 keping ikut saiz tu. Kalau nak cepat siap boleh guna kuali saiz besar.
Jika sebelum ini kita biasa melihat ketupat jagung dibungkus menggunakan daun palas. Tetapi, kali ini ianya dibungkus dalam daun jagung itu sendiri. Menarik, bukan?
Ketupat jagung ini enak dinikmati bersama serunding daging, rendang mahupun kuah kari.
Ikuti resipi yang dikongsikan oleh MariaKhalisya Khalis ini. Memang menarik! Menurutnya, ini juga salah satu idea baru bagi yang ingin berniaga ketupat. Jom kita cuba.
Kuih ropa inti sardin kentang. Tepung ubi rahsia untuk membuatkan kulitnya rangup tahan lebih lama. Resipi yang dikongsikan kali ini juga tak pedas dan anak-anak boleh makan.
Ada orang panggil kuih ini Kuih Lipat. Biasanya orang buat inti ikan tapi kali ini guna inti sardin kentang. Sedap juga. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Habsah Ngah ini ye.
Untuk membuat inti; panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari sikit hingga naik bau.
Masukkan rempah kari dalam setengah cawan bersama air 3/4 cawan. Gaul-gaul dan curah dalam bahan tumis tadi.
Tambah sikit air asam jawa dan garam secukup rasa. Tumis sampi pecah minyak. Masukkan pula ikan sardin, hancur-hancurkan isinya.
Masukkan pula kentang. Tambah air tenggelam kentang je. Sentiasa kacau, masak sampai kering. Siap dan ketepikan.
Untuk membuat kulit; satukan semua bahan dalam satu mangkuk. Kisar atau boleh guna whisk. Tapis supaya taka da tepung yang berketul-ketul. Adunan tak pekat sangat dan tak cair sangat.
Panaskan kuali, tak perlu sapu minyak kat kuali kerana dalam adunan dah letak minyak. Tuang sedikit adunan tepung ke atas kuali leper, macam nak buat roti jala. Dah masak, angkat. Ulangi langkah hingga selesai.
Untuk sediakan kuih ropa; ambil satu kulit, letakkan inti ke dalam satu sudu besar dan gulung kulit. Gulungan itu bentuk bantal (leper) ye dan bukan bulat macam popia.
Panaskan minyak, bolehlah goreng kuih tadi. Guna api sederhana besar dan kena sentiasa balik-balikkan agar masak sekata. Bila dah nampak garing, angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
Siap! Nak frozen pun boleh. Sama macam frozen karipap.
KHASIAT ubi keledek ungu jarang diketengahkan sedangkan makanan yang sering dihidangkan diwaktu petang itu mempunyai pelbagai khasiat seperti vitamin B, C dan E, zat mineral, beta karotin, protein dan kanji. Ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea dan tergolong dalam kumpulan Convolvulaceae boleh didapati dalam pelbagai warna seperti kuning, oren dan ungu.
Kandungan anthocyanin dalam ubi keledek mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.
Cantikkan warnanya? Warna asli tanpa sebarang pewarna tambahan. Tak cukup makan sepotong, makan lagi dua tiga potong!
Jom tengok resepinya di bawah ini.
Bingka Keledek Ungu
Bahan:
300g keledek ungu yg sudah dibuang kulit-kukus*
1 cawan tepung gandum-ayak
1 cawan gula pasir*
2 biji telur gred A*
1 cawan santan pekat*
1/2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar minyak masak*
sedikit bijan untuk tabur
1/2 sudu teh garam*
Cara membuat:
1.Kisar bahan bertanda hingga halus.
2.Satukan bahan kisar dengan esen vanila dan tepung gandum,gaul rata.
3.Tuang ke dalam loyang 7” yang telah digris dengan marjerin.Taburkan bijan.
4.Bakar dalam oven pada suhu 170’C selama 35-40 minit.
Setelah masak biarkan betul-betul sejuk baru dipotong.
Antara kuih-muih tradisional yang menggunakan keledek ungu sebagai bahan utama dalam masakan.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.