Ingin menikmati sarapan atau ‘brunch’ di restoran yang interiornya menarik? Little Bourke di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur ini pasti sesuai dengan citarasa anda.

Little Bourke Port Sempurna Untuk Makan & Bersantai

Little Bourke Port Sempurna Untuk Makan & Bersantai

Restoran yang dikendalikan oleh empat bersaudara iaitu Aimi Fikri,Alwani Fikri,Siti Syazwani Fikri dan Siti Intan Syazana memang tenang untuk makan atau bersantai bersama teman mahupun keluarga. Ruang dalaman dengan gaya eklektik, kopi yang enak dan menu yang enak antara tarikan pelanggan ke sini.

Little Bourke Port Sempurna Untuk Makan & Bersantai

“Kami dalam baking business sudah 8 tahun, semuanya dijalan hanya di rumah. Aktif di instagram untuk mempromosikan kek  keluaran Koko Bakes. Kebetulan ada agen hartanah approach kami ada pemilik nak menjual kedainya. Dalam planning kami memang tiada pun rancangan nak buka kedai. Selepas memikirkan tawaran tersebut, kami ambil peluang tersebut untuk berkecimpung secara serius dalam F&B.

Ads

Kami maintain dengan nama Little Bourke kerana sedar restoran ini dah steady dan mempunyai pelanggan tetap. Kalau tukar nama pelanggan akan fikir ia kedai baru. Perancangan akan  datang cuma tambah Little Bourke by Koko Bakes.

Selepas kami ambil alih, pelanggan sedia ada memang ramai. Sebagai penambahan dari menu asal, kami tambah menu untuk kanak-kanak, kek dan savoury.

Sekarang bila pelanggan datang ke sini,mereka boleh pesan pilihan kek yang disukai. Antara best seller dessert ialah banoffee pie, cheesetarts dan kek pandan gula melaka.

Little Bourke Port Sempurna Untuk Makan & Bersantai

Menu yang disajikan di restoran ini cukup pelbagai. Dari menu sarapan, pasta dan pencuci mulut, semuanya ada. Antara menu yang disarankan untuk anda cuba ialah steak sandwich, egg benedict, aglio olio dan french toast. Setelah mencuba pasti jatuh cinta dan dijamin mengenyangkan.

Little Bourke Port Sempurna Untuk Makan & Bersantai

 

Little Bourke Port Sempurna Untuk Makan & Bersantai
egg benedict
Little Bourke Port Sempurna Untuk Makan & Bersantai
Aglio Olio

Little Bourke Port Sempurna Untuk Makan & Bersantai

Little Bourke Port Sempurna Untuk Makan & Bersantai

Tidak dinafikan, interior sesebuah kafe memang memainkan peranan untuk menaikkan ‘mood’ pengunjungnya. Sekali pandang restoran ini memang cukup selesa.

Little Bourke Port Sempurna Untuk Makan & Bersantai

Ads

Secara peribadi penulis menyukai hiasan dalaman di Little Bourke dan tidak keberatan untuk kembali semula ke sini. Sangat berbaloi untuk dikunjungi jika anda menyukai kualiti makanan yang berkualiti tinggi dan instagramable.

 

Alamat: 124, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Waktu operasi: 9 am – 5 pm

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Nama Unik Pasta Pesto, Tapi Rasanya Sangat Sedap

Ads

Resipi Udang Campak Campak Tanpa Garam Dan Perasa Dah Cukup Rasa

Agar-Agar Jagung Memang Nikmat Dimakan Sejuk

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI