
Sarapan pagi nanti teringin nak makan kuih tradisi. Biasa makan lepat pisang, jadi kita tukar angin buat lepat jagung pula. Tak perlu susah-susah nak cari daun pisang untuk membungkus, boleh guna kulit jagung untuk rasa lebih sedap dan wangi.
Lepat jagung
2 tongkol jagung sagat
1 tongkol jagung dihiris
3 cawan santan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir
sedikit garam.
kulit jagung untuk membungkus lepat.
Cara memasak:
1. Semua bahan di atas dimasak sehingga pekat. Jangan sampai masak pulak.
2. Apabila sudah likat angkat dan bolehlah dibungkus.
3.Ambil 1 sudu makan, masukkan ke dalam kulit jagung lipat bagi kemas. Buat sehingga habis.
4.Panaskan pengukus. Kukus lepat dalam 20 minit.
Kredit : Noriza Awang Hamat
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh cari DISINI.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal Ayam Daun Selasih Ala Thai, Sedap & Senang Masak.

Lepas puasa dan raya ni kita kembali kepada menu yang ringkas tapi tetap sedap untuk hidangan seisi kelaurga. Salah satunya, menu Sambal Ayam Daun Selasih Ala Thai ini, bahan simple dan cara masak pun mudah. Lebih kurang masak ayam masak merah tetapi ia lebih pedas dan kaya dengan aroma daun selasih. Anda bolehlah cuba resipi ini ye.
AYAM SAMBAL DAUN SELASIH ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil
15 helai daun selasih
2 batang serai
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
5 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
2cm belacan | jika suka
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Gaul rata dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan ayam dan daun selasih, gaul rata.
6. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis.
7. Kecilkan api dan terus kacau hingga rata.
8. Tutup api, ayam selasih sedia dihidangkan.
INFO: Jika ingin lebih aroma daun selasih, boleh tambah daun . Ikut cita rasa.
Kek Homemade Lebih Puas Makan

Tidak semestinya tunggu hari istimewa baru rasa nak membuat kek. Ada juga yang lebih suka membuat sendiri dari membeli. Kalau yang suka membuatnya sendiri terasa lebih puas dapat menghidangkan kek buatan sendiri untuk dinikmati sekeluarga dan teman-teman. Kek yang dikongsi oleh Tania ini tidak kurang enaknya. Jom kita cuba buatnya.
Kek Bundt Cokelat
Untuk kek:
240gm tepung gandum
60gm serbuk koko
3 biji telur, disuhu bilik
230gm mentega, disuhu bilik
300gm gula kastor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
120ml air panas
240ml sour cream
½ sudu teh garam
1 sudu makan vanilla essence
Untuk cokelat ganache:
200g cokelat couverture
180ml whipping cream
Cara memasak:
1.Panaskan oven ke suhu 175 Celcius. Lenser acuan kek Bundt dengan mentega dan tepung gandum.
2.Putar mentega bersama gula sehingga kembang dan pucat. Masukkan telur satu per satu sehingga sebati. Masukkan esen vanilla.
3.Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, baking soda, garam dan kacau sehingga sebati.
4.Masukkan adunan kering ke dalam adunan basah bersama 120ml air panas dan kacau sehingga sebati.
5.Tuang ke dalam acuan dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga kek masak (lakukan test dengan penyucuk sate).
6.Setelah masak, biarkan kek didalam acuan selama 10 minit sebelum dikeluarkan dan disejukkan.
Cara memasak cokelat ganache:
1.Cincang cokelat ke dalam kepingan kecil.
2.Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih (jangan didihkan). 3.Tuang di atas cokelat dan biarkan selama 2 minit sebelum dikacau sehingga sebati.
4.Tuang ke atas kek. Hias mengikut citarasa.
Kek Suji dan Badam
225gm mentega, disuhu bilik
225gm gula kastor
200gm tepung naik sendiri
25gm suji
25gm serbuk badam
4 biji telur
4 sudu makan susu
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan parutan kulit lemon (optional)
Cara memasak:
1.Panaskan oven ke suhu 180C. Lenser acuan 8 inci dengan mentega dan tepung dan lapiskan bahagian bawah dengan baking paper.
2.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pemukul kek dan pukul selama 2 minit sehingga adunan kembang dan pucat.
3.Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 30 minit atau sehingga permukaan kek perang. Lakukan cake test dengan penyucuk sate.
4.Keluarkan dari ketuhar dan biar kek sejuk selama 10 minit sebelum keluarkan dari acuan dan letakkan di atas rak menyejuk. Hias mengikut citarasa.
Kredit resipi & foto: Tania Pawanteh
Ada yang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.
Tak Perlu Bakar. Ini Resipi Kek Keju Leleh Pandan Paling Mudah.
3 Menu Sihat Dari Buah Naga

Buat yang suka makan bauh naga merah, banyak khasiatnya.Beberapa bahagian dalam buah naga merah memiliki khasiat serta manfaat yang berbeza. Dimulai dari bahagian batang, isi serta kulitnya mengandungi vitamin serta zat yang kaya.
1. Membantu Menjaga Kesihatan dan Stamina Tubuh
Kandungan antioksida serta vitamin yang terdapat dalam buah naga merah dapat memberikan manfaat dalam menjaga kesihatan serta stamina tubuh. Hal ini penting bagi meminimal kesan radikal bebas serta lebih tahan terhadap penyakit.
2. Membantu Menurunkan Kadar Kolesterol dalam Tubuh
Kandungan vitamin B3 dalam buah naga merah sangat baik untuk membantu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Sangat disarankan bagi yang memiliki kadar kolesterol tinggi untuk makan buah ini. Seperti kita ketahui bahawa kolesterol sangat berbahaya apabila dibiarkan tinggi, penyakit-penyakit serius yang timbulkannya antara lain penyakit jantung dan strok.
3. Membantu Meredakan Batuk
Manfaat buah naga merah juga dapat membantu meredakan penyakit batuk. Lagi-lagi terkandung vitamin B3 di dalamnya.
4. Membantu dalam Penyembuhan Penyakit barah
Para doktor mensyorkan untuk makan buah naga merah dalam rangka membantu penyembuhan penyakit barah. Kandungan vitamin kompleksnya sangat bermanfaat bagi proses terapi dalam penyembuhan penyakit tersebut.
5. Meredakan Penyakit Asma
Bagi seseorang yang menderita penyakit asma sangat digalakkan untuk makan buah naga merah. Ia kerana kandungan vitamin B3 di dalamnya yang mampu membantu meredakan penyakit asma.
6. Menstabilkan tekanan Darah Tinggi
Buah naga merah dengan kandungan vitamin B3-nya sangat baik untuk dimakan bagi penderita darah tinggi. Doktor pun menggalakkan untuk banyak makan buah ini bagi penderita penyakit tersebut.
7. Mencegah Osteoporosis
Makan buah naga merah sangat baik untuk mencegah penyakit reput tulang atau yang biasa dikenal dengan sebutan istilah osteoporosis. Ia kerana di dalam buah tersebut terkandung kalsium organik yang sangat baik untuk tulang.
8. Membantu Penyembuhan Penyakit Diabetes
Rasa manis yang ada pada buah naga merah tidak berasal dari glukos dan selamat untuk penderita penyakit diabetes.
9. Membantu Merawat Kesihatan Mata
Kandungan beta-karoten di dalam buah naga merah mampu membantu merawat kesihatan mata sehingga sangat baik untuk dimakan.
10. Membantu Melancarkan Pencernaan
Makan buah naga juga dapat membantu melancarkan pencernaan kerana terdapat kandungan air dan serat yang cukup tinggi di dalamnya.
Rasa kongsi resipi yang boleh anda manfaat dari buah naga merah.

DRAGON FRUIT PUDDING
BAHAN-BAHAN:
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin susu cair (400 ml)
1 biji buah naga ungu |potong kecil baki potongan buah naga
CARA MEMASAK:
1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
2. Tutupkan api.
3. Masukkan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
5. Biarkan lebih kurang tiga hingga lima minit agar hilang wap panas, baru masukkan potongan buah naga.
6. Sejukkan dalam peti sejuk.
INFO CHEF: untuk mengelakkan warna buah naga keluar dan akan mengubahkan warna putih puding terlalu banyak. Masukkan hirisan buah naga apabila hilang wap airnya.
Saiz hidangan: 6 orang.
Waktu memasak : 35 minit.
Cara memasak : Reneh dan sejukkan.
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan: Enak dengan rasa lemak manis .
Anggaran kos: RM12

KEK BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung kek/superfine
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1/2 cawan buttermilk
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh pewarna merah
1/2 cawan mentega cair
1/2 cawan buah naga lecek
sedikit buah naga didadu
1 biji telur A
Esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung kek, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
2. Kemudian ayak bersama dan ketepikan.
3. Campurkan bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk dan sebatikan.
4. Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering.
5. Gaul sebati tapi jangan terlebih adun.
6. Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.
7. Setelah sejuk bolehlah dipotong dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Rasa masam manis buah naga kek tidak muak dimakan.
Saiz hidangan: 6 orang.
Waktu memasak : 35 minit.
Cara memasak : Bakar.
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan: Enak, gebu dan kaya dengan rasa masam dan manis.
Anggaran kos: RM12

JUS BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah naga
1 tin aiskrim soda
5 sudu makan susu pekat manis
1 gelas ketulan ais secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kupas buah naga dan potong kiub.
2. Masukkan isi buah naga dalam mesin pengisar bersama ais, aiskrim soda dan susu pekat
3. Kisar hingga hancur.
4. Tuang ke dalam gelas dan tambah ketulan air di dalamnya.
INFO CHEF: Jika jus terlalu pekat tambah sedikit air dan ketulan ais untuk mendapatkan rasa yang lebih segar dan sedap.
Saiz hidangan: 4 orang.
Waktu memasak :10 minit.
Cara memasak :Kisar.
Jenis masakan : Jus
Keistimewaan: Sedap, sejuk dan segar.
Anggaran kos: RM8.

